Showing posts with label Sahabat NISA. Show all posts
Showing posts with label Sahabat NISA. Show all posts

Thursday, September 08, 2011

Raya.........Jom beraya!

Assalammualaikum wbt.

Ada 3 jemputan utk sahabat2 sume.


  1. Jamuan Hari Raya Belia Selangor pada 9 September (Sabtu) jam 8-10 malam di I-City. 
  2. Ziarah Aidilfitri ke rumah Ukhti Haziqah (Asrar-UPI) pada 11 September (Ahad), jam 10 pagi di alamat No 2 Jalan 1/2D, Bandar Rinching, Semenyih.
  3. Program Jom Shopping ke-2 bersama warga emas, PKM pada 17 September (Sabtu), jam 10 pagi di Econsave Reko Sentral Bagi sesiapa yg berminat, bolehlah hantar nama sahabat2 kepada KN atau SU segera.


Pengangkutan Insya'ALLAH kt akan sama2 usahakan. Insya'ALLAH semoga usaha yang sedikit ni menjemput rahmat & ma'rifah daripadaNYA.. Wassalammualaikum wbt

Jom bersama memeriahkan Syawal bersama,

Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Salam Aidilfitri buat semua Muslimin dan Muslimat. 
Semoga kesempatan yang ada menyambut hari raya pada tahun ini, boleh memperbaiki kekurangan yang ada sebelum ini. 

Salam kemaafan dari kami Nisa' Serdang andainya sepanjang penglibatan kami di kalangan masyarakat kurang menyenangkan dan maafkan segala salah dan silap. 

Untuk sahabat-sahabat Nisa sekalian, kirim salam kepada keluarga anda bagi yang pulang ke kampung halaman. Bewrhati-hati ketika memandu atau berpesan kepada pemandu perjalanan anda untuk lebih berhemat di jalan raya, hehe.... 

Semoga ukhuwah dan silaturahim sesama ahli Nisa Serdang dan dengan Nisa' kawasan yang lain akan terus erat dalam bersama melestarikan impian kita bersama sebagai penghubung generasi yang solehah, insyaAllah.  

Selamat berhari raya bersama keluarga. Jangan dilupa pada sahabat-sahabat ketika sedang enak menjamu selera. control your cholesterol, Fat Fat Fat!shame on you


Salam hari raya dari kejauhan,

Monday, August 22, 2011

Jalan-jalan Iftar : Al-Hamra' & Puan Natrah

Jalan-jalan Iftar anjuran Unit Kaunseling & Kerjaya kali kedua pada 14 Ogos 2011.

Iftar kali ini ditaja oleh Puan Natrah dengan kerjasama warga Al-Hamra' sebagai tuan rumah. 

~Ahmad Nasih lebih awal berbuka puasa, hehe~
Menu utama iftar kali ini telah dihidangkan dengan Nasi Kerabu dan juga makanan potluck yang dibawa oleh sahabat-sahabat seperti Macaroni (Warga BR), Murtabak Popia (Wani AR), Agar-agar Koko (Al-Hamra'), Buah Melaka (Pn Natrah), Air Oren yang Manisss (Warga BR), Mee Goreng, Cucur Udang Kuah Kacang (Kak Shahnaz), Kurma (Aziezan dan Ain) dan lain-lain lagi yang telah selamat dihadam oleh sahabat-sahabat Nisa' big grin


Semoga semua berpuas hati, selesa dan mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli-ahli Nisa' Serdang dengan solat berjemaah bersama-sama. InsyaAllah.

~Selamat Berbuka, semua sedang nyum nyum~
Selamat berpuasa, peace sign

Friday, May 27, 2011

Jom ke Kelas Tahsin

Add caption
Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum wbt
Selamat pagi jumaat buat kalian semua.
Insya'ALLAH seperti yang sedia maklum, kelas mengaji Quran (Tahsin) bersama Ustazah Nawiyah dari Tahsin Tilawah Bestari akan dijalankan setiap minggu ke 2 dan ke 4.

Kelas kedua akan dijalankan pada Ahad ini pada pukul 8-10 pagi di Rumah Halaqah. (Tempat kita ber- Retreat).
Bagi mereka yang menyertai prgrm Home Base Quranic Class, kehadiran adalah teramat digalakkan. Bagi ahli Nisa yang lain, anda juga digalakkan bersama menambah ilmu didada dalam ilmu Quran ini seterusnya memperbaiki kualiti bacaan Quran kita. Insya'ALLAH bersama kita memupuk rasa cintakan ilmu Qalam
ALLAH swt.

Wednesday, May 18, 2011

Team Building 2011 : Fasa 1

Tarikh : 17 Mei 2011
Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Team Building Fasa Pertama ini diadakan bagi membentangkan perancangan unit masing-masing di bawah pimpinan baru Nisa' Serdang sesi 2011 ini. Majlis ini diadakan di Sungai Merab Dalam setengah hari dengan kehadiran seramai 20 orang keluarga ahli Nisa' Serdang.

~Mission Impossible Session bersama Kak Simple-Shida~
~Nyanyi semua, (^_^)~
~Menaikkan semangat perjuangan Keluarga Nisa'~
~Tautan ukhuwah bersama~
~Teruskan bersama meneruskan perjuangan~
~Menambahbaik cadangan sahabat-sahabat~

~Menunggu giliran untuk membentang~

~UKS mencari fail pembentangan~

Semoga ahli Nisa' sekalian istiqamah meneruskan perjuangan, memberi idea dan bergerak kerja demi kelangsungan menyebarkan dakwah kepada masyarakat.

Kami yang istiqamah bersama,

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari GURU!

NISA' Serdang mengucapkan : SELAMAT HARI GURU... kepada semua yang bergelar Pendidik!!  khususan buat team Nisa' Serdang yang menyandang gelaran Ustazah, Teacher ;) Azween, Noriha, Wahida, Fatihah, Hasinah, dan semuanya ;)
teruskan mendidik anak bangsa untuk menerajui generasi akan datang!! what we do now, will change our FUTURE!! ;) siiru ala barakatillah!!

Tuesday, May 03, 2011

Tahniah Hanisah Afandi (^_^)

Sahabat2 Nisa' Serdang mengucapkan Tahniah dan Barakallahulakuma kepada Hanisah Afandi dan pasangannya, Mohd Azhari yang telah selamat melangsungkan perkahwinan pada 1 Mei lepas. 

Semoga berbahagia dan selamat menjalani hidup berumah tangga dengan mawaddah wa rahmah, =)

Walaupun selepas ini, Hanisah tidak lagi bersama-sama kami di Serdang, pengalaman dan ukhuwah semasa bersama berjuang di sini sentiasa menjadi penyeri ukhuwah antara kita semua.

"Selamat Menabur Bakti tenaga dan diri kepada Nisa Bentung dan Nisa Pahang"

Salam ukhuwah dari kami, 

Tuesday, April 05, 2011

Ziarah NISA : Saida Farhana Sarkam Selamat Pulang ke Rumah

Kes kemalangan sahabat NISA, Saida Farhana Sarkam di Johor pada 13 Mac 2011 semasa pulang dari menghadiri majlis perkahwinan kakaknya amatlah mengejutkan sahabat-sahabat NISA Serdang.

Beliau yang cedera telah selamat menjalani pembedahan memasukkan besi di kaki kirinya pada hari Rabu, 30 Mac 2011 lalu.

Rombongan dari NISA Serdang untuk menziarahi sahabat telah diaturkan pada hari Ahad, 3 April 2011. Huda Sakinah, Nabilah dan Miza telah bertolak dari Bangi pada pukul 9.05 pagi dan selamat sampai di rumah Saida pada jam 12.30 tengahari.

Saida baru sahaja sehari pulang ke rumah setelah hampir 3 minggu berada di Hospital Batu Pahat. Pengalaman terlibat dalam kemalangan bersama ahli keluarga lain serta pembedahan memasukkan besi di paha kiri turut dikongsi bersama sahabat-sahabat yang datang menziarah.

Walaupun sedikit keletihan, dan berasa pening akibat duduk lama di sofa, Saida tidak lokek bergurau dan bersembang melayani tetamu. Kami sempat makan tengahari bersama Saida sebelum Saida meminta izin untuk berehat di bilik kerana berasa sakit di kepala.

Balutan dari pembedahan akan dibiarkan sehingga 16 April untuk dibuka. Sahabat-sahabat NISA mendoakan Saida cepat sembuh dan kembali ke Bangi untuk bersama-sama kami di sini. Semangat Saida yang berkobar-kobar sentiasa terngiang-ngiang di fikiran sahabat-sahabat di sini dan gurau sendanya sentiasa dirindui.

Selamat beristirehat. Semoga kesempatan yang Allah beri ini, memberi kekuatan  dan impak terbaru untuk kembali menyambung perjuangan di sini. 

UKS sepi tanpamu... *Adikmu Aisyah, yang kata hehehe*

Tuesday, March 29, 2011

Kehadiran Cahaya Mata Penyeri Rumah Tangga

Untuk pasangan Safiyyah dan Zulfikar yang melangsungkan perkahwinan tahun lepas, bertambah berseri rumah tangga yang dibina dengan kehadiran putera sulung pada 15 Mac 2011, 7.50 malam di Hospital Serdang.
Mama Safiyyah kini berpantang di rumah ibu bapanya di Gombak.
Semoga Mama, Anak Mama, dan Suami Mama sihat belaka. 
Semoga hari mendatang ceria menghiasi rumah tangga. Semoga berbahagia. =)


Sahabat NISA yang kedua Nur Azween juga selamat melahirkan putera kedua mereka pada 22 Mac 2011, 3.07 pagi di Hospital UKM dengan berat bayi 2.7kg.
Bayi comel ini dinamakan Muhammad Al-Amin bin Mohd Syahir.


Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Semoga anak-anak yang dibesarkan menjadi anak yang soleh dan menyambung perjuangan menegakkan Syiar Islam, amin. =)

Kutipan Derma Kilat untuk Sahabat Kita Saida Farhanah

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Semoga sahabat sekalian berada di bawah lembayung rahmatnya.

Berita terkini tentang Saida Farhanah:

1.     Insyaallah beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan memasukkan besi di kaki kirinya pada hari Rabu(30 Mac 2011) ini.

Pada sahabat yang ingin membantu bolehlah menyalurkan derma ke dalam akaun Nisa' Serdang sebelum diserahkan segera kepada Saida.

Bank Islam: 12029020651438 (Nurhazwani Abdul Rahman 013-3915579)

Untuk makluman, bantuan tersebut amatlah diperlukan bagi meringankan ujian beliau sekelurga.

2.     Nisa' Serdang juga sedang merancang untuk mengadakan ziarah ke rumah beliau di Johor  pada hari Ahad ini(3 April 2011). Kepada sesiapa yang ingin turut serta, boleh maklumkan kepada saudari Haslina (013-6674718) atau saudari Shahnaz (012-5980701)

Sekian, mohon dipanjangkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (QS. Ali Imran 3 : 103)


Jzkk

 Nurhazwani Abdul Rahman
Timbalan Bendahari Nisa' Serdang
b.p: Ketua Nisa' Serdang