Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Friday, May 06, 2011

Hebatnya Seorang Ibu


'Ibu' adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Air mata, kelembutan, kasih sayang dan teman di masa susah atau senang adalah sebuah nukilan khas yang boleh saya dedikasikan buat ibu saya. Malah hemat saya juga tersemat utuh menyatakan semua ibu di dunia ini punya rasa yang sama. Naluri keibuan ini adalah sunnatullah yang tercipta bermula daripada Hawa AS. Jadi semestinya semua ibu, bakal ibu malah semua wanita mempunyai sifat-sifat yang saya nyatakan. Semestinya benar, bukankah begitu?

Dulu, Kisah sebuah memori
Masih tersemat utuh dalam ingatan saya betapa ibu saya cukup mudah mengalirkan air mata. Semasa saya atau adik saya dirotan ayah, ibulah selalunya akan membela dengan aliran air mata. Semasa kakak saya yang sulung melangkahkan kaki meninggalkan rumah mengikut suami selepas majlis akad dilangsungkan, ibu saya menghantar pemergiannya dengan linangan air mata. Masa itu saya cukup pelik kenapa ibu saya menangis sedangkan kakak saya pergi secara terhormat mengikut suami. Masa itu saya buntu tidak berjawapan.
Suri rumah sepenuh masa menjadikan anak-anak amat rapat dengan ibu. Masih terbayang di minda saya hingga kini betapa kalutnya ibu saya setiap pagi menyediakan sarapan sebelum saya dan adik-adik ke sekolah. Sememangnya saya antara anak yang cukup susah untuk makan pagi sekalipun dengan hanya minum teh dan apa yang pasti ibu saya akan membawa minuman hingga ke pintu luar dan akan pastikan saya mengambil sarapan walaupun dengan hanya seteguk air.

Masih terngiang kata-kata ibu bila saya mula berdegil tidak mahu bersarapan, "Minum lah sikit baru cergas dalam kelas" atau kadang-kadang ibu juga mengugut jika saya tetap berdegail, "Tak baik tu, minum sikit nanti tak berkat belajar". Mungkin kerana takut dengan ugutan, saya selalunya akan memaksa diri minum juga walau seteguk.

Tabiat saya yang jarang bersarapan melekat hingga kini kerana tiada siapa lagi yang boleh memaksa saya bersarapan. Tapi yang agak melucukan apabila ibu saya selalu berpesan dicorong-corong telefon setiap kali saya saya menelefon rumah atau melalui SMS dengan 3 perkara; kerapkan mandi, ambil sarapan dan banyakkan minum air. Tapi biasalah saya memang degil...

Kisah ibu saya yang murah air mata terhadap anak-anak saya panjangkan dengan kisah kakak sulung saya. Ketika abang ipar saya menyambung pengajian di UKM sejurus sahaja lahir anak sulung menjadikan hidup mereka sekeluarga agak susah. Hidup di Kuala Lumpur menjadikan kesempitan mereka kian parah. Berbekalkan gaji sebagai kerani sekolah kakak saya yang tidak sampai ke angka 1000 dan separuh gaji suami lantaran bercuti menyambung pengajian sepenuh masa sebagai guru menjadikan hidup mereka kian terhimpit.

Hidup menyewa di rumah setinggan yang rata-rata didiami warga Indonesia menjadikan hati saya pilu dan kadang-kadang mata saya juga berkaca. Pernah saya berseloroh pada kakak saya untuk membawa pulang Along (anak sulung kakak saya) ke kampung bila lahirnya anak yang kedua. Reaksi yang saya terima hanyalah linangan air mata tanpa kata. Kakak saya menangis bila ada sahaja cadangan mahu memisahkan dia daripada anak-anak. Tekadnya biarlah susah macam mana sekalipun asalkan anak-anak tetap bersama.
Niat saya semasa memberikakan cadangan untuk membawa pulang anak sulung kakak saya ke kampung dan dipelihara ibu saya lahir daripada rasa kesian yang amat sangat dengan kesempitan yang dialami. Mudah-mudahan kesusahan tersebut dapat dikurangkan.

Pernah suatu ketika semasa melahirkan anak kedua, semasa dalam pantang 40 hari kakak saya ke klinik dengan menaiki bas bersama 2 anak. Anak sulung berumur setahun setengah dipimpin dan anak ke dua yang baru berumur sebulan didukung dengan menaiki bas untuk ke klinik dalam kesesakan kota. Hati mana yang tidak sedih bila mendengar khabar susah kakak sebegitu. Tidak mampu saya bayangkan betapa susahnya hidup mereka anak-beranak.

Namun semuanya diceritakan selepas abang ipar saya tamat pengajian dan sekarang sudahpun menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang Psikologi Dan Pendidikan Khas Kanak-Kanak Istimewa. Sesungguhnya perlu saya iyakan, disebalik kehebatan seorang lelaki rupanya ada jasa insan tabah yang bernama isteri.

Kini, Kisah Sebuah Realiti
Pandangan saya bahawa ibu saya hanya mampu menangis bila berpisah dengan anak-anak rupanya meleset. Dalam Majlis Konvokesyen apabila saya naik ke pentas untuk berucap mewakili pelajar ibu saya langsung tidak menangis. Semasa di lapangan terbang ketika menghantar saya ke Mesir, ibu saya juga tidak menangis. Masih saya ingat senyuman dan pelukkan terakhir tersebut langsung tidak menunjukkan reaksi sedih malah ibu saya nampak tenang dan gembira. Apa yang terbaliknya saya pula yang sebak dan mata saya sedikit berkaca sebagaimana ayah saya juga.

Lama saya berfikir kenapa ibu saya mula bertegas dan tidak menangis ketika menghantar saya di Airport. Seminggu selepas itu saya menelefon ibu saya dan saya straight bertanya kenapa demikian jadinya. Ibu saya bercerita bahawa 3 tahun beliau bersedia dengan perpisahan ini sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke KIAS, Nilam puri dan bertegas untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Katanya lagi, kini tiada apa lagi yang mahu disedihkan kerana hasratnya untuk melihat saya menjadi seorang berilmu kian hampir.
Ibu saya tidak menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap saya dan adik-beradik lelaki yang lain. Katanya beliau sudah puas hati sekiranya anak-anak berilmu, mampu menjadi imam di masjid dan mampu berkongsi ilmu dengan orang kampung. Pada saya tanggungjawab itu susah dan harapan itu tinggi.



  www.iluvislam.com

Monday, March 21, 2011

Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

Rahsia Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

Assalamualaikum...

mahukah anda kalau saya kongsikan satu teknik buat duit tanpa modal secara online?
Sudah tentu anda mahu bukan?
Sebab itu anda membaca post ini kan? kan, kan? :D


Jangan malu jangan segan. Dulu, saya pun sama seperti anda.
Kalau boleh taknak keluar dah modal untuk buat duit online ni. Kadang-kadang tu, sampai pernah rasa
serik untuk teruskan usaha buat duit online.
Jadi, saya memulakan satu jenis modul buat duit tanpa modal secara online, iaitu buat duit melalui Adsense.

Langkah-langkah :-
Pertama sekali, anda perlubuka akaun adsense. Untuk bahagian ini, saya tak mahu ulas panjang.
Sebab ada ramai orang ajar, cara nak daftar akaun adsense ni.
Cuba tengok link ni untuk maklumat lanjut.

Langkah kedua pula ialah setup blog.
Tak payah susah-susah, buat permulaan ni, guna blogspot pun dah cukup.
Dalam hal ini, anda boleh rujuk post saya ini, tentang bagaimana untuk membina blog.

Langkah Ketiga
Pergi ke ezinearticles.com, dan cari mana-mana article untuk dimuatkan ke dalam blog anda.

Langkah Keempat
Masukkan kod iklan adsense ke dalam blog tadi

Langkah Kelima
Promosikan blog kita.
Teruskan update blog dalam seminggu sekurang-kurangnya 3 buah artikel.
Dalam tempoh 2 ke 3 bulan, income adsense anda akan mula stabil.
Cubalah.

Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

TUNGGU :-
Bagi yang dah ada akaun adsense, mungkin tip saya tersebut biasa sahaja. Betul tu.
Jadi dekat sini, saya ingin kongsikan anda sebuah teknik yang amat hebat.
Sebelum saya kongsikan teknik ini, saya nak tanya anda dahulu,
1. Pernah tak anda dapat klik yang bernilai 1 sen sahaja?
2. Pernah tak keadaan ini berlaku kepada anda, impression banyak, tapi tiada klik?
3. Pernah tak anda rasa give up dengan adsense ni kerana bayarannya ciput? Mana taknya, satu klik dapat 1 sen je, bila
nak dapat payout?

Sebenarnya, permasalahan anda tersebut, saya juga pernah alaminya.
Namun, saya amat bertuah, kerana saya telah belajar BANYAK tip berguna daripda seorang Taiko Adsense.

Taiko Adsense ini, telah sudi mengajar saya bagaiman mendapatkan pendapatan yang lumayan
dengan adsense.

Cuba tengok pendapatan sebelum menggunakan teknik Taiko Adsense ini :
Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

Satu klik 6 sen sahaja.

Cuba tengok pula selepas menggunakan teknik Taiko Adsense:-
Buat Duit Tanpa Modal Dengan Taiko Adsense
Satu klik terus naik ke 72 sen. Berapa kali ganda tu?
Power tak teknik taiko ni?

Ok, tak mahu cakap banyak lah. Kalau anda nak dapatkan tip-tip, tweak, trik dan apa-apa aje, cara untuk tingkatkan pendapatan  adsense anda, mari layari laman web www.TaikoAdsense.com 
Saya gerenti, anda pasti puas hati. Sekarang ni bolehlah anda buat duit tanpa modal di internet.
:: buat duit tanpa modal

wallahu'alam..

sumber: http://rajakamil.biz/2010/11/19/buat-duit-tanpa-modal-dengan-adsense/

Tuesday, March 08, 2011

Sehari Bersama Graduan SPM 2010

Adik-adik sedang buntu? Kami datang untuk membantu...


Terbuka kepada remaja lepasan SPM 2010...
Antara aktiviti menarik yang disediakan:
> Taklimat Kerjaya (Ke Mana Selepas Ini??)
> Ujian Minat Kerjaya (sangat bermanfaat bagi yang masih keliru memilih bidang yang layak dengan personaliti diri)
> Sharing & Caring
> Penampilan individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing


Sahkan penyertaan segera kepada:
K Natrah :019-3744528
K Aan: 019-6096380




Friday, August 27, 2010

Bagaimana Menulis Resume Yang Mantap

Bismillahhirahmanirrahim...
Salam Ramdhan buat semua
Masih belum terlambat rasanya Team Nisa Serdang ingin mengucapkan Tahniah dan selamat bergraduasi kepada graduan-graduan yang telah tamat pengajian dan berkonvo pada awal Ogos yang lepas.


Alhamdullillah...

Kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT kerana membimbing kita sepanjang tempoh pengajian dan akhirnya kita dapat menggenggam segulung ijazah,berjubah graduasi serta mengenakan topi empat segi sama sambil tersenyum lebar disamping keluarga di hari konvokesyen.

Harapan Team Nisa Serdang agar adik-adik yang masih baru dengan dunia luar kampus ini terus berjaya dalam apa jua lapangan yang disertai.

Bagi yang ingin menyambung pelajaran, teruskan. Sehingga dapat memakai topi berbentuk bulat pula di hari konvokesyen.

Bagi yang ingin menceburkan diri dengan kerjaya, mendapat sedikit upah dan membantu ibu bapa, teruskan.
Di sini Unit Pembangunan Kerjaya menitipkan sedikit tips buat panduan adik-adik dan sahabat-sahabat yang ingin menulis 'resume' atau 'CV'. Harap ianya bermanfaat...

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi:
nama, 
alamat, 
nombor telefon dan 
e-mail. 

Sahabat-sahabat boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas.

Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor kita Adakah sahabat-sahabat seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja.
: Contohnya,  baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah.Tidak perlu meletakkan maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya  perlu disebabkan ianya boleh menggambarkan kebolehan dan kelebihan diri, sahabat-sahabat boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah diikuti atau persijilan (certification) tambahan yang sahabat-sahabat perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Kursus komputer, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja.

Skil/ Kemahiran (Skills)

 Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘.

Bahasa (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:

Language Spoken Written
English 8 10
Malay 10 10
Mandarin 8 6
Arab 10 7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.

• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .

• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.

• menentukan basic salary anda


So camane nak start cerita pasal working experience nih?

•The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
•Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
•Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
•Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)
Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.

Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.

Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A

Prepared training modules for new hires


Contoh B

Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level


Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1.pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2.penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3.pencapaian – that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.


Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!

Mintak izin dulu ye. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.


Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.


Gaji (Salary)
Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)

Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.

Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:

Expected Salary

RM2500 – RM3200 (Negotiable)

RM3200

RM2500 – RM3200 (Nego)

RM2500 – RM3200 (Negotiate)

Salary is fully negotiable

Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer.

Sekian dari UPK. Selamat Maju Jaya.... InsyaAllah...

Sumber : www.ambang-kerjaya-impian.com

Natrah Mohamed 
Unit Pembangunan Kerjaya (UPK) 
Nisa' Serdang

Monday, February 08, 2010

permohonan KPLI dibuka!

( gambar sekadar hiasan ;)


Bil Aktiviti Tarikh



1 Iklan permohonan KPLI Ambilan Jun 2010. 07 Februari 2010


2 Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).


Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. 08 Februari 2010


3 Permohonan ditutup.


(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). 21 Februari 2010


4 Semakan nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST secara online. 9 Mac 2010


5 Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian). 13 Mac 2010


6 Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.


(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).


12 April 2010


7 Temu duga KPLI Ambilan Jun 2010.


(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).


19 hingga 30 April 2010


8 Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).


(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). 07 Jun 2010


9 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.


(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). 28 Jun 2010




http://www.moe.gov.my/

Tuesday, May 12, 2009

JOb HUnter?


Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.


JAWATAN:
1) PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Ijazah Sarjana Muda
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM2,000 Sebulan
KEKOSONGAN : 370 Kekosongan


2) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Diploma / STPM
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,600 Sebulan
KEKOSONGAN : 214 Kekosongan


3) PEMBANTU TADBIR KONTRAK
SYARAT : SPM
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,200 Sebulan
KEKOSONGAN : 217 Kekosongan


BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :
TARIKH : 12, 13 & 14 Mei 2009 (SELASA, RABU & KHAMIS)
MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
TEMPAT : SMK PRESINT 18, JALAN P.18A, PRESINT 18, 62150 PUTRAJAYA.


PERHATIAN:
a) Etika berpakaian :

Lelaki - Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut

Perempuan - Pakaian yang sesuai dan kasut bertutup


b) Membawa sijil asal dan salinan sijil yang disahkan
c) Membawa 2 keping gambar berukuran passport


SELamat menjawab soalan ya!! ;)


peluang KERJAYA


KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009 (K3G)"..


PELUANG KEEMASAN KEPADA PARA GRADUAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.."


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan..

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G) yang akan diadakan pada..

15 Mei hingga 17 Mei 2009bertempat di..

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan

kepada graduan yang masih menganggur atau graduan yang

sedang mencari pekerjaan tetap.


K3G akan disertai oleh 400 hingga 600 pempamer yang terdiri daripada:

# Syarikat Swasta# Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun

# Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)# Syarikat Senaraian Awam (Public listed company)

# Entepris Kecil dan Sederhana (SME)# IPTA dan IPTS.


K3G ini adalah terbuka kepada graduan di peringkat..

Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Komuniti,

Politeknik, dan IPTA serta IPTS.K3G juga akan diisi oleh aktiviti-aktiviti berikut:


# Pameran Kerjaya dan Keusahawanan

# Bengkel Keusahawanan# Ceramah dan Klinik Kerjaya

# Temuduga Terbuka# Khidmat Perundingan/ Kaunseling Kerjaya

# Khidmat Perundingan Keusahawanan# Klinik Resume

# Ceramah MotivasiSISTEM PENDAFTARAN


Adalah dimaklumkan, satu sistem pendaftaran secara barcode

akan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya karnival ini.

Graduan adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan

lebih awal melalui laman web.. http://www.mycef.com.my/


PERINGATAN Graduan juga adalah dipohon supaya..

i. Berpakaian kemas dan sopan untuk menghadiri karnival ini;

ii. Membuat pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pendaftaran pada hari karnival; dan

iii. Menyediakan dokumen penting seperti resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.


jemputlaaa datang ye ;)