Salam kasih sayang buat adik-adik Nisa
sekalian…
Di sini kakak ingin titipkan beberapa tips
memilih IPTS. Harap ianya berguna terutama bagi yang berminat memilih
kursus-kursus di IPTS atau tidak mendapat tawaran IPTA.
1.
Adik-adik perlu memastikan IPTS
yang dipilih itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi.
Maksudnya, kursus-kursus dan matapelajaran yang bakal dipelajari itu diiktiraf
oleh LAN. Ops, jangan salah faham! LAN bukan nama seorang jejaka. Tetapi ia
adalah Lembaga Akreditasi Negara. Bagaimana untuk mengetahuinya? Boleh semak
senarai IPTS di laman Web Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my)
2.
Kemudian, adik-adik buat
senarai pendek IPTS yang menyediakan jurusan atau kursus yang diminati.
3.
Seterusnya, buat perbandingan.
Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah kos pengajian, kemudahan
infrastruktur dan yuran pengajian. Ops, penting juga menilai kedudukan atau tempat
IPTS tersebut. Yelah, manalah tahu,
adik-adik Nisa ini takut berjauhan dengan keluarga.
4.
Perlu
juga mengambil kira bilangan penuntut yang belajar di situ. Jika sedikit
pelajar yang menuntut di situ, mungkin IPTS tersebut tidak mempunyai reputasi
baik. Tapi ada juga IPTS yang menghadkan bilangan pelajarnya bagi mengekalkan
kualiti.
5.
Seandainya
pelajar asing (luar Negara) lebih ramai daripada pelajar tempatan, adik-adik
juga perlu berhati-hati. Mungkin ada risiko yang bakal
dihadapi.
6.
Jika
sudah membuat semakan, ada IPTS yang berkenan di hati. Jangan ragu-ragu.
Mohonlah. Tapi, terlebih dahulu, bertanya kepada individu yang lebih
berpengalaman. Guru, ibu bapa, kakak-kakak atau abang-abang atau kaunselor yang
berkelayakan.
7.
Ok, itu sahaja. Moga bertemu
lagi dalam tips yang lain pula.
No comments:
Post a Comment