Di antara
keajaiban al-quran yang selari dengan bukti keagungan ALLAH ialah penemuan sains berkenaan bumi ini bulat:
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan
Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan
padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr: 19)
dan pemahaman
sains berkenaan kitaran hujan:
Allah jualah yang menghantarkan
angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di
langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok;
lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah
menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya,
mereka serta merta bergembira (Ar Rum: 48)
Terkini,
apabila Teori Letupan Besar (Big Bang) oleh mulai diterima oleh masyarakat
sains kontemporari menggantikan Teori Steady-State oleh Fred Hoyle,
pada masa yang sama dikeluarkan juga dalil daripada Al-Quran (ayat ke-30, Surah
Al-Anbiya) yang telah lama menyokong penemuan saintifik ini.
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa
sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda
yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,
tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (Al Anbiyaa’: 30)
Para
pengusul dalil ini membuat tafsiran berdasarkan dua kata dasar bahasa Arab
dalam ayat tersebut, ‘ratq’ bermaksud ‘bercantum’ dan fataq
yang bermaksud ‘memisahkan atau membelahkan’. Dengan erti kata lain, Islam itu
sendiri sudah lama membuktikan teori letupan agung kerana ianya sudah
dinyatakan di dalam ayat Al-Quran yang berumur lebih daripada 1400 tahun.
Cara
pemikiran ini dirancakkan lagi di dalam buku-buku karya Harun Yahya dari Turki.
Pembaharuan berfikir secara saintifik di dalam membuktikan kebenaran Islam
sebenarnya adalah satu trend yang sihat sebagai satu lagi wadah dakwah yang
mencerminkan budaya umat Islam berfikir sudah berubah.
No comments:
Post a Comment