Friday, August 28, 2009

Adab Makan di Bulan Ramadhan

posted by Husna ( 3N )
ADAB MAKAN DAN MINUM DALAM BULAN RAMADHAN


Pertama sekali jangan berlebih-lebihan makan dan minum semasa berbuka puasa. Kuatkan azam. Anda mampu melakukannya. Berniat dengan ikhlas dan pohon pertolongan daripada Allah

Cuba amalkan dan hayati berbuka puasa dengan 3 biji kurma dan segelas air mineral atau sebaik-baiknya air zam-zam.


Tunaikan solat maghrib secara berjemaah, sebaik-baiknya di masjid atau di surau. Berusaha solat di masjid atau di surau akan mengelakkan anda makan berlebih-lebihan. Demikian juga solat berjemaah bersama keluarga anda di rumah akan mengelakkan anda berada terlalu lama di meja makan.

Setelah selesai solat maghrib makanlah sekadar yang perlu. Lebihkan makan sup sayur-sayuran yang kurang berlemak. Jangan makan nasi berlebihan, Elakkan berbuka puasa dengan ais, Makan lah lauh ayam dan daging secara sederhana. Lauk ikan hendaklan di utamakan.


Bersiap sedia lebih awal untuk solat Isya’ dan solat terawih. Sempurnakan solat terawih semampu yan boleh anda kerjakan.

Selepas solat terawih anda di syorkan mengalas perut dengan sedikit makanan ringan seperti kurma, kuih, buah-buahan, salad dan jus buah-buahan. Jika anda merupakan peminat kopi atau the, minumlah secara sederhana.

Tidur awal agar anda boleh bangun untuk bersahur. Adalah lebih baik jika anda mampu menyambung solat malam anda beberapa rakaat lagi.

Bersahurlah walaupun dengan segelas air mineral atau air zam-zam. Jika anda makan nasi dengan lauk, makanlah satu jenis protein sahaja dalam suatu hidangan makanan. Disamping itu, kurangkan lah makanan yang berlemak, berminyak atau yang mengandungi garam yang tinggi.

Allah telah menciptakan organ-organ dan system tubuh badan kita di aktifkan bersesuaian dengan tuntutan ibadah serta perubahan fizikal dan fisiologikal sepanjang Ramadhan. Sistem ini mampu bertahan engan makanan dan minuman yang kurang jika di bandingkan dengan bulan- bulan yang lain. Namun begitu, system tubuh badan ini tetap mampu mengekalkan seseorang mukmin dan mukminah untuk terus sihat dan aktif sepanjang bulan Ramadhan.

No comments: