Friday, August 28, 2009

Adab Makan di Bulan Ramadhan

posted by Husna ( 3N )
ADAB MAKAN DAN MINUM DALAM BULAN RAMADHAN


Pertama sekali jangan berlebih-lebihan makan dan minum semasa berbuka puasa. Kuatkan azam. Anda mampu melakukannya. Berniat dengan ikhlas dan pohon pertolongan daripada Allah

Cuba amalkan dan hayati berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas air mineral atau sebaik-baiknya air zam-zam.


Tunaikan solat maghrib secara berjemaah, sebaik-baiknya di masjid atau di surau. Berusaha solat di masjid atau di surau akan mengelakkan anda makan berlebih-lebihan. Demikian juga solat berjemaah bersama keluarga anda di rumah akan mengelakkan anda berada terlalu lama di meja makan.

Setelah selesai solat maghrib makanlah sekadar yang perlu. Lebihkan makan sup sayur-sayuran yang kurang berlemak. Jangan makan nasi berlebihan, Elakkan berbuka puasa dengan ais, Makan lah lauh ayam dan daging secara sederhana. Lauk ikan hendaklan di utamakan.


Bersiap sedia lebih awal untuk solat Isya’ dan solat terawih. Sempurnakan solat terawih semampu yan boleh anda kerjakan.

Selepas solat terawih anda di syorkan mengalas perut dengan sedikit makanan ringan seperti kurma, kuih, buah-buahan, salad dan jus buah-buahan. Jika anda merupakan peminat kopi atau the, minumlah secara sederhana.

Tidur awal agar anda boleh bangun untuk bersahur. Adalah lebih baik jika anda mampu menyambung solat malam anda beberapa rakaat lagi.

Bersahurlah walaupun dengan segelas air mineral atau air zam-zam. Jika anda makan nasi dengan lauk, makanlah satu jenis protein sahaja dalam suatu hidangan makanan. Disamping itu, kurangkan lah makanan yang berlemak, berminyak atau yang mengandungi garam yang tinggi.

Allah telah menciptakan organ-organ dan system tubuh badan kita di aktifkan bersesuaian dengan tuntutan ibadah serta perubahan fizikal dan fisiologikal sepanjang Ramadhan. Sistem ini mampu bertahan engan makanan dan minuman yang kurang jika di bandingkan dengan bulan- bulan yang lain. Namun begitu, system tubuh badan ini tetap mampu mengekalkan seseorang mukmin dan mukminah untuk terus sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadhan.

Thursday, August 27, 2009

jom.. ke grand IFTAR + taLk bijak WANG.





Assalamu'alaikum wbt

KEPADA SEMUA PENGGERAK2 NISA' YANG CUMEL2 BELAKA

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Ahlan Ya Ramadhan

Di sini saya dengan rendah diri mengajak sekali lagi
sahabat2 NISA' memeriahkan Grand Qiamullail & 'Bijak Wang' ini.

Tarikh : 28 & 29 Ogos 2009
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Masjid as-Solihin Teras Jernang
Sasaran : semua MT, AJK, Ahli NISA' & Sahabat2 kepada NISA'
Yuran : RM10 shj:)

Tujuan / Objektif : Menghidupkan malam Ramadhan &........?????
MERANCANG KEWANGAN MASA DEPAN DENGAN BIJAK!


Mai pakat ramai2 confirmkan kehadiran pada Zaihassni (013-2509782)
atau saya sendiri Halijah Abdan (019-7049772)
jangan lupa ajak sekali sahabat2 ahli rumah
w/p depa x daftar ahli NISA' @ x aktif dsbg

SEBARKAN
KEPADA MANA2 SAHABAT2 ANTUNNA YANG
BERMINAT DENGAN PROGRAM NI YE!!!

Friday, August 21, 2009

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar


Tanggal 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Persidangan Pertubuhan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerananya. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabk an atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan. Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Isu Palestin merupakan isu ‘Akidah yang selayaknya dipertanggungjawabk an bagi sekalian umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya dari tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin. Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk mewar-warkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam. Kita berharap progam ini akan menggerakkan masyarakat yang sedar untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang berkorban dan berusaha keras mempertahankan Islam, tanahair, kesucian dan maruah umatnya.
Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun dan sambutan kemerdekaan Negara ke-52 ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling menginsafi erti kebebasan dengan merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin dan keamanan sedunia.
Antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini adalah seperti ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, video CD, persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung membeli-belah dan sebagainya.

Sumber Asal Artikel dipetik dari : http://21-8.blogspot.com

Friday, August 14, 2009

Tahniah !!!

Kami dari team Nisa' Serdang ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat semua ahli Nisa' yang akan bergraduasi di UKM, Uniten dan semua IPT diseluruh Malaysia.

Thursday, August 13, 2009

pergi tak kembali...al-fatihah

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni

Wednesday, August 12, 2009

siapa kita sebenarnya ???

Kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal..
Kita sebenarnya..
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..
Kita sebenarnya....
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..
Kita sebenarnya....
Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang..
Kita sebenarnya....
Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada assalamualaikum..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri..
Kita sebenarnya....
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama..
Kita sebenarnya....
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka..
Kita sebenarnya....
Lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah..
Kita sebenarnya....
Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan..
Kita sebenarnya....
Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita..
Kita sebenarnya....
Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita,
kita pasti akan jawab kita sebenarnya..
Kita sebenarnya....
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???
"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberirezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)

Hutang puasa..

"Wahai Rasullulah.." seorang wanita menyapa." ibuku telah meninggal dunia.sedangkan dia berhutang puasa sebualan.bagaimanakah itu?"

Baginda Rasukllullah menjawab dengan sebaris persoalan, 'bagaimanakah pendapatmu, di andaikan ibumu ada berhutang dengan seseorang, adakah engkau akan membayarnya?"

"Sudah tentu, wahai rasullullah", balas wanita itu cepat."Hutang kepada Allah lebih patut di bayar", kata rasullulah s.a.w.

Gesaan itu diteguhkan lagi dengan sepotong sabda," Siapa yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai hutang puasa,maka hendaklah di bayar oleh walinya (penjaga)." (Riwayat Muslim)

Khabarkan Hutang pada Penjaga kita, agar hutang itu tidak menyeksa kita di bilik enam kaki bawah tanah nanti.. Ya Allah, berikan daku keampunan hingga penghujung ramadahan hingga penghujung hayat sekalipun.. Ya Allah , izinkan agar daku tidak hadir dalam golongan yang celaka itu.. Berilah daku petunjuk dan Hidayah.. Amin

Andai ini Ramadhan terakhir ku......

Wahai insan,
renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu,
sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal,
terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...
adalah sesuatu yang pasti.....
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
(Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..)
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan
syairRindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu
'Tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diriMengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
(sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam)
Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...
bakal ku syairkan
Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..
ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………

Thursday, August 06, 2009

Ahlan Ya Ramadhan !


"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"Al Baqarah 183.
Setiap ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kita seperti puasa, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi, selain merupakan jalan untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya dan tunduk kepada perintahNya serta menyahut seruanNya, ibadah juga memiliki nilai-nilai sampingan yang amat penting kembali kepada diri kita sendiri mahupun kepada masyarakat.
Ia akan memberi kesan yang positif dan tarbiyah yang baik untuk individu mahupun masyarakat keseluruhannya. Puasa adalah salah satu darinya yang memberi tarbiyah secara individu mahupun masyarakat. Hal ini akan tampak jelas setelah kita membahas topik ini.
Selain dari itu, Islam adalah agama fitrah dan setiap perintah dari Allah adalah arahan-arahan yang menghidupkan fitrah dan menjawab keperluan fitrah yang ada dalam diri manusia. Amalan berpuasa adalah salah satu dari hal yang datang dari fitrah manusia, sebagaimana fitrah ‘bertuhan’ dan beragama. Hal ini boleh kita saksikan dalam masyarakat beragama mahupun yang tidak beragama. Mereka melakukan puasa dengan cara-cara tertentu yang mana sebahagiannya memiliki persamaan dengan yang lain, khususnya agama-agama samawi (langit) seperti Islam, Kristian dan Yahudi.

Oleh itu kita boleh mendefinasikan manusia sebagai haiwan yang berpuasa menambah definasi-definasi yang lain seperti ‘haiwan yang berfikir’, ‘haiwan yang bersosial’ dan ‘haiwan yang beragama’.Puasa juga dari sisi kesihatan adalah baik untuk tubuh badan manusia. Adalah hal yang disepakati bahawa perut adalah sumber penyakit. Iaitu apa yang dimakan, perut yang penuh akan mengundang kemalasan, kebodohan dan penyakit. Sebahagian doktor-doktor pakar di barat sering menganjurkan pesakit-pesakit mereka untuk melakukan puasa untuk menyembuhkan penyakit mereka.

Pernah pada zaman Rasulullah S.A.W. seorang tabib datang ke Madinah untuk melakukan tugas-tugas kedoktoran tetapi sekian waktu ia tinggal di sana, tiada pesakit yang datang bertemunya, bila ia bertanya kepada Rasulullah S.A.W.W. kenapa tiada orang yang sakit di Madinah, Rasulullah S.A.W.W. mengatakan bahawa penduduk Madinah adalah orang-orang yang menjaga perut mereka. Malah Rasulullah S.A.W.W. pernah bersabda ‘berpuasalah maka kamu adakan sihat’.Berbeza dengan ajaran-ajaran yang lain, Islam telah meletakkan puasa pada satu kedudukan yang agung dan memuliakan pengikutnya dengan bulan Ramadhan dan ibadah puasa ini.

Puasa benar-benar menjawab keperluan fitrah manusia serta jalan untuk mentarbiah manusia secara individu dan masyarakat dan mendekatkan mereka kepada tujuan penciptaan iaitu maqam kesempurnaan di sisi Pencipta Yang Maha Agung.Pada perbahasan ini kita akan cuba membongkar falsafah dan hikmah serta hakikat puasa yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. ke atas kita. Mudah-mudahan ia akan membantu kita menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang suci dengan lebih baik dan ibadah kita di dalamnya lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Imam Ali bin Abi Talib bertanya kepada Rasulullah, apakah amalan yang terbaik yang perlu dilakukan pada bulan ini, Rasulullah menjawab, ‘jauhi apa yang diharamkan oleh Allah’ Yang dimaksudkan oleh Rasulullah tidak lain tidak bukan adalah bulan suci Ramadhan, bulan yang awalnya adalah barakah, pertengahannya adalah rahmat dan penghujungnya adalah pengampunan.

Bulan Ramadhan satu-satunya bulan yang disebutkan oleh Allah di dalam Al Quran. Bulan yang menjadi penantian para pencinta, lebaran para Auwliyah Allah dan keagungan para perindu. Apakah ada yang lebih baik dari bulan ini? Setiap detik darinya adalah kebaikan. Apakah ada yang lebih agung dari menjadi tetamu Allah? Keistimewaan sesuatu tempat atau waktu adalah disebabkan keterikatan tempat atau waktu itu dengan sesuatu yang agung.

Contohnya kota suci Mekkah kerana terdapat rumah Allah dan beberapa perkara yang lain, kota Madinah kerana terdapat kubur Rasulullah di sana. Dan keagungan bulan suci Ramadhan disebabkan beberapa hal yang akan kita bincangkan nanti.Nama-nama bulan Ramadhan Rasulullah bersabda ‘jangan kamu menyebut Ramadhan kerana Ia adalah nama Allah tetapi sebutlah bulan Ramadhan’.

Bulan Ramadhan memiliki beberapa nama-nama yang lain yang mana setiap nama-nama tersebut menghikayatkan akan hakikat keagungan bulan suci ini.


1. Bulan Allah. Ini kerana pada bulan ini Allah mengundang manusia malah setiap makluk menjadi tetamunya. Ia adalah pemiliknya dan menjadikannya lebih baik dari bulan-bulan yang lain.

2. Bulan puasa. Kerana Allah telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Hal ini akan kita bahaskan kemudian.

3. Bulan Al Quran. Allah telah menurunkan Allah Al Quran secara keseluruhannya pada bulan ini dan menjadikan bulan ini sebagai musim Al Quran. Hal ini akan kita bahaskan kemudian.

4. Bulan Islam. Ia berkait rapat akan perintah berpuasa untuk umat Islam dan turunnya Al Quran pada bulan ini yang menjadi pegangan umat Islam.

5. Bulan kesucian. Bulan kita membersihkan jiwa dan rohani kita dari segala penyimpangan dan maksiat di hadapan Allah. Dan apabila kita keluar dari bulan ini dengan penuh kesucian bagaikan bayi yang baru keluar dari rahim ibunya.

6. Bulan pembersihan. Pembersihan berbeza dengan pensucian, pembersihan adalah membuang segala kotoran yang ada. Setelah pembersihan baru akan berlaku pensucian.

7. Bulan Qiyyam. Bulan yang sepatutnya kita sibukkan diri kita dengan melakukan amal ibadah pada malamnya seperti bertahjud, membaca Al Quran dan bermunajat selain dari siangnya kita berpuasa.

Hal ini akan kita bahaskan lebih lanjut lagi.Ketika Rasulullah bersabda ‘wahai manusia telah datang kepada kamu bulan Allah’ , ini adalah peringatan kepada manusia akan bulan yang agung ini, dimana Allah menyambut tetamuNya dengan barakah, rahmat dan pengampunan. Barakah ertinya adalah kebaikan yang berterusan.

Maka bulan ini adalah bulan yang kebaikannya tetap dan berterusan. Manakala rahmat pula adalah anugerah darjat yang tinggi yang diberikan oleh Allah. Dan hanya orang-orang yang berbuat baik yang akan mendapat rahmat Allah.

"sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik" al Araf : 56.

Pada bulan yang mulia ini jalan untuk mendapatkan rahmat Allah lebih mudah berbanding bulan-bulan yang lain, maka marilah kita mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya.Bulan yang penuh pengampunan, itu adalah janji Allah. Apakah kita ragu dengan janji Allah, apakah pernah Allah mengingkari janjiNya? Atau kita menganggap diri kita tidak pernah melakukan dosa?

Apakah ada peluang yang lebih baik dari ini, bulan yang Allah menjanjikan pengampunNya. Kita adalah banduan yang berada dalam penjara kemaksiatan akibat noda-noda yang kita lakukan dan mengharapkan pengampunanNya agar roh dan jiwa kita bebas untuk berada lebih dekat kepadaNya.Bulan, hari, malam dan detik-detiknya adalah lebih baik dari bulan-bulan yang lain.

Nilai kebaikan di sini ditentukan oleh Allah bukan nilai kebaikan yang kita fahami, Allah yang menentukan bukan kita. Akal kita tidak mampu untuk menjangkau makna kebaikan di sisi Allah, ia hanya ‘dibahasakan’ dengan bulan keberkahan, rahmat dan pengampunan. Jika ada bahasa yang mampu mengambarkan lebih dari itu pasti akan Allah gunakan untuk memahamkan kita akan kebaikan bulan yang agung ini.

Apakah ada yang lebih agung dari menjadi tetamu Allah, para perindu dan pencintaNya pasti menanti saat indah ini berada disamping yang dicintai dan dirindui. Sebelum kedatangan bulan yang suci ini mereka adalah para perindu untuk menjadi tetamuNya. Ketika mereka sedang menjadi tamu mereka menjadi asyik akan keindahan dan kecantikan serta layanan Allah. Tidak mereka melihat kecuali keindahan Jamal Allah.

Ya Allah aku memohon dengan keindahan Mu dengan keindahannya dan seluruh keindahan Mu itu indah dan aku memohon kepada Mu dengan segala keindahan Mu’. Petikan dari doa sahur bulan ramadhan.

Menjadi tetamu Allah, kita hendaklah tahu bagaimana menjaga adab sebagai tamu. Jika menjadi tetamu istana, apa yang kita lakukan dan kita ucapkan serta pakaian yang kita kena pada diri kita dalam istana pasti berbeza dengan kebiasaan kita di luar. Begitu juga ketika kita menjadi tetamu Allah, sepatutnya jauh dari apa yang kita lakukan pada bulan-bulan yang lain. Kita hendaklah berakhlak dengan akhlak Ilahiah, akhlak Ilahiah adalah berakhlak dengan akhlak Allah.

Akhlak Allah adalah asma(nama-nama) dan sifat-sifat Allah SWT. Kita mesti memenifistasikan asma dan sifat Allah dalam diri kita. Allah adalah pemberi maka kita juga perlu memiliki sifat tersebut. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Dalam menyambut tamu, Allah sendiri yang memberi makan tetamunya, kita juga perlu sedemikian.‘kamu dalamnya menjadi ahli karamat Allah’. Karamat bukanlah satu hal yang mencerminkan keagungan atau kebesaran tetapi satu sifat yang khusus dan menonjol.

Antara tujuan Allah ketika mewajibkan puasa adalah untuk menjadikan orang-orang yang beriman itu bertaqwa. Taqwa adalah syarat karamat(kemuliaan), sifat yang dimiliki oleh para Malaikat(karim). Takwa meletakkan kedudukan seorang mukmin pada maqam yang paling tinggi. Maqam kemuliaan yang menghindarkan maksiat kepada Allah. Ahli karamat Allah adalah orang-orang yang memelihara diri mereka dari melakukan dosa, lebih lagi ketika mereka menjadi tetamu Allah. Ini akan membuat mereka menjadi lebih dekat kepada Allah berbanding para Malaikat.

Taqwa berasaskan ibadah, dan ibadah ini dilakukan atas dasar cinta kepada Allah. Imam Jaffar As Sadiq mengatakan, ‘kami tidak menyembah Allah kecuali kerana cinta. Bukankah agama adalah kecintaan?’ tidak semua orang mampu mencapai maqam kecintaan kepada Allah. Allah adalah cita-cita orang yang mencintaiNya, bukan angan-angan atau pengharapan. Cita-cita akan mendorong kita untuk bergerak walau dari awalnya tiada kemampuan, ia akan membentuk kesabaran, kesungguhan dan ketenangan dalam mengharungi kehidupan.

Kerinduan kepada Allah akan menarik manusia kepadaNya bukan selainNya, dan tidak melihat selain dariNya walau syurga sekali pun tidak akan ada nilai. Kecintaan dan kerinduan akan mendorong kita untuk mewujudkan cita-cita.Ketika melihat orang sibuk dengan dunia, Imam Ali Zainal Abidin, cucu Rasulullah yang terkenal dengan banyak ibadah dan sujud, berdoa;

Segala puji bagi Allah…aku bersaksi bahawa Allah telah membahagi rezki hamba-hambaNya dengan adil dan mengambil dari seluruh makhlukNya dengan kemuliaan. Ya Allah, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya. Jangan Kau uji aku dengan apa-apa yang telah Kau berikan kepada mereka dan janganlah Kau uji mereka dengan apa-apa yang Kau larang bagiku. Sehingga aku akan dengki terhadap ciptaan Mu dan memandang rendah hukum Mu……lindungilah aku dari memandang rendah orang yang berilmu dan memandang mulia orang yang berharta. Sesungguhnya kemuliaan dimiliki seseorang melalui ketaatannya dan keutamaan dimiliki seseorang atas ibadah-ibadah yang dilakukannya’. Petikan dari doa dalam As Shahifah As Sajjadiyyah."

…..nafas-nafas kamu pada bulan itu tasbih, dan tidur kamu di dalamnya ibadah dan amalan kamu di dalamnya diterima, dan doa-doa kamu di dalamnya diperkenankan, maka mintalah kepada tuhan kamu dengan niat yang benar dan dengan hati yang bersih untuk memberi kamu taufik untuk berpuasa untukNya dan membaca kitabNya.

Sesungguhnya celaka sesiapa yang mengharamkan pengampunan Allah pada bulan yang agung ini…."Bagi para perindu dan pencinta setiap langkah dan geraknya serta nafasnya adalah usaha-usaha untuk mendekatkan diri kepada yang dirindui dan dicintai. Setiap nafas adalah panggilan kecintaan dan ini pasti memiliki nilai di sisi yang dicintai. Bila Allah adalah yang dicintai dan dirindui, dan pecintaNya dan perinduNya kini menjadi tetamuNya, nafas yang mulanya adalah nafas kerinduan kini bertukar menjadi nafas yang asyik akan keAgungan dan keIndahanNya, ia adalah tasbih memuji akan keBesaranNya. Bagai seorang yang menyebut ‘ahh’ kerana kesakitan atau menarik nafas panjang ketika gelisah begitu juga nafas seorang pencinta, perindu dan asyik kepadaNya.

Allah tidak akan mempersiakan pecinta, perindu dan yang asyik kepadaNya. Nafas-nafas mereka adalah apa yang difirmankan oleh Allah dalam kitab suci Al Quran "mereka yang mengingati Allah dengan zikir yang banyak". Kita memahami bahawa hal ini juga berlaku di luar bulan suci Ramadhan, tetapi untuk bulan Ramadhan ia pasti memiliki makna yang jauh lebih agung.Kita mengetahui bahawa setiap perbuatan seorang mukmin itu ibadah, baik kerjanya, makannya, belajarnya mahupun tidurnya. Jika hal yang telah jelas disebut lagi sebagaimana dalam Rasulullah S.A.W. yang di atas, ‘tidur kamu di dalamnya ibadah’, pasti memiliki makna lain atau hakikat yang berbeza dari makna ibadah pada bulan-bulan selain bulan Ramadhan.

Jika tidur itu ibadah apakan lagi perkerjaan yang lain seperti bekerja untuk menyara keluarga, menuntut ilmu, mengajar atau hal-hal yang lain, jika dilakukan dengan niat yang benar pasti akan mendapat perhatian khusus dari Allah dalam bulan yang mulia ini, kerana ‘amalan kamu di dalam bulan ini diterima’. Ini belum termasuk ibadah-ibadah khusus yang akan kita bincangkan sepanjang perbahasan ini.‘Doa-doa kamu di dalamnya diperkenankan’, bayangkan jika kita menjadi tetamu seorang yang amat kaya, lalu ia berkata kepada kita, mintalah apa saja yang kamu mahukan dalam waktu yang singkat ini (waktu menjadi tamu), pasti kita tidak akan melepaskan peluang untuk memohon hajat kita kepadanya.

Tetapi pada bulan Ramadhan, kita menjadi tetamu pencipta segalanya, yang melihat seluruh manusia itu faqir dan Dialah yang Maha Layak di Puji dan Maha Kaya. Yang Maha Kaya ini meminta kita untuk memohon kepadaNya…..apa saja…Ia pasti akan memperkenankan. Apakah kita wajar melepaskan peluang ini dan membiarkan ia berlalu begitu saja? Tetapi apakah permintaan sewajarnya yang patut kita pohon kepada Allah ketika ia menjanjikan akan memperkenankan doa-doa kita? Ada seorang yang berdoa dihadapan Rasulullah dengan mengatakan ‘ya Allah ampunilah Nabi dan aku’. Lalu Rasulullah bersabda "kenapa kau batasi rahmat Allah? Kenapa hanya aku dan kamu? Katakanlah seluruh orang-orang mukmin", "jika salah seorang dari kalian berdoa, maka berdoalah untuk orang banyak, sesungguhnya itu cepat dikabulkan".

Imam Hassan Al Mujthaba cucu Rasulullah, pemimpin pemuda syurga, mengisahkan bagaimana ia menyaksikan ibunya Fatimah Az Zahra binti Rasulullah, selawat dan salam Allah ke atas mereka, penghulu wanita sekian alam, sesudah mendirikan solat malam, mendoakan ramai orang sambil menyebut nama-nama mereka, lalu Imam Hassan yang ketika itu masih kecil bertanya kepada ibunya, kenapa nama-nama orang lain didahulukan, lalu wanita suci itu menjawab, ‘pertama jiran kemudian baru anggota rumah’. Kenapa kita susah untuk mendoakan orang lain, memohonkan kesejahteraan untuk mereka, apakah kita perlu bakhil dengan apa yang bukan milik kita, Allah memiliki sifat pemurah maka kita juga perlu sedemikian. Selain dari itu untuk bulan yang mulia ini Rasululluh mengajar kita dengan mengatakan ;‘mintalah kepada tuhan kamu dengan niat yang benar dan hati-hati yang bersih untuk menjayakan kamu berpuasa untukNya dan membaca kitabNya.’

Rasulullah mengajar kita untuk memohon kepada Allah sesuatu yang di luar batas-batas material, sesuatu yang jauh lebih hebat dari kenikmatan material, iaitu kekuatan berpuasa untuk Allah dan membaca kitab suci Al Quran. Diri kita sering diikat dengan belengu-belengu material, kini masanya untuk kita mengangkat darjat keinsanan ke maqam insanul kamil, insan yang sempurna di sisi Tuhan Yang Maha Pengampun.

Antara jalan-jalan yang perlu dilalui oleh para pencinta dan perindu kepada Allah, mudah-mudahan Allah memasukkan kita dari golongan tersebut, dengan memuliakan diri dengan berpuasa pada bulan suci Ramadhan dan membaca kitab suci Al Quran.PuasaKalimah ‘saum’ atau puasa ertinya dalam bahasa arab adalah menahan diri dari melakukan apa juga perbuatan seperti makan, minum, berjalan, berkata-kata dan lain-lain lagi. Kalimah ini telah digunakan oleh orang-orang arab sebelum kedatangan Islam dan berbeza dari apa yang difahamkan oleh syariat kepada kita hari ini.

Firman Allah dalam surah al Baqarah, ayat 187 "makan dan minumlah hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam(fajar), kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam" dan di ayat 183.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa" Dari kedua ayat di atas kita boleh melihat ibadah puasa yang dijalankan ada dua sisi iaitu jasmani dan rohani.

Ayat yang pertama mengisyarahkan kepada unsur jasmani, iaitu orang yang berpuasa perlu menahan diri dari makan dan minum dan unsur-unsur kenikmatan yang lain. Dalam bab fekah kita mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Jika orang yang berpuasa menjaga hal-hal tersebut, puasanya di anggap sah. Tetapi apakah bererti puasanya akan diterima oleh Allah? Kita dapat melihat hampir seluruh umat Islam yang sudah mencapai maqam baliq mengerjakan ibadah puasa.

Mereka berlapar dahaga hingga sampai waktu azan maghrib dan bila tiba waktu berbuka, mereka menikmati juadah puasa tetapi berapa ramaikah antara kita memiliki prespektif pelik akan ibadah yang mulia ini hingga sebahagian dari kita menganggapnya sebagai satu ritual kebudayaan atau keterpaksaan?.Oleh kerana orang semua berpuasa maka kita juga berpuasa. Apakah ada di kalangan kita yang beranggapan bahawa waktu kita berlapar dahaga seakan kita berada dalam penjara dan bila tiba waktu berbuka, dengan lahapnya kita membalas dendam kelaparan sepanjang hari?.

Apakah kita tidak ubah umpama lembu yang semalaman di kurung dan bila waktu dilepaskan, berebut-rebut melahap rumput? Apakah layak kita menjadi tetamu Allah dengan berpakaian haiwan? Kita sendiri meletakan diri kita seperti haiwan malah lebih buruk dari haiwan. Mungkin dari sisi fekah puasa kita sah tapi apakah diterima oleh Allah, satu hal yang berbeza.Pada sudut yang lain, puasa adalah unsur rohani.

Ayat yang kedua Allah menjelaskan bahawa sebab kenapa manusia diwajibkan berpuasa adalah untuk mencapai darjat kebersihan diri dan ketaqwaan. Rasulullah bersabda, "untuk setiap sesuatu ada zakatnya, dan zakat badan adalah puasa". Puasa adalah proses pembersihan badan manusia, tetapi bukan hanya unsur jasmani sahaja tetapi termasuk rohaninya sekali. Taqwa adalah unsur yang bersangkutan dengan rohani dan spritual manusia, tanpanya puasa itu hanya sekadar berlapar dahaga saja.

Dengannya puasa kita akan diterima oleh Allah. Taqwa mengangkat kita ke darjat kemuliaan dan kebebasan. Bebas dari menjadi hamba selain dari Allah, khususnya hamba kepada hawa nafsu kita kepada menjadi hamba Allah. Kehinaan maqam haiwaniah ke maqam kemuliaan insaniah. Dari kedudukan yang jauh dari Allah menjadi dekat kepadaNya. Dari maqam kekalahan kepada kedudukan kemenangan. Dari perlaku maksiat kepada kelazataan ketaatan.

Taqwa adalah hal yang berasaskan kecintaan bukan ketakutan sebagai yang dianggap oleh sebahagian orang. Ibadah kepada Allah kerana cinta kepadanya bukan kerana tamakkan syurgaNya atau takutkan seksaanNya. Hadis Rasul ada menyebutkan "Allah itu indah dan menyukai setiap yang indah" , apakah yang indah itu menakutkan atau akan membuat kita mahu lebih hampir kepadanya?. Ketakutan itu perlu ada tapi disebabkan kekurangan yang kita miliki baik dari ibadah mahupun kesyukuran yang kita panjatkan kepadaNya. Maka perindahkanlah ibadah kita kerana Allah menyukai yang indah.

Oleh itu puasa bukan saja menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkannya secara jasmani saja tetapi merangkumi hal-hal yang bersifat spritual juga. Setiap dosa dan maksiat seperti mengumpat, melihat perkara yang haram, mendengar perkara yang diharamkan oleh Allah secara kerohaniannya telah membatalkan puasa, walau secara fekah ia sah.

Puasanya itu hanya tinggal sebagai puasa jasmani saja dan tidak memiliki nilai di sisi Allah. Sebagaimana yang disebut dalam petikan hadis tentang bulan suci Ramadhan ini, "……perliharalah lidah-lidah kamu, tutuplah mata-mata kamu dari apa yang tidak halal untuk kamu melihatnya dan pekakkan telinga kamu dari apa-apa yang kamu dilarang untuk mendengarnya…." Khususnya untuk para wanita, amati jawapan Rasulullah terhadap soalan anaknya Fatimah Az Zahra, selawat dan salam Allah ke atas mereka, tentang sifat wanita yang baik, "wanita yang baik adalah yang tidak dilihat oleh yang bukan muhrim dan tidak melihat yang bukan muhrim".

Dalam sebuah hadis qudsi yang mahsyur Allah S.W.T berfirman "Puasa adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya" Bulan adalah bulan Allah, kita adalah tetamunya, antara adab yang Allah telah wajibkan kita ketika menjadi tetamunya adalah berpuasa, maka puasa itu milik Allah S.W.T. malah setiap doa dan ibadah yang lain kita lakukan juga adalah milik Allah. Allah sendiri yang akan memberi ganjaran bagi orang yang berpuasa, dan tidak ada ganjaran yang lebih agung dari berjumpa dengan Allah. Sabda Rasulullah ‘orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu Allah’. Jika kita telah sampai ke maqan hakikat puasa bererti kita akan sentiasa bertemu dengan Allah dan akan abadi dengan keabadian Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi Tuhan yang berkuasa" Al Qamar 54-55.

Munajat orang-orang taat kepada Allah, Imam Ali Zainal AbidinYa Allah, berilah kami ilham untuk taat kepada Mu, jauhkan kami dari maksiat kepada Mu, mudahkan keinginan kami untuk sampai pada ridha Mu.Letakkan kami di tengah-tengah taman Mu, hapuskan awan was-was yang menghalangi pandangan kami, bukalah keraguan dan tabir yang menutupi hati kami.Hapuskanlah kesalahan dari batin kami, tetapkan kebenaran di dalamnya, sesungguhnya keraguan dan prasangka menyuburkan fitnah dan mengeruhkan kurnia dan kemurahan.

Ya Allah, angkatlah kami dengan perahu keselamatan Mu, berilah kami kenikmatan dalam bermunajat kepada Mu, berilah aku minum dari telaga cinta Mu, biarlah kami merasakan manisnya kasih sayang dan kedekatan dengan Mu.Jadikan jihadku hanya untuk mencari redhaMu, cita-citaku untuk taat kepada Mu, bersihkan niatku dalam bermuamalah dengan Mu dan untuk Mu, dan tiada wasilah untuk kami kepada Mu kecuali dengan Mu.Ya Ilahi , tempatkanlah aku di antara orang-orang yang terpilih yang baik, pertemukan aku dengan orang-orang soleh yang bijak yang mendahului meraih kemuliaan, yang berlumba-lumba dalam kebaikan yang beramal sisa amal soleh, yang berusaha untuk meraih darjat yang tinggi.

Sesungguhnya Kau Maha Kuasa atas segala sesuatu dan suka mengabulkan dengan rahmat Mu wahai yang Terkasih dari semua yang mengasihi. Sabda Rasulullah,‘orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan, ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Allah" Pada perbahasan sebelum ini kita telah mengatakan bahawa puncak dari kenikmatan berpuasa adalah bertemu dengan Allah. Tiada nikmat yang lebih agung dari itu. Satu lagi nikmat orang yang berpuasa adalah ketika ia berbuka. Imam Jaffar As Sadiq, salah seorang dari keturunan Rasulullah, yang di anggap sebagai guru kepada mazhab empat, mengatakan, "Allah mewakilkan seribu malaikat yang mengusap muka orang yang sedang berpuasa dan kehausan pada hari yang sangat panas sampai waktu berbuka.

Pada saat itu mereka memberikan khabar gembira kepadanya dan ketika ia hendak berbuka Allah berfirman kepadanya. ‘Alangkah wanginya kamu dan alangkah wanginya ruhmu, wahai malaikat-malaikat Ku, saksikanlah bahawa Aku telah mengampuni dosa-dosanya.’". Alangkah bahagianya orang-orang yang puasanya diterima oleh Allah. Mereka berjaya meletakan diri mereka kepada kedudukan kemuliaan, mereka adalah orang-orang yang mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka.

Mereka pada maqam berbicara dan berdailog dengan Allah. Setiap kali mereka menyebut "Ya Allah" ketika berbuka "Ya Allah untuk Mu aku berpuasa dengan rezki Mu aku berbuka dan ke atas Mu aku bertawakal", Allah akan menyahut panggilan mereka "wahai hamba Ku". Segala keinginan mereka akan diperkenankan oleh Allah, kerana pada waktu berbuka adalah antara waktu-waktu yang terbaik untuk berdoa kepada Allah. Pasti para pencinta Allah tidak akan melepaskan peluang untuk berdailog dan berbicara dengan yang dicintai.

Bulan Al Quran Sabda Rasulullulah "setiap sesuatu ada musimnya, Bulan Ramadhan adalah musim Al Quran"Pada musim bunga, kita akan menyaksikan bunga-bunga bersemi indah, dan semua orang akan dapat menikmati keindahannya. Begitu juga jika musim buah-buahan tertentu, dimana-mana kita akan melihat orang menikmati buah tersebut. Bulan Ramadhan adalah bulan Al Quran dan musim Al Quran.

Sewajarnya orang-orang mukmin yang berpuasa menyibukkan diri mereka dengan Al Quran, dengan membaca dan tadabur (meneliti ayat-ayat Al Quran). Sabda Rasulullah dalam sambungan hadis tentang bulan Ramadhan di atas; "sesiapa yang membaca satu ayat dari Al Quran, untuknya pahala seseorang yang mengkhatamkan al Quran pada bulan-bulan yang lain" , kenapa mesti kita lepaskan peluang ini, kenapa kita tidak indahkan puasa kita dengan membaca ayat-ayat Allah.

Dalam sebuah hadis Qudsi , Allah bertanya kepada Nabi Musa a.s., ‘kenapa kau tidak bermunajat kepada ku Musa?, Nabi Musa menjawab; ‘aku berpuasa dan orang yang berpuasa mengeluarkan bau yang busuk dari mulutnya’, maka Allah berfirman ‘bau ini wangi di sisi para malaikat, maka tiada yang menghalang kau dari bermunajat’ Rasulullah bersabda, ‘Demi yang jiwa Muhammad di tanganNya bahawa bau busuk dari mulut orang yang berpuasa di sisi Allah lebih harum dari misk (minyak wangi dari darah kijang)’. Kurangkan percakapan perbanyakan membaca Al Quran. Sabda Rasulullah ‘perbaguskan mulut-mulut kalian kerana sesungguhnya mulut-mulut kalian ada jalan laluan Al Quran’. Seorang guru akhlak pernah mengatakan, ‘jika kamu ingin Allah berbicara dengan kamu, bacalah Al Quran, kerana ia adalah kalam Allah, jika kamu ingin berbicara dengan Allah banyakkan solat dan bermunajat kepadaNya, dan jika ingin tahu akan perpustakaan rahsia Allah, ziarahlah kubur, kerana di situ tersimpan rahsia-rahsia Allah’.

Kita menjadi tetamuNya, Ia ingin berbicara dengan kita dan kita berbicara denganNya, maka hendaklah kita banyak membaca Al Quran dan mendirikan solat. Jika kita mampu, dalam bulan yang mulia ini kita khatamkan al Quran setiap hari, jika tidak, tiga hari sekali, jika tidak dengan tiga kali khatam, jika tidak mampu juga dengan sekali khatam.Jagalah hak-hak Al Quran, Al Quran akan menjaga hak-hak kita.

Setiap bau busuk yang keluar dari mulut orang yang berpuasa adalah wangian bagi para Malaikat, dan mereka akan memuji-muji wangian tersebut. Jangan kita jual percakapan kita dengan harga yang murah kerana nilai kita adalah syurga, jangan kita jual dengan harga yang lebih murah dari syurga. Jadikan mulut-mulut kita sebagai laluan kalam Allah dan jangan sebagai jalan untuk bermaksiat kepadaNya.

Al Quran yang suci diturunkan pada bulan yang suci, pada malam yang suci dan pada jiwa yang suci. "kami telah turunkannya (al Quran) pada malam Al Qadr". Al Quran Adalah hadiah Allah kepada Rasulullah dan umatnya atas kebersihan dan kesucian diri yang telah mereka lakukan dengan menjalankan ibadah puasa. Al Quran begitu agung diturunkan secara ‘daf’ie’ sekali gus, pada malam Al Qadr ke dalam dada Rasulullah dan Rasulullah ajarkan kepada umatnya, tetapi mereka mesti disucikan terlebih dahulu, sebagaimana firman Allah "Dialah yang telah mengutus pada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, membacakan kepada mereka ayat-ayatNya dan mensucikan mereka dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan sesunggunya mereka sebelum ini berada dalam kesesatan yang nyata".

Asas kepada pendidikan Al Quran adalah penyucian, selagi tidak suci, selagi itu Al Quran tidak akan memberi manafaat malah akan memudaratkan. Bulan Ramadhan adalah bulan pembersihan dan penyucian dengan berpuasa, hadiah yang Allah berikan kepada para tetamuNya adalah Al Quran. Ia adalah kalam Allah yang datang dari Allah sendiri. "Puasa adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya", Al Quran adalah antara ganjaran Allah, mujizat Allah dan pedoman untuk orang mukmin sepanjang zaman.

Imam Ali bin Abi Talib ketika mensifati Al Quran, mengatakan ‘Allah telah menjadikan Al Quran minuman untuk dahaga para ulamak dan musim semi untuk hati-hati para fuqaha dan tujuan untuk perjalanan orang-orang soleh, dan penyembuh yang tiada sakit selepasnya, cahaya yang tiada bersamanya kegelapan’.Setelah khatam Al Quran, Imam Ali bin Abi Talib membaca doa; "Ya Allah lapangkanlah hati kami dengan Al Quran, perlakukanlah badan kami dengan Al Quran, pergunakanlah lidah kami dengan Al Quran, dan bantulah kami ke atas Al Quran sepanjang Kau kekalkan kami, sesusungguhnya tiada kuasa dan kekuatan kecuali dengan Mu""Sesungguhnya celaka sesiapa yang mengharamkan pengampunan Allah pada bulan yang agung ini…"Apakah ada yang lebih musibah dari ini?

Bila Allah mahu mengampunkan kita, kita yang mengharamkan diri kita dari menerima pengampuan Allah. Kita sombong dengan kejahilan kita, angkuh dengan maksiat yang kita lakukan, khususnya pada bulan ini. Zahirnya mungkin kita berpuasa, tetapi dalam waktu yang sama, lidah kita adalah senjata tajam yang memakan daging-daging saudara kita dengan memperkatakan mereka di belakang mereka (ghaiba).

Mata kita adalah anak-anak panah iblis yang memandang kepada perkara-perkara yang Allah telah haramkan untuk kita melihatnya. Telinga-telinga kita begitu asyik mendengar hal yang ghaiba dan haram. "tutuplah mata-mata kamu dari apa yang tidak halal untuk kamu melihatnya dan pekakkan telinga kamu dari apa-apa yang kamu dilarang untuk mendengarnya…."Anggota badan kita kini telah menjadi tentera syaitan. Kita telah membuka rantai-rantai syaitan yang telah di rantai oleh Allah pada bulan yang suci ini. "dan para syaitan akan di rantai pada bulan ini dan mintalah dari Allah untuk dilindngi dari dikuasai oleh mereka". Kita telah membuka seluasnya pintu-pintu neraka yang telah ditutup oleh Allah pada bulan yang mulia ini. "dan pintu-pintu neraka tertutup maka mintalah dari Tuhan kamu supaya ianya tidak terbuka untuk kamu". Kita sendiri yang menjauhkan diri kita dari rahmat Allah. Kita sendiri yang telah membina tembok pemisah antara kita dengan pengampunan Allah. Dimanakah kita akan meletakan muka kita apabila segala amalan diperlihatkan. Kita anggap remeh hal itu disebabkan kita tidak yakin tentangnya. Kita hanya ada ilmu tentang hari pembalasan tapi tidak yakin. Yakin adalah maqam yang agung dan orang-orang yang semacam kita jauh dari memilikinya.Apabila kita berpuasa kita hanya faham kita tidak boleh makan dan minum. Dan apabila berbuka kita makan dengan lahapnya.

Puasa kita tidak ada rohnya sama sekali, seperti badan yang tanpa nyawa, tanpa roh…bangkai…puasa kita adalah umpama bangkai. Kita tidak puasakan mata, telinga, akal fikiran dan anggota badan kita yang lain dari hal yang haram."ingatlah kelaparan dan dahaga kamu dalan bulan itu lapar dan dahaga pada hari kiamat"Berpuasa memiliki tiga hikmah, dan dalam syariat disebutkan ketiga-tiga bentuk hikmah ini.

Yang pertama adalah makna awam iaitu ketika Allah mewajibkan ke atas kita puasa supaya yang kaya antara kita akan merasai bagaimana kehidupan yang dialami oleh orang-orang yang susah antara kita. Ini akan menimbulkan sifat tawadhu dan rendah diri orang yang berada dan akan membuat mereka tidak merasa bakhil untuk mengeluarkan harta mereka membantu orang-orang yang memerlukan.

Hikmah yang kedua dari berpuasa adalah sebagaimana yang disebutkan dalam hadis di atas, ini makna khas, supaya lapar dan dahaga kita, baik yang kaya mahu pun yang miskin akan menyedarkan kita bahawa satu hari nanti, pada hari perhitungan di pandang mahsyar yang mana kita akan merasa dahaga dan lapar, mengharapkan akan perhitungan Allah dipercepatkan. Maka itu dengan mengingatkan kelaparan dan kehausan pada hari tersebut kita akan membetulkan puasa kita agar ia memiliki roh dan akan diterima oleh Allah.

Hikmah yang ketiga adalah makna khas yang khusus. Iaitu menjadikan manusia lebih baik dari para malaikat. Ini adalah makna agung dari puasa, menjadikan manusia insannul kamil. Malaikat sebagaimana yang kita tahu adalah makhluk yang dekat dengan Allah, mereka memiliki akal dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka tidak makan dan tidak minum kerana ciptaan asal mereka sedemikian berbeza dengan manusia yang Allah ciptakan memiliki akal dan nafsu.

Allah letakkan syariat untuk dipatuhi oleh manusia, supaya mereka mencapai maqam yang lebih agung dari malaikat, lebih dekat kepadaNya berbanding malaikat. Puasa adalah salah satu antara perintah Allah ke atas manusia. Manusia yang memiliki nafsu dan keinginan untuk makan, kerana taat kepada Allah ia tinggalkan makan dan minumnya.

Oleh kerana maqam manusia ini begitu hampir kepada Allah, maka Allah sendiri yang memberi balasan orang yang berpuasa."Puasa adalah untuk Ku dan Aku sendiri yang akan memberi ganjarannya". Tetapi ada satu lagi jenis puasa yang terkeluar dari ketiga-tiga makna di atas, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah , ‘berapa banyak orang berpuasa dan tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Berapa banyak orang bangun di malam hari untuk ibadah, tidak mendapatkan apa-apa kecuali berjaga malam saja’Mudah-mudahan Allah tidak memasukkan kita dalam golongan ini, yang rugi di dunia dan akhirat."dan bersedekahlah ke atas para fakir dan miskin kamu," Ambillah peluang untuk bersedekah kepada fakir miskin, memberi dan tidak meminta adalah sifat Allah, bersifatlah dengan sifat Allah, berilah atas kemampuan kita dan ia tidak akan memfakirkan kita. Sifat memberi dan bersedekah ini adalah sifat orang yang mengerjakan solat.

Dalam surat Al Ma’arij dari ayat 22 hingga 35 Allah mengkhabarkan sifat-sifat oleh yang mendirikan solat antaranya ayat 24 dan 25 " yang mereka itu berterusan dalam solat mereka. Dan orang-orang yang dalam hartanya ada hak-hak yang tertentu. Untuk orang-orang yang meminta dan yang tidak meminta".Bulan ini dan berpuasa mengajar kita untuk bersederhana dalam kehidupan dan tidak boros kerana Allah membenci orang yang boros dan menganggap mereka sebagai saudara syaitan.

Orang-orang yang benar puasa mereka adalah orang-orang yang benar dalam solat mereka. Mereka mengetahui pada rezki yang Allah berikan kepada mereka ada hak-hak orang lain yang Allah kirim melalui mereka. Cukup untuk mereka kadar yang tertentu dari rezki yang telah dilimpahkan ke atas mereka."hormatilah orang-orang tua kamu dan berilah belas kasih kepada anak-anak kamu".Antara perkara yang mendukung ketaqwaan adalah penghormatan ke atas orang-orang tua kita, ibu dan ayah kita. Derhaka kepada mereka adalah antara maksiat yang paling besar.

Ketika Allah berfirman "janganlah kamu katakan kepada kedua orang tua kamu "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkan diri kamu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, wahai Tuhanku , kasihanlah mereka berdua, sebagaimana mereka telah memeliharaku sewaktu kecil" al Isra, ayat 23-24.Wahai tetamu Allah marilah kita memperlipatkan kasih sayang dan penghormatan kita kepada kedua ibu bapa kita khususnya pada bulan yang mulia ini. Allah memuliakan mereka dan menjadikan keredhaan mereka sebagai syarat keredhaanNya.

Jika mereka masih hidup, hendaklah kita berbakti kepada mereka, buatlah hati mereka senang, jangan derhaka kepada mereka. Jika Allah melarang untuk kita mengatakan ‘ahh’ kepada mereka apa lagi jika kita mengherdik mereka dan memperlakukan yang tidak wajar kepada mereka. Ambillah peluang untuk memperbaiki kesalahan kita ke atas mereka sementara mereka masih hidup. Dapatkan keredhaan Allah melalui keredhaan mereka. Tingkatkanlah ketaqwaan kita dengan menghormati mereka pada bulan yang sepatutnya kita mencapai maqam taqwa.

