Thursday, May 26, 2011

Tazkirah Mengubat Hati Yang Lara


DIDENGARNYA SETIAP PERMOHONAN

Kadang kala Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta. Kerana dia sangat mengerti keperluan hambaNya. Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya. Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan, itu bukanlah kerana Dia 'tuli' dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan hambaNya. 

Ada hamba-hamba yang dikasihiNya, yang dibiarkan menderita dan bersedih, dibiarkan terlantar kesakitan, dibiarkan susah dan miskin, kerana begitulah caranya Dia mendidik si hamba; diberi ujian-ujian yang akan menambahdekatkan si hamba dengan Nya dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia menuju ke syurga yang abadi. Hamba yang menderita dan bersedih pasti akan mengadukan halnya kepada Dia. 

Hamba yang terlantar dan kesakitan pasti akan merintih memohon keringanan dariNya. Bumi ini milik-Nya, lalu selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini selalu mengadu kepadaNya.Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah dengan cara membahagi- bahagikannya pula kepada penghuni yang lain.  Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit, kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati. Sama ada kita bersyukur atau bersabar, di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus untuk menempah istirehat di syurga.

Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waku itu
hatinya hanya diserahkan kepada Tuhan. Apa hendak jadi pun, jadilah.. kerana Dia yang
mengatur ketentuan.

No comments: