Sunday, October 25, 2009

peluang kerjaya..



Sekolah Sri Al-Amin Bangi mempelawa calon-calon yang layak untuk memenuhi kekosongan jawatan sebagai:




GURU AKADEMIK & SYARIAH




Di Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi Dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi




Kelayakan:


1. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma atau yang setara dengannya daripada universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.


2. Mempunyai syakhsiah yang baik


3. Mempunyai pengalaman mengajar adalah satu kelebihan


4. Tidak merokok bagi calon lelaki




Calon-calon yang berminat bolehlah menghantar permohonan beserta resume selewat-lewatnya pada 15hb November 2009 ke:


Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran


Sekolah Sri Al-Amin Bangi,


PT 39519, Lot 8796, Batu 18, Kg Sungai Tangkas,


43657 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.


(u.p. : Puan Aida Abdul Rahim)




Tel: 03-8925 2454


Fax : 03-8925 8717





kredit to http://nisagombak.blogspot.com/

Saturday, October 24, 2009

Sebuah coretan rasa pasca pemergian Allahyarhamah Nur Fatimah… rahmat di sebalik dugaan

Mata masih belum mahu lelap. Entah kenapa saya masih teringat-ingat Allahyarhamah Nur Fatimah, ibu dan ayahnya serta seluruh ahli keluarganya dalam menghadapi kehilangan ini. Sudah masuk dua hari Nur Fatimah pergi meninggalkan dunia yang sesingkat cuma ini. Hati meruntun sayu, air mata menitis laju, tambah-tambah bila membaca posting di blog sahabat-sahabat ukhti Khadijah yang sangat menyentuh hati.

Sedih hati yang memandang, sedih lagi hati yang mengalaminya sendiri…

Coretan ini bukan mahu menambah-nambah kesedihan di hati yang membaca, bukan jua mengungkit-ungkit apa yang telah berlaku, kerana hidup mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi, manakala yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan al-Khaliq.

Sebetulnya saya tidak pernah bersua dgn Allahyarhamah, tetapi acapkali mendengar namanya disebut-sebut, kerana Nur Fatimah merupakan zuriat kepada salah seorang sahabat seperjuangan saya dan sahabat-sahabat penggerak Nisa’ Serdang yang lain. Ukhti Khadijah dan Ustaz Ramadhan bukan asing bagi kami. Ukhti Khadijah adalah senior saya di sekolah menengah, beliau dan ustaz Ramadhan juga senior di universiti kpd salah seorang penggerak Nisa’ Serdang. Saya biasa bertemu dengan ukhti Khadijah sepanjang penglibatan saya bersama Nisa’ Malaysia dulu. Ukhti Khadijah juga merupakan naqibah usrah Nisa’ Serdang dan kami pernah hadir ke rumahnya untuk mengikuti usrah bernaqibahkan beliau. Kerana itulah, kami semua merasakan tempias kesedihan dan keperitan itu.

Seperkara yang saya kagumi berkaitan hal ini, sangat terserlah erti persahabatan dan persaudaraan Islam yang tercermin di sebalik ujian yang berlaku. Saya memerhatikan cukup ramai yang mengikuti perkembangan Nur Fatimah dari awal si kecil itu jatuh sakit, sehinggalah di saat pengebumiannya. Ketika saat sakitnya, cukup ramai mendoakan dan bersolat hajat agar Nur Fatimah kembali sihat dan ceria semula. Biarpun ramai yang tidak mengenali Ukhti Khadijah dan suaminya, namun mereka semua bersama-sama dalam menanggung rasa kesedihan, mencoretkan kata-kata sokongan dan kisah perkembangan Nur Fatimah di blog dan Facebook, memberikan sokongan padu pada pasangan itu dan ahli keluarganya, tak putus-putus menziarahi Nur Fatimah di hospital, bersama merasakan “ tidak dpt tidur dan tidak tenang hati” mengenangkan Nur Fatimah yang sedang sakit ketika itu,.. kemudian di saat-saat Nur Fatimah semakin lemah..seterusnya di saat perginya menemui Ilahi kemudian bersolat jenazah untuknya sehinggalah menghantarnya ke perkuburan (khabarnya lebih dari 300 orang yang bersama-sama bersolat jenazah).
Indahnya anugerah kasih sayang dan rasa persaudaraan yang ditumpahkan oleh al Khaliq di hati hamba-hambaNya yang mukmin.

"Daripada Nu’man bin Bashir r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Perbandingan orang-orang mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu , apabilah satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Buat kak Dijah dan ustaz Ramadhan, kami doakan moga kekal kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Moga dikurniakan zuriat pengganti yang soleh dan solehah., menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati kalian. Nur Fatimah, pergimu tanpa sepalit dosa itu begitu membekas di hati insan-insan yang mengasihimu. Damailah Nur Fatimah di alam abadi.

Bagi kita yang masih hidup ini, sesungguhnya kematian itu sesuatu yang pasti.

Sebuah coretan rasa…
Pengarah Nisa’ Serdang

`Lambaian Kaabah`






Kelebihan Haji:


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


(Sesiapa yang mengerjakan Haji dan dia tidak mencampuri isterinya serta tidak melakukan maksiat, dia akan kembali sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya).




