Tuesday, October 12, 2010

Ziarah ke rumah Shahirla

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah...
Pada petang Ahad lepas, Geng Nisa Serdang sempat meluangkan masa melawat ayah kepada seorang sahabat Nisa, Shahirla di kg Sungai Merab Luar. Ayah Shahirla, Pak Cik Kadir baru sahaja menjalani pembedahan saluran kencing dalam bulan Ramadhan lepas. Alhamdulillah, beransur sihat. Di bawah ini kami sisipkan gambar untuk tatapan semua.

 Geng Nisa sedang beramah mesra dengan Pak Cik Kadir, 62 tahun.

Tangan Pak Cik yang lumpuh akibat kemalangan 16 tahun yang lepas.

Ahli bersekutu Nisa Serdang... Mendengar cerita Atuk dengan sopan dan baik sekali. :-p


Kami dihidangkan dengan Mi Kari yang enak dan menyelerakan. Terima kasih kepada Mak kepada Shila yang sudi menjamu kami. Lain kali boleh berkunjung lagi tak? :-)

Di doakan agar Pak Cik cepat sembuh. Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami. Panjang perbualan kami petang itu. Beliau pernah kemalangan pada tahun 1994 yang mengakibatkan saraf di bahu terputus dan tangan kanannya lumpuh. Beliau juga menghidap gastrik dan pernah dibedah akibat kanser usus pada tahun 2002. Pembedahan terbaru adalah disebabkan ketumbuhan pada saluran kencing. Sebelum ini beliau kerap keluar masuk hospital bagi menerima rawatan.

Pak Cik Kadir tidak patah semangat meneruskan hidup walau pelbagai dugaan bertimpa datang. Tubuh badannya yang lain masih kelihatan cergas. Suaranya penuh semangat, melontarkan kata-kata nasihat kepada kami. Semangat dan motivasi meneruskan hidup ini diharap menjadi pedoman kepada kita yang masih muda belia ini (andai masih muda).


No comments: