Friday, January 09, 2009

Jom Bantu Palestin


Saban hari kita dihidangkan dengan berita-berita menyayat hati, pembunuhan kejam rakyat Palestin yang tidak berdosa angkara zionis laknatullah... air mata ini tidak henti-henti mengalir, mengenangkan anak-anak kecil merengek kerana ketakutan, kerana kesakitan. Terbayang-bayang di minda wajah-wajah suci yang kaku, lesu tidak lagi bernyawa. Lelaki, wanita... orang tua.. tubuh mereka disimbahi darah merah pekat. Ada yang terbunuh dek kerana bom fosforus
yang ganas merentungkan seluruh tubuh
. Rumah-rumah ranap.... tiada lagi tempat berlindung. Anak-anak kecil menjadi yatim piatu. Isteri-isteri menjadi balu. Tanah-tanah dirampas. Mereka menjadi pelarian di bumi sendiri...

Dari kejauhan ini, sampaikan apa saja bentuk pertolongan. Bantulah mereka. Lakukan qunut Nazilah, panjatkan doa yang tidak putus... juga wang ringgit dan harta benda, lakukan boikot dan kecaman terhadap zionis dan sekutunya. Semoga keprihatinan dan keikhlasan kita membukakan 1001 jalan-jalan pertolongan Allah.

"Ya Allah, kami yakini pada rahmat dan kasih sayangMu. Bantulah saudara-saudara kami di Palestin. Bantulah pejuang-pejuang Islam di Palestin. Bantulah saudara-saudara kami di seluruh dunia yang ditindas dan dizalimi oleh musuhmu. Hancurkan musuh-musuhMu. Hantarkan bala tenteraMu ya Allah..."

Bumi Palestin akan kembali bebas dan merdeka, seperti mana di saat Sayidina Umar al Khattab membebaskan Al-Quds dari kekuasaan empayar Rom yang zalim..dan Panglima Salahudin Al Ayyubi membebaskannya dari cengkaman tentera salib. INSYA ALLAH.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa
Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.


*****

-Prahara Nakbah-

Langit Genting Gaza terpercik darah
Enam dekad berlalu merahnya masih menyalakan api amarah
Membakar kebun-kebun iman dengan nyalaan Salibiyyah
Meruntuhkan rumah-rumah, masjid dan dewan ibadah
Membina tembok pemisah gergasi terpanjang di dunia
Menobatkan Tebing Barat sebagai penjara terbesar di marcapada.
Hanya dengan tohmahan penyalahgunaan kawasan
Dijadikan masjid sasaran serangan
Mengesyaki pemimpin jihad bersembunyi
Dewan ibadat dibom pada muka hari hijri.
Wahai Zionis,Sesungguhnya tembok yang kau hadangi
Tak dapat memisahkan ikatan imani
Bulatan persaudaraan seluruh jagat yang sama kiblat
Kukuh utuh dalam ikrar wahdah yang terpahat
Dalam semangat hijrah pejuang tak pernah kalah
Biarpun bedilan mortar Zionis tak kenal lelah
Ruh jihad Palestin membara dalam mata para pria
Doa wanitanya jadi api membakar makar.
Gema perjuangan sekian dekad tetap bertalu
Berkumandang di gegendang saudara sejagat merata buana
Desing peluru yang merobek kujur jasad warga
Tak mampu membunuh jiwa dan semangat seagama.
Nakbah ini tak akan lestari
Gharqad pasti layu di tanah Al-Ayyubi.

(Rozais al- Anamy)