TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita,
“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.
Wednesday, August 12, 2009
siapa kita sebenarnya ???
TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita,
Hutang puasa..
Baginda Rasukllullah menjawab dengan sebaris persoalan, 'bagaimanakah pendapatmu, di andaikan ibumu ada berhutang dengan seseorang, adakah engkau akan membayarnya?"
"Sudah tentu, wahai rasullullah", balas wanita itu cepat."Hutang kepada Allah lebih patut di bayar", kata rasullulah s.a.w.
Gesaan itu diteguhkan lagi dengan sepotong sabda," Siapa yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai hutang puasa,maka hendaklah di bayar oleh walinya (penjaga)." (Riwayat Muslim)
Khabarkan Hutang pada Penjaga kita, agar hutang itu tidak menyeksa kita di bilik enam kaki bawah tanah nanti.. Ya Allah, berikan daku keampunan hingga penghujung ramadahan hingga penghujung hayat sekalipun.. Ya Allah , izinkan agar daku tidak hadir dalam golongan yang celaka itu.. Berilah daku petunjuk dan Hidayah.. Amin
Andai ini Ramadhan terakhir ku......
Thursday, August 06, 2009
Ahlan Ya Ramadhan !
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"Al Baqarah 183.

Tuesday, August 04, 2009
The ICE has MORE bacteria than TOILET WATER - beware !!
You’d think toilets were full of bacteria, right?
Well, 12-year-old Jasmine Roberts, a smart 7th grade student in Tampa, Florida hit
upon a startling discovery as part of her winning science fair project.
She compared the ice used in sodas and other drinks with the water from the
toilet bowls in the same fast food restaurants. She was shocked by the results.
The ice served in soft drinks and other beverages at fast food restaurants had
more bacteria than water from the same restaurant’s toilet! Not only that, but 70
percent of the time, the ice had more bacteria than the toilet water.
Jasmine had the water tested at a lab at the H. Lee Moffitt Cancer Center, where
she volunteers with a USF professor. Ice in three of the five restaurants tested
positive for fecal coliform or E. coli, organisms that come from the feces of warmblooded
animals!
As the Tampa newspaper pointed out, symptoms, “related to the presence of
coliform include cramps and diarrhea. E. coli can cause intestinal illness and, in
rare cases, hemolytic uremic syndrome, a serious kidney condition.”
“I thought there might be a little bacteria in the ice, but I
never expected it to be this much,” Jasmine told the
Tampa Bay News, “ And I never thought the toilet water
would be cleaner.”
Therefore as a safe option lets drink boiled or warm
water for safe health
Source: Taken from Fast Food News, Posted by Connie Bennet, in the Sugar Shock Blog.
Prepared by Performance Improvement Unit, CSD
Sampaikan - Hi-Tea @ Bangi
Sekadar nak menyampaikan Hi-Tea yang akan di adakan
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 2-5.00 pm
Tempat : Dewan Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Tiket : RM 10 per person
Antara pemimpin yang turut sama hadir di majlis tersebut :
1. YB Dato' Mahfuz Omar
2. YB Ust Nasaruddin Tantawi
3. YB Datuk Paduka Husam Musa
4. Y. Bhgia Ustazah Wan Hasrina
Anjuran :
IPUKM, ILMUAN dengan kerjasama DUN Dusun Tua.
Monday, August 03, 2009
perempuan-perempuan itu...

Perempuan-perempuan yang dilupakan...
Hari ini aku teringat kepada beberapa orang perempuan.
Hem…
Siapakah yang aku teringat itu?
Perempuan-perempuan ini, ada yang aku kenal masa tadika. Ada pula yang aku kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang aku kenal masa sekolah menengah.
Apabila aku dewasa, aku berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini,
dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, aku suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada aku, mereka amat bermakna dalam kehidupan aku.
Oleh kerana aku teringat akan mereka, maka aku ingin perkenalkan mereka kepada kalian.
Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan.
Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi?
Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri?
Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka
mengikut perempuan yang mana?
Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana?
Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia?
Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?
Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati,
dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama,
walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’.
‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.
Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak,
telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman.
Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan,
seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT.
Maka hari ini, aku nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.
Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid.
Dialah yang digelar Afifah Solehah(wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahajahingga pecah-pecah mulut.
Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW.
Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk.
Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa as dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa as.
Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan.
Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Mayram, ibu kepada Isa as.
Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci,
ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa as. Apabila dia melahirkan Isa as dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH,
dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya.
Akhirnya anaknya Isa as boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.
Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata,
“Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah)
berperang dihadapanku.”
Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh.
Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.
Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda.
“Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?”
Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang.
“Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah
sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah Hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.
Siapakah yanng mengingati Ummu Imarah ini?
Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim?
Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman.
Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim.
Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”.
Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata,
“Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin UmmuSulaim.”
Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi
seorang sahabat yang komited..
Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya.
Lihatlah bagaiman Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya?
Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?
Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW? Ummu Salamah.
Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah,
apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya
menyembelih haiwan dan bercukur rambut,
tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya.
Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “ Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata,
“ Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu”
Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW,
Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki(kisah rekaan)
berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya,
mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT.
Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.
Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr?
Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur.
Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya,
kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah.
Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA,
sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak.
Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid.
Dihantar pula yang kedua.
Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga.
Yang ketiga juga syahid.
Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat,
dan yang keempat itu pun syahid.
Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “ Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya?
“ Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”
Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?
Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?
Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?
Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi?
Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi?
Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?
Siapa?
Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan.
Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan.
Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.
Dan hari in aku teringatkan perempuan-perempuan itu.
http://www.alaa-deen.blogspot.com/
Friday, July 31, 2009
jom, puasa !

Kelebihan sya'ban
Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)
Disini Nabi menyebut dua kelebihan bulan rejab:-
1. Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.
2. Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt.
Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:
"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." (Hr Bukhari - sahih)
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:
" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." (Hr Nasaie)
Sekelompok ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan dari 'Aisyah ra:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan." (Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)
oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadan.
Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban
Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:
"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa." (Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:
"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa." (Hr Bukhari dan Muslim)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.
Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban
Nabi saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah." (Hr Ibnu Majah - hasan)
Ulama Syam telah berselisih pendapat terhadap cara menghidupkan malam nisfu sya'ban kepada dua pendapat:
1. Sunat menghidupkan malamnya dengan cara berhimpun beramai-ramai di masjid. Pendapat ini disokong oleh Ishak bin Rahawiyah.
2. Sunat menghidupkan malamnya dengan ibadah bersendirian. Ini pendapat imam Auzaie seorang tokoh besar ulama syam. Ini juga pendapat yg lebih tepat menurut Ibnu Rajab al-Hambali.
