Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Salam Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat. 
Semoga kesempatan yang ada menyambut hari raya pada tahun ini, boleh memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini. 

Salam kemaafan dari kami Nisa' Serdang andainya sepanjang penglibatan kami di kalangan masyarakat kurang menyenangkan dan maafkan segala salah dan silap. 

Untuk sahabat-sahabat Nisa sekalian, kirim salam kepada keluarga anda bagi yang pulang ke kampung halaman. Bewrhati-hati ketika memandu atau berpesan kepada pemandu perjalanan anda untuk lebih berhemat di jalan raya, hehe.... 

Semoga ukhuwah dan silaturahim sesama ahli Nisa Serdang dan dengan Nisa' kawasan yang lain akan terus erat dalam bersama melestarikan impian kita bersama sebagai penghubung generasi yang solehah, insyaAllah.  

Selamat berhari raya bersama keluarga. Jangan dilupa pada sahabat-sahabat ketika sedang enak menjamu selera. control your cholesterol, Fat Fat Fat!shame on you


Salam hari raya dari kejauhan,

Thursday, August 25, 2011

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Sumber : Himpunan Hadith JAKIM


Kategori : AKIDAH TauhidIman  

Tajuk :
Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; dan tidak masuk matahari melainkan ada di kiri kanannya dua Malaikat yang menyerukannya seruan yang didengarinya oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: "Ya Tuhan kami! Berikanlah ganti yang berganda-ganda kepada orang yang mencurahkan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepadanya pada jalan yang diredhai Allah, dan timpakanlah kerugian yang besar ke atas orang yang menahan nikmat-nikmat Allah itu daripada mengeluarkannya pada jalan yang dituntut oleh Allah."
 
Abu ad-Dardaa' r.a

 
 
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Dalam menghadapi kehidupan dunia manusia mestilah berwaspada, jangan mudah terpedaya dengan perkara yang melalaikan diri daripada berusaha mengerjakan amal kebaikan lebih-lebih lagi perkara yang berhubung dengan harta benda dan cara membelanjakannya.
Ii) Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa pada tiap-tiap hari terdapat dua malaikat yang menyeru manusia supaya:
a) Mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang untuk mencapai keredhaan Allah.
B) Mengambil ingatan bahawa pendapatan seharian yang diperoleh meskipun sedikit tapi mencukupi keperluan hidup di dunia yang meliputi harta benda dan nikmat-nikmat yang lain sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan yang banyak tetapi melalaikan manusia itu daripada mengerjakan amal ibadat dan kebajikan sebagai bekal untuk mencapai kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.
iii) Sesungguhnya manusia yang membelanjakan harta benda, ilmu pengetahuan dan tenaganya di jalan Allah akan sentiasa didoakan oleh malaikat semoga Allah memberikan balasan yang berganda-ganda untuk dirinya, sebaliknya bagi yang bakhil, didoakan agar ditimpa kerugian yang besar.



Semoga bermanfaat,
    

Monday, August 22, 2011

Jalan-jalan Iftar : Al-Hamra' & Puan Natrah

Jalan-jalan Iftar anjuran Unit Kaunseling & Kerjaya kali kedua pada 14 Ogos 2011.

Iftar kali ini ditaja oleh Puan Natrah dengan kerjasama warga Al-Hamra' sebagai tuan rumah. 

~Ahmad Nasih lebih awal berbuka puasa, hehe~
Menu utama iftar kali ini telah dihidangkan dengan Nasi Kerabu dan juga makanan potluck yang dibawa oleh sahabat-sahabat seperti Macaroni (Warga BR), Murtabak Popia (Wani AR), Agar-agar Koko (Al-Hamra'), Buah Melaka (Pn Natrah), Air Oren yang Manisss (Warga BR), Mee Goreng, Cucur Udang Kuah Kacang (Kak Shahnaz), Kurma (Aziezan dan Ain) dan lain-lain lagi yang telah selamat dihadam oleh sahabat-sahabat Nisa' big grin


Semoga semua berpuas hati, selesa dan mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli-ahli Nisa' Serdang dengan solat berjemaah bersama-sama. InsyaAllah.

~Selamat Berbuka, semua sedang nyum nyum~
Selamat berpuasa, peace sign

Monday, August 15, 2011

Kemeriahan You Are So Sweet

Sembang Santai "You Are So Sweet" telah berlangsung di Uptown Jalan Reko pada 13 Ogos 2011.

Sembang santai ini dikelolakan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa' Serdang.


Sambutan forum ini adalah sangat menggalakkan.

Program bermula dengan edaran risalah untuk Kempen Menutup Aurat dan edaran juadah brbuka puasa di sekitar Uptown.

Solat Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih juga turut didirikan di surau Uptown di dalam khemah yang diimami oleh Ustaz Shahrizan Daud.

Sembang santai ini berlangsung setelah perasmian oleh ADUN Bangi, YB Dr Shafie Abu Bakar dan pertunjukan pakaian muslimah yang ditaja oleh Butik Nu'in Bangi.


Ahli Panel yang dijemput adalah Waheeda Wassini, Heliza Helmi, Ustaz Shahrizan Daud dan Puan Muna Izzah sebagai moderator sembang santai.


~You Are So Sweet~

Bergambar kenangan bersama ahli Nisa' Serdang.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Sedikit celoteh dan ilmu dari Heliza Helmi semasa program,
 

Semoga semua yang diusahakan bermanfaat kepada semua yang ada. Salam dakwah dari kami,
 

Wednesday, August 10, 2011

`Sembang Santai` 13 Ogos 2011 -Sabtu





JOM!!

Sembang Santai bersama Nisa’ Serdang pada 
13 Ogos 2011- Sabtu

bermula berbuka Puasa sama, solat Magrhrib sama, solat Isyak bersama dan Solat Terawih jemaah.

saksikan Sembang Santai :
Panel Artis – Heliza & Waheeda
Moderator : Muna Izzah

Masuk PERCUMA
 
terbuka kepada smua golongan wanita/lelaki/ muda/remaja/belia/dewasa/kanak-kanak
 
jemput hadir bawa bersama-sama keluarga, 
jiran tetangga :) 

anjuran Nisa' Serdang dengan kerjasama ADUN BANGI
Penggerak Belia Tempatan  Zon 22,23 & 24


Friday, August 05, 2011

Kasih Allah pada Wanita...

TUJUH PEREMPUAN BERTANYA, SEORANG LELAKI MENJAWAB

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita, masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.
Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan diatas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w. lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[al Baqarah, 216]

wallahu'alam...