Jika mereka sudah tiada lagi, jangan merasa puas dengan mendoakan mereka, buatlah kebaikan dengan atas nama mereka. Mudah-mudahan doa-doa kita akan menemani mereka dalam kesunyian alam kubur.Kita juga mesti memenuhkan hari-hari kita dengan rasa kasih sayang kepada anak-anak kita. Berikan mereka sarana pendidikan yang terbaik yang kita mampu berikan. Terapkan nilai-nilai akhlak yang universal kepada mereka, agar mereka membesar dengan mengetahui apa yang perlu mereka lakukan untuk menjadi peribadi yang mulia. Tetapi jangan kita paksakan untuk menerapkan kepribadian kita kepada mereka kerana mereka akan hidup dalam alam yang berbeza dari kita.

Rasulullah bersabda, ‘siapa yang memiliki anak kecil, hendaklah menjadikan dirinya kecil untuk anaknya’. Sudah tentu yang dimaksudkan oleh Rasulullah di sini adalah berperangai seperti anak kecil, agar mereka dapat bermain dengan ibu bapanya. Ciumlah mereka selalu sebagai tanda kasih sayang kepada mereka. Rasulullah bersabda, ‘siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi’.

Mengenai pendidikan dan hubungan anak dan orang tua, kita perlu merujuk lebih lanjut lagi kepada buku-buku yang membahaskan hal tersebut."berbuat baiklah ke atas anak-anak yatim, maka anak-anak yatim kamu akan diperlakukan dengan baik juga"Perhatikan anak-anak kita, bagaimana keadaan mereka jika kita tiada lagi di atas muka bumi ini. Bagaimana perasaan mereka kehilangan kasih sayang dan tempat berlindung ketika mereka masih kecil. Nilai perasaan itu, kita akan tahu, kita kalau boleh tidak mahu meninggalkan mereka dalam usia mereka masih kecil.

Hal ini akan membuat kita sedar bagaimana perasaan anak-anak yatim yang ada. Berbaktilah kepada mereka, buat sesuatu hingga mereka menganggap kita adalah ayah dan ibu mereka. Muliakanlah mereka, Allah akan memuliakan kita, khususnya pada bulan yang mulia ini. Sesiapa yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia bertemu denganNya.

Ketika Imam Ali bin Abi Talib syahid, anak-anak yatim kota Kufah yang paling bersedih kerana ketika Imam Ali masih hidup mereka merasakan kasih sayang seorang ayah. Dengan permergiannya maka baru mereka tahu apa erti keyatiman."bertaubatlah kepada Allah terhadap dosa-dosa kamu."

Jiwa kita tidak tenang akibat dosa-dosa yang telah kita lakukan, bertaubatlah kepada Allah dengan menyesali apa yang telah kita lakukan dan berikrar untuk tidak mengulanginya lagi serta memperbaiki diri kita. Taubat yang di terima oleh Allah akan membuat diri kita bersih dan akan membuat kita menjadi manusia yang lebih baik. Bertaubat kepada Allah tidak hanya pada bulan Ramadhan tetapi alangkah indahnya ketika kita menjadi tamuNya kita bertaubat kepadaNya kerana Ia menjanjikan untuk memperkenankan segala hajat kita.

Tuesday, August 04, 2009

The ICE has MORE bacteria than TOILET WATER - beware !!


You’d think toilets were full of bacteria, right?
Well, 12-year-old Jasmine Roberts, a smart 7th grade student in Tampa, Florida hit
upon a startling discovery as part of her winning science fair project.
She compared the ice used in sodas and other drinks with the water from the
toilet bowls in the same fast food restaurants. She was shocked by the results.
The ice served in soft drinks and other beverages at fast food restaurants had
more bacteria than water from the same restaurant’s toilet! Not only that, but 70
percent of the time, the ice had more bacteria than the toilet water.
Jasmine had the water tested at a lab at the H. Lee Moffitt Cancer Center, where
she volunteers with a USF professor. Ice in three of the five restaurants tested
positive for fecal coliform or E. coli, organisms that come from the feces of warmblooded
animals!
As the Tampa newspaper pointed out, symptoms, “related to the presence of
coliform include cramps and diarrhea. E. coli can cause intestinal illness and, in
rare cases, hemolytic uremic syndrome, a serious kidney condition.”
“I thought there might be a little bacteria in the ice, but I
never expected it to be this much,” Jasmine told the
Tampa Bay News, “ And I never thought the toilet water
would be cleaner.”
Therefore as a safe option lets drink boiled or warm
water for safe health
Source: Taken from Fast Food News, Posted by Connie Bennet, in the Sugar Shock Blog.
Prepared by Performance Improvement Unit, CSD

Sampaikan - Karnival Masjid @ KUIS, Bangi.

Posted by : Saudari Husna (3N)

Sampaikan - Hi-Tea @ Bangi

salam ukhwah buat semua pembaca..

Sekadar nak menyampaikan Hi-Tea yang akan di adakan

Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 2-5.00 pm
Tempat : Dewan Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Tiket : RM 10 per person

Antara pemimpin yang turut sama hadir di majlis tersebut :
1. YB Dato' Mahfuz Omar
2. YB Ust Nasaruddin Tantawi
3. YB Datuk Paduka Husam Musa
4. Y. Bhgia Ustazah Wan Hasrina

Anjuran :
IPUKM, ILMUAN dengan kerjasama DUN Dusun Tua.

Monday, August 03, 2009

perempuan-perempuan itu...


Perempuan-perempuan yang dilupakan...
Hari ini aku teringat kepada beberapa orang perempuan.
Hem…



Siapakah yang aku teringat itu?
Perempuan-perempuan ini, ada yang aku kenal masa tadika. Ada pula yang aku kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang aku kenal masa sekolah menengah.
Apabila aku dewasa, aku berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini,

dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, aku suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada aku, mereka amat bermakna dalam kehidupan aku.
Oleh kerana aku teringat akan mereka, maka aku ingin perkenalkan mereka kepada kalian.
Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan.



Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi?
Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri?
Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka

mengikut perempuan yang mana?
Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?
Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia?
Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?



Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati,
dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama,
walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’.
‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.
Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak,

telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman.
Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan,
seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.


Maka hari ini, aku nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid.


Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahajahingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW.
Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk.
Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as.
Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan.
Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Mayram, ibu kepada Isa as.
Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci,
ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH,
dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya.
Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.
Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata,

“Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah)
berperang dihadapanku.”


Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh.
Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.
Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda.

“Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?”
Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.
“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah

sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.
Siapakah yanng mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim?

Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman.
Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim.
Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”.
Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata,

“Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin UmmuSulaim.”
Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi

seorang sahabat yang komited..



Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya.
Lihatlah bagaiman Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya?
Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah.

Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah,
apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya
menyembelih haiwan dan bercukur rambut,
tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya.
Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “ Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata,
“ Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu”
Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW,
Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki(kisah rekaan)
berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya,
mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT.
Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr?
Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur.
Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya,
kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah.
Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA,
sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak.
Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid.
Dihantar pula yang kedua.
Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga.
Yang ketiga juga syahid.
Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat,
dan yang keempat itu pun syahid.
Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?
“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”



Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?
Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?
Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?
Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi?
Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi?
Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?
Siapa?
Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.
Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan.
Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.
Dan hari in aku teringatkan perempuan-perempuan itu.




http://www.alaa-deen.blogspot.com/