Wednesday, January 27, 2010

e-hadith


Kategori : AKIDAH Akhlak





Tajuk : Keutamaan Tangan Kanan Daripada Tangan Kiri

Hadith :

Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: ”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).”


Riwayat Muslim

Huraian

1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.

2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai pakaian an sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan yang didahulukan. Sementara untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.

3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.

4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.

Kategori : AKIDAH Akhlak



Tajuk :


Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga


Hadith :


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.


Riwayat Muslim


Huraian


Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:


1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.


2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.


3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.


Tuesday, January 12, 2010

Mandi?


Oleh: Wani AR

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
 

 
Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

 

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

 

Jangkitan kulit
: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..

 

Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

 

Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.   





Bukankah mukmin yang kuat dan sihat itu lebih disukai oleh Allah?

 

Saturday, January 02, 2010

Memugar Jiwa Hijrah


Memugar Jiwa Hijrah


Oleh: Norhaslina Zahari

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita yang mengubah diri kita sendiri” (al-Ra’d: 11)

Kalam indah bicara Tuhan, menyapa menegur jiwa-jiwa hamba yang terus hanyut dengan keenakan dunia.

Dimana penghujung kita! Adakah kita tahu kita akan menerima amalan ditangan kanan!! Sedang seharian diulit dunia yang melekakan.

Hijrah! Ya sudah lama terdetik hijrah. Tapi hanya setakat detik tanpa ada tindakannya. Di mana kekuatan itu sudah hilang lenyap dek dibuai kelunakan keasyikan duniawi yang tertanam di benak hati.

Ayuh sahabat! Bangkitlah kita! memugar jiwa hamba agar kembali kepada TuhanMu yang Esa lagi Maha Agung. Tidakkah kau ingat firman Allah:

“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia semata-mata untuk menyembahKu”(al-Zariyat;56)

Peringatan Ilahi berkali-kali pada kita, namun hanya ibarat angin lalu sahaja tanpa kita kembali berpaling pada Sang Khaliq yang agung.

Hijrahkan jiwa, merdekakan jiwa kembali pada fitrahmu yang hidupnya Bertuhan dan hanya mencari redhaNya pada dunia yang sementara. Bersama merenung kata yang masyhur dan janganlah sehingga lupa akan dirimu siapa sebenarnya hanya hamba Tuhan yang lahir dari air mani yang tiada nilai namun menyombong tidak tentu hala.

“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari” (Saidina Ali Karramallahu Wajhah)

Biar dunia digenggaman kita bukan dihati kita.

Biarlah dimana kita berlabuh pasakkan bersama

Allah adalah tujuanmu

Al-Quran panduanmu

Rasul ikutanmu

Jihad jalan juangmu

Syahid cita-citamu

Robeklah hatimu yang lama, pugarlah ia menjadi hati yang kembali suci pada fitrah asalmu. Bersama renungi hijrah Rasul SAW tercinta agar jiwamu kembali segar bersama hijrah Rasul tercinta demi syiar Islam tercinta.

Kembali berputiklah rasa cinta yang mendalam pada agamamu yang mana kau tahu hanya Islam sahaja agama yang diredhai Allah Ta’ala.

Hidup ini pasti ada penghujung begitu juga malam berpasang siang, bulan berpagar bintang, langit berlindung awan begitulah hidup kan berakhir mati.

Maka dengan itu persiapkan diri sebagai seorang hamba kepada Tuhanmu. Kembalikanlah jiwamu yang hanyut kepada fitrah bertuhan yang suci bersih.

Hadirkanlah dirimu dihadapan Rabbul Jalil dengan wajah yang gemilang, dengan amalan yang telah diperkemaskan semasa hayatmu dengan jiwa yang penuh kehambaan.

Begitulah kuasa hijrah. Jika itu yang kau inginkan dalam pengakhiran hidupmu maka hijrahkanlah dirimu. Usahlah terjajah lagi. Sirnakan silammu yang kelam, labuhkan tirai baru agar jiwamu lebih bersemangat pada Ilahi kerana dirimu kini telah memugar jiwa dengan HIJRAH!

Friday, January 01, 2010

salam 2010 | salam MAAL HIJRAH 1431











Salam Tahun 2010 & MAAL HIJRAH 1431 H.
doa dan harapan agar sama-sama update IMAN,
top-up ILMU, scan HATI,
reload TQAWA, activate aMAL.

NISA' SERDANg bakal menyajikan pelbagai menu resipi utk 2010.
yeah.. nantikan kepelbagaian sua rasa intipati sajian dari kami ;)

pada yg ingin sertai bersama program NISA' SERDANg,
sila hubungi AJK NISA' SERDAng..
hubungi no di sebelah kiri blog ni ..

selamat berjuang.. moge terus thabat dalam
menggerakkan gerakeje dakwah...
ameen..