Showing posts with label DOA-DOA PILIHAN. Show all posts
Showing posts with label DOA-DOA PILIHAN. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

DOA ZURIAT YANG SOLEH


 قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء 

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (3.38)




Saturday, August 14, 2010

DOA AGAR DITETAPKAN KEIMANAN

رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya: "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"(3:8)



Friday, August 13, 2010

DOA TAMBAHAN TERBAIK SELEPAS TASYAHUD

 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ.

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung daripada azab neraka jahanam dan daripada azab kubur dan daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada seluruh keburukan fitnah Dajjal. 

(Riwayat Abu Dawud)

Zaharuddin Abd. Rahman. 2008. Formula Solat Sempurna. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

Thursday, August 12, 2010

DOA BANGUN TIDUR MENGIKUT MASA YANG DIHAJATI




Maksudnya: Dia tidak dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang ia tidak melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha mendalam pengetahunNya. (6:103)

Sebelum tidur, bacalah ayat berikut dengan niat mohon Allah SWT membangunkan kita pada masa yang dikehendaki.


Rujukan: Haron Din. 2008. Ikhtiar penyembuhan penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab. Bangi:Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia

Wednesday, August 11, 2010

DOA AGAR BANYAK BERZIKIR, BERSYUKUR DAN TAAT

اللّهُمَّ أِعِِِنِّى عَلَى ذِِِِِِِِِِِِِِِِِكْرِِِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبادَتِكَ

Maksudnya: “ Ya Allah S.W.T, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Mu), bersyukur kepada Mu dan memperelokkan ibadah kepada Mu
(Riwayat Abu Dawud)

Doa ini merupakan wasiat Nabi s.a.w kepada Muaz r.a agar dapat mengamalkan doa ini setiap selesai waktu solat. Walau bagaimanapun untuk sampai kepada peringkat khusyuk dan gembira dalam beribadah, seseorang itu memerlukan mujahadah atau kesungguhan.

Tuesday, August 10, 2010

DOA TAUBAT

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.

Sebelum meminta (memohon sesuatu), bersihkanlah jiwa dengan mengakui segala dosa dan kesalahan di depan al-Ghaffur wa al-`Affu. Moga selepas bertaubat, sesuatu hajat lebih mudah untuk dimakbulkan.