Syarat-syarat Wajib Mengerjakan Haji:
Islam
Berakal
Berkemampuan
Merdeka
Baligh


Bentuk-bentuk Berkemampuan:
Selamat tubuh badan
Aman perjalanan
Tidak ditahan
Terdapat mahram atau suami bagi perempuan
Tidak berada dalam idah bagi perempuan


Syarat-syarat Sah Mengerjakan Haji:
Islam
Berihram
Masa (Miqat ihram menepati masa)
Tempat (Miqat ihram mengikut tempat)
Mumayyiz
Berakal
Boleh melakukan pekerjaan dengan sendirinya melainkan ketika keuzuran
Tidak bersetubuh


Cara-cara Mengerjakan Ibadat Haji:
Ia terdiri dari tiga cara iaitu:
1- Ifrad: Iaitu berniat Haji sahaja.
2- Tamattu': Iaitu berniat Umrah terlebih dahulu (iaitu dia berihram Umrah dari miqat yang ditetapkan untuk negerinya kemudian dia bertahallul dari ihram tersebut seterusnya berihram untuk Haji dari Mekah).


Dinamakan sebagai Tamattu' kerana dia memilih cara yang membolehkannya untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram di antara Umrah dan Haji.


3- Qiran: Iaitu berniat Haji dan Umrah bersama-sama (iaitu berihram Haji dan Umrah bersama-sama secara serentak).




Syarat-syarat wajib haji dan umrah itu adalah sama sahaja iaitu "


Islam

- tidak wajib atas orang kafir dan murtad


Baligh

- tidak wajib atas kanak-kanak tetapi sah hajinya dan tidak gugur wajibnya bila baligh


Berakal
- tidak wajib atas orang gila dan jika dilakukan juga, tidak sah hajinya


Merdeka

- Hamba abdi tidak diwajibkan, tetapi sah hajinya dan diberi pahala


Berkuasa / Kemampuan
- Berhubung dengan berkuasa atau berkemampuan, ini ialah berdasarkan kepada Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


" Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan di antara mereka"


(Surah Ali Imran ayat 97)




Dalam masalah berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakan haji dan umrah ini adalah berkuasa kepada dua bahagian:-


a) Berkuasa atau berkemampuan dengan sendiri; dan


i) Berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain untuk melakukan pekerjaan haji dari mula hingga akhir.


ii) Mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang dibawah tanggungannya,


iii) Ada kenderaan pergi dan balik,


iv) Aman dalam perjalanan, yakni tidak ada marabahaya yang mengancam keselamatan diri dan harta. Ini termasuklah juga tidak ada penyakit yang membahayakan tubuh badan,


v) Sihat tubuh badan,


vi) Berkesempatan masa untuk mengerjakan haji dan umrah.




Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-


"Dari Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w ditanya " Apakah yang dimaksudkan dengan "sabil"? Rasulullah s.a.w. menjawab: " Bekalan dan perjalanan"
Riwayat- Daruqutni




b) Berkuasa dengan bantuan orang lain.


i) Orang yang mempunyai cukup syarat wajib haji, tetapi tidak dapat mengerjakan hajinya sendiri kerana keuzuran dan sakit yang tidak ada harapan akan sembuh, atau telah terlalu tua umurnya serta telah putus asa tidak dapat pergi sendiri menunaikan hajinya.


ii) Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hidupnya, tetapi tidak mengerjakan haji, maka terhutanglah fardu haji atasnya sehingga warisnya atau orang yang menerima wasiatnya menunaikan hutang hajinya itu dengan upah atau secara sukarela.


Dalam masalah mengerjakan haji untuk orang lain atau upah haji ini, Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


" Dari Laqit bin Amir r.a bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: " Bahawa bapa saya seorang yang telah tua, tidak berdaya menunaikan haji dan umrah, dan tidak berkuasa mengikuti rombongan atau berjalan untuk mengerjakan haji atau umrah" Rasulullah s.a.w. bersabda : " Tunaikanlah haji untuk bapamu dan umrahnya sekali".


Riwayat - Abu Daud dan Tarmizi



info lanjut layari.. http://www.dalil-alhaj.com/my/intro.htm


http://www.al-azim.com/haji/syarat.htm

Thursday, October 22, 2009

Al Fatihah buat si kecil Nur Fatimah

Al-fatihah buat adik Nur Fatimah binti Ramadhan Fitri. Beliau telah kembali ke rahmatullah kira2 jam 6.20pagi tadi-khamis 22 Oktober 2009. Takziah buat Ummi wa Abinya, Kak Khadijah dn Us.Ramadhan Fitri. semoga diberikan kekuatan dan ketabahan. 

Alfatihah...


Wednesday, October 21, 2009

jom pergi program SPIES Belia



Menghadiri Program SPIES BELIA Dun Bangi ;



Tarikh : 24 - 25hb. Oktober 2009 ( Sabtu & Ahad)



Tempat : Hotel Bluewave, Shah Alam.



Bayaran : Percuma



Pendaftaran bermula jam 9:30am (Sabtu)



Bersurai jam 2:00pm (Ahad)



*Pengangkutan Disediakan



Seramai 100 orang peserta (bela berumur antara 18-35 tahun) diperlukan untuk menjayakan program ini.
Keterangan lanjut sila hubungi Cik Sakinah : 0194328684

Monday, October 19, 2009

harapan dan doa buat Nur Fatimah

bismillah walhamdulillah. .


menitipkan khabaran dari shbt..

kondisi terbaru adik nur fatimah..

masih lemah.. belum dpt keputusan sepenuhnye dari doktor..


mohon rafakkan bersama munajat buat adik nur fatimah + berserta ummi..abiye. .

serta seluruh keluarganya. . diberikan kekuatan.. ketabahan..kecekala n dlm menempuh ujianNya..


moga adik kecil nur fatimah dpt kembali menyambung wasilah umi wa abinye..

sama-sama panjatkan doa & solat hajat ...agar dimudhkan segala kembara hidup mereka..

syafakillah buat adik nur fatimah..

-simple shida ( Ketua Unit 3N Nisa' Serdang)


sedikit coretan dri sdri Nor Aziah Talibin, timbalan pengarah Nisa' Serdang yang telah menziarahi Nur Fatimah baru2 ini.





Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku" (12:86)

Semalam baru berkesempatan melawat NurFatimah di ICU Putrajaya. Melihat NurFatimah bersabung nyawa di atas katil terasa sangat menyayat. Baru 3 bulan yang lalu menjemput NurFatimah dan mamanya di Hospital anNur. Tapi pertemuan semalam bukan pertemuan yang pernah diharapkan. Pertemuan tanpa balasan, pertemuan tanpa pamitan.

Raut wajah mama NurFatimah serasa tidak sanggup untuk ditatap. Walaupun ketenangan yang dipamirkan namun hanya Dia yang tahu gelojak rasa seorang ibu yang mengandung dan melahirkan. NurFatimah yang keletah 3 bulan lalu kini terkedang atas katil hospital. Mama NurFatimah sangat tabah. Begitu juga babanya. Terdetik ayat terakhir dalam surah al-Baqarah " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan keupayaannya" . Semoga kesabaran dan ketabahan terus menjadi pendamping keduanya.

Walaupun NurFatimah tidak bereaksi dan hanya alunan turun naik dadanya menemani lawatanku semalam, aku kagum dengan si kecil ini. Betapa dia amat tabah menjalani ujian yang diberi. Sudah masuk lima hari dia di situ. Terima kasih NurFatimah kerana mengajar aku erti ketabahan. Betapa luasnya lautan hati keluargamu dalam mendepani ujian ini. Sedang hatiku hanya sebesar gelas saja dalam menghadapi dugaan hidup.

Cepat lemah, cepat mengalah. Memalukan, amat memalukan. Dan andainya aku yang berada di tempatmu, apakah persediaanku mengenai hari yang diulang sebut dalam kalamNya? Di manakah pengakhiran penghidupanku yang kekal kelak? “ dan nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?” berulang-ulang bermain di minda. Maka rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara itu kutitipkan buat semua pembaca. Sesungguhnya pertemuan kita kali ini NurFatimah tetap memberi makna walau cahaya matamu tak bisa kutatap kali ini.

Hanya doa mampu kupanjatkan demi yang terbaik buatmu kerana Dia yang Maha Mengetahui. Terima kasih NurFatimah meminjamkan ketabahan dan penghargaan terutama buat mamamu yang sentiasa tenang dan tabah.

p/s: Nur Fatimah, anakanda kepada Ustaz Ramadhan Fitri Elias dan ustazah Khadijah Ismail. Ustazah Khadijah merupakan naqibah Nisa'.  Ujian yang menimpa bayi kecil ini masih belum diketahui puncanya yang sebenar. apepun, bersama kita doakan agar permata hati kedua-dua pejuang Islam ini akan sembuh sepeeri sediakala dan kembali ceria melihat dunia. amin ya Rabb~



Utk mengetahui kisah sebenar dan  perkembangan Nur Fatimah bolehlah melawat blog sahabat2 baik Ustazah Khadijah iaitu  Ukhti Najibah dan Ukhti Mastura.

Derma untuk mangsa gempa bumi Padang, Indonesia

Dengan ini kami, Nisa' kawasan Serdang melancarkan tabung derma untuk mangsa gempa di Padang, Indonesia. Semoga dengan kepihatinan anda memberikan sinar baru kepada saudara-saudara kita di sana. sila maklumkan jumlah wang yang dimasukkan kepada bendahari, hubungi Puan Nor Iza: 019-2158300

Friday, October 09, 2009

renung & fikir ("_)




Pesanan terakhir (ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid)




Saudaraku!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya




Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi




Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan dialam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar..




(dipetik dari buku Pengaruh Pemikiran As-Syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Malaysia)




kata pengantar & editor -Ust Ridhuan Mohamad Nor
tulisan Fauzi Zakaria (M.A. UM)
* syukran ila lina. ;)