Friday, July 29, 2011

Mari didik diri utk sentiasa husnu dzon (bersangka baik) terhadap orang lain


 Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk. 


Wallahua'lam..

*Nasihat dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani





Wednesday, July 27, 2011

Jenis Wanita....

~ MUHASABAH UTK MUSLIMAH ~

 “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami.

Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.

Semoga kita mengambil iktibar.

Ikhlas dari kami,

Tuesday, July 26, 2011

Majlis Khatam Al-Quran ke-10


Majlis Khatam Al-Quran kali ke-10 ini adalah bagi peringkat Negeri Selangor. Program ini dianjurkan Persatuan Halaqah Al-Quran Negeri Selangor yang berpusat di Rumah Halaqah Sungai Merab. Majlis Khatam ini berlangsung di Masjid Al-Hasanah pada 24 Julai 2011 dengan kehadiran 150 orang peserta dan hadirin seramai lebih kurang 300 orang. Peserta khatam ini kebanyakannya terdiri daripada para pelajar Rumah Halaqah yang mengikuti pengajian Al-Quran di Rumah Halaqah. Terdapat juga peserta dari Selatan Thai, Yala Pattani yang turut berkhatam di sini. Namun begitu terdapat beberapa hadirin yang datang mendaftar untuk berkhatam bersama-sama pada hari tersebut.

~Pendaftaran peserta dan hadirin~

~Peserta Muslimin berjubah hitam~
~Peserta menikmati jamuan pagi yang disediakan~

Ustaz Zahazan Mohamed telah diundang untuk menyampaikan tazkirah pada pagi tersebut. Ustaz menekankan para hadirin agar menghayati Al-Quran bukan sahaja membaca malah memahami dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt.

~Peserta Muslimat khusyuk mendengar kuliah Ustaz~
Semasa majlis khatam berlangsung, qariah terkemuka Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman telah memimpin majlis khatam dengan menyemak bacaan para peserta semasa membacanya.

Beberapa sahabat NISA' Serdang yang berkesempatan menjadi AJK pemudah cara sepanjang majlis. Dan salah seorang ahli NISA' Serdang, Saudari Shahnaz dan ibunya telah selamat mengkhatamkan Al-Quran pada majlis tersebut. Alhamdulillah.


Majlis khatam Al-Quran peringkat Kebangsaan akan diadakan di Kelantan pada 22 Oktober 2011.
Semoga majlis di sana berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Amin.


Kami yang sentiasa mencari keberkatan dalam kebaikan,

Saturday, July 23, 2011

3 Perkara Kebaikan & Keburukan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian
dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat
ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut
hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

 
Riwayat Abu Syeikh
Huraian
i) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :
a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat
dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan
itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan
atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada
diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak
yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam
menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih
sayang dalam masyarakat.
c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan
seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.

ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang
akan membinasakan manusia iaitu:

a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa
nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan
seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain
menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

iii) Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga
dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah
sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke-
lambah kebinasaan.
 

Wednesday, July 20, 2011

20 MUHASABAH HARIAN



20 MUHASABAH HARIAN
ADAKAH ANDA…
  1. Beristighfar/bertasbih setiap hari
  2. Berzikir mengingati Allah
  3. Senbahyang 5 waktu
  4. Berpuasa sunat
  5. Mengerjakan solat-solat sunat
  6. Berselawat kepada Rasulullah
  7. Bersyukur di atas nikmat Allah
  8. Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
  9. Memaafkan kesalahan orang lain
  10. Menghubung silaturrahim
  11. Memberi nasihat yang baik kepada manusia
  12. Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
  13. Menziarahi orang sakit/miskin
  14. Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
  15. Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
  16. Mencegah kemungkaran bila melihatnya
  17. Sentiasa berfikir dan bertindak kea rah kebaikan
  18. Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
  19. Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
  20. Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah


Yang singkat itu "WAKTU"
Yang menipu itu"DUNIA"
Yang dekat itu"KEMATIAN"
Yang besar itu"HAWA NAFSU"
Yang berat itu"AMANAH"
Yang sulit itu"IKHLAS"
Yang mudah itu "BERBUAT DOSA"
Yang susah itu"SABAR"
Yang sering lupa itu"BERSYUKUR"
Yang membakar amal itu"GHIBAH"
Yang mendorong ke neraka itu"LIDAH"
Yang berharga itu"IMAN"
Yang menentramkan hati itu"TEMAN SEJATI"
Yang ditunggu Allah Swt. itu"TAUBAT"





Thursday, July 14, 2011

jom ke prOgram!







إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu). [Riwayat At Tirmidzi dan dishahihkan Syeikh Salim bin Ied Al Hilali dalam Shahih Kitabul Adzkar 4/4].

Ukhwah Islami

 MUQADDIMAH
Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)



KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.


1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.

2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).


3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.

4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).


5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie). 

Rasulullah s.a.w juga bersabda:“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi). 

Baginda juga bersabda:“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

Jauhi Hasad Dengki.


Hasad Dengki. Semua orang ada perasaan ni walaupun secebis. Cuma terpulang pada individu tersebut sama ada pandai mengawalnya atau tak. Kadang-kadang, di sebabkan hasad dengki yang berkobar-kobar dalam hati ni, manusia sanggup buat apa saja untuk puaskan hati mereka. Hanya Iman penyelamat kepada perasaan ini. Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya.
Sabda Rasulullah saw :
Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.  (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Ibnu Mu’taz pernah berkata :
Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan di perolehinya.
Rasulullah saw sendiri melarang sifat hasad dan saling dengki mendengki. Beliau bersabda :
Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); “janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini”, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina suadaranya yang mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain. (Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al—Tirdmizi)
Banyak para pemimpin dan penguasa yang telah di fitnah, di cela, khabar angin serta kata nista di lemparkan terhadap mereka. Juga banyak tuduhan palsu di ciptakan untuk mengobarkan kebencian & permusuhan di dorong oleh perasaan dengki dan khianat. Banyak jemaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki yang busuk hati, membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah swt.
Rasulullah saw bersabda : orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.
Firman Allah swt :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata. Surah Al-Ahzab 33:58
Manusia yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta kebohongan dan fitnah untuk merugikan manusia lain yang menjadi lawannya. Alangkah baiknya, jika ia mendengar hadith Rasulullah saw yang menyelar orang-orang sepertinya.
Rasulullah saw bersabda :
Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia padahal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan kebenaran apa yang telah dikatakannya. (Hadith riwayat Al-Thabaranni)
Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat & menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.
Alangkah baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki khianat tersebut. Sesungguhnya Allah swt telah menjanjikan untuk orang-orang sepertinya seksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus mengembangkan fitnah tanpa bertaubat & sedar diri.
Rasulullah saw bersabda :
Riba’ itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan jenis dengan ibu sendiri & sebesar-besar riba’ ialah seorang itu menghakis nama baik saudaranya. (Hadith riwayat Al-Tabrani)
Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil berteriak-teriak. (Hadith riwayat Al-Tabrani dan lain-lain)
Sabda Rasulullah saw :
Mengumpat itu lebih buruk dari zina. Sahabat bertanya bagaimana ? Rasulullah menjawab : seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya. (Hadith riwayat Al-Tabrani & Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah saw : “Tahukah kalian apa ertinya mengumpat ?” sahabat menjawab : “Allah & RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah saw lagi : “(mengumpat ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan : “bagaimana ada seautu yang patut saya kata tentang saudara saya itu ?” jawab Rasulullah saw : “sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”
 

Bagaimana menghadapi pendengki ?
Nabi-nabi menganjurkan supaya berhati-hati terhadap golongan pendengki, menjauhkan diri dari golongan pengumpat, mengelakkan pergauan dengan mereka atau mendengar kata-kata mereka.
Rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada, maka wajiblah Allah melepaskannya dari seksa neraka. (Hadith riwayat Ahmad)
Orang-orang yang suka mengikut perangai pendengki dan golongan pengumpat, yang menjadi batu api, suka mendengar kata-kata mereka & menyampaikan fitnah bawaan mereka, hendaklah mengambil ingatan tentang sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal ia mampu, maka ia ikut menanggung dosa pengumpatan itu di dunia & di akhirat. (hadith Asfahani)
Sabdanya lagi :
Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi & nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan nasibnya ketika ia sangat memerlukan pertolongan Allah swt. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya & kehormatannya diceroboh nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). (Hadith riwayat Abu Daud)
–Fathi Yakan – Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah
Sumber dari : http://evisoraya.com/2010/10/jauhi-hasad-dengki/

Thursday, July 07, 2011

Talk Show Buatmu Wanita : Wanita Tanpa Gincu ?



Buatmu Wanita [BmW I] 3 Julai 2011 @ parkir Careffour Bandar Tun Hussin Onn, Cheras. Alhamdulillah, dirafakkan pada PENCIPTA atas izin dan kekuatan dipinjamkan buat kami, geng Nisa’ Serdang telah berjaya melangsungkan Talk Show : Wanita tanpa GINCU??




Seawal  jam7.30pagi, AJK BmW telah tiba di parkir Careffour untuk membuat touch up yang terakhir sebelum BmW bermula. Dibantu team Naem Resources yang mengemaskini pentas utama, PA sistem, menyusun atur kerusi, meniup belon, memanjat untuk gantung belon, menyusun atur meja untuk pembuka gerai jualan, dan pelbagai gaya aksi yang lain.


9.10pagi, kak shida selaku timbalan pengarah BmW I, member sedikit taujihat –rap-up sebelum semua AJK petugas menjalankan tugasan yang diamanahkan. Kak ss mengingatkan tugas masing-masing sambil bantu sahabat yang lain andai ada kelompongan. Akhir kalam beliau, selamat menjalankan tugasan!

9.30pagi ketibaan Pn. Catriona Ross, diikuti dengan Ustz Ahmad Fawwaz dan Pn. Muna Izzah. BmW bermula dengan ucapan pengerusi majlis-adik syuhada yang menggantikan emcee asal Jawahir ;). Bermula dengan bacaan doa, alunan ayat al quran dan persembahan kumpulan nasyid Naem. Wah, merdu suara pemuda Naem ni ;) lepas ni boleh panggil lagi buat show!
 
Selesai persembahan untuk santapan mata, telinga untuk seketika, ucapan pengarah dan seterusnya bermula talk show dikelola oleh kak muna izzah ;)
Antara intipati kalam Ustaz Ahmad Fawwaz, wanita boleh dan diharuskan bersolek bergantung kepada tempat, keadaan dan situasi. Cantik itu Allah suka, maka berhiaslah dengan seadanya. Kisah Saidatina Aisyah r.a bilamana Aisyah menjamu tetamu untuk makan. Berbeda layanan beliau dengan pengemis, kaum kerabat dan sebagainya. Bukan bermakna double standard, tapi untuk meraikan dan menepati situasi dan memasyarakatkan budaya mereka. 

Kak Catriona Ross pula sempat berkongsi pengalaman bagaimana terdetiknya beliau untuk memakai hijab atau tudung. Kak Catriona ke butik teman kawan untuk beli tudung Ramadan. Tetiba terlihat warna dan corak tudung yang menarik perhatiannya di patung tersebut. Lalu kak Cat menyarung ke kepala, dan terasa suatu aura yang lain dari yang sebelum ni.. nah, itulah HIDAYAH NUR KASIHNYA telah dipancarkan kepada beliau.. ;) aiwah, tahniah kak Catriona!!

Talk show dihangatkan dengan beberapa soalan dari penonton. Alhamdulillah, telah dikupas secukup rasa oleh kesemua panel dan moderator bertindak sebagai pelengkap terjemahan Wanita Tanpa Gincu??. Diskusi majlsi ilmu BmW berakhir jam 12.30. Persembahan kali kedua oleh kumpulan nasyid Naem. Tetamu dijamu dengan Nasi Lemak special dari BTHO-kedai isteri To’ki. Kuih muih dan air. 

Sesi bergambar bersama semua panel juga dilambil kesempatan oleh tetamu yang hadir dan AJK turut bergambar selepas semua tetamu selesai bergambar sakan ;)




Semua penonton dan peserta yang hadir awal, dihadiahkan beg berisi majalah solusi, buku sumbangan dan beberapa risalah. Terima kasih kepada semua penyumbang barangan seperti air mineral daripada Hijrah Mart, majalah dari kedai buku Al Hamra, penyumbang pasu bunga di atas pentas, nursery Flora disebelah pentas utama di  Careffour dan semua yang terlibat dalam sumbangan wang, masa, tenaga, idea, kalungan doa dan sebagainya. Syukran jazilan!!

Syabas dan tahniah kepada semua yang menjayakan BmW I khususan pengarah Nur Azween yang telah bertungkus-lumus dari awal hingga ke akhirnya. Tidak dilupa kepada semua AJK UKK dan MT, ME dan semua volunteers BmW I. yang diraikan semua tetamu sekitar BTHO, Bangi, Serdang, KL, Wangsa maju, Melaka yang paling jauh ;)  Insyaalllah jumpa lagi di BmW II. 

Alhamdulillah!!! Salam juang, salam ceria dari kami geng UKK, Nisa’ Serdang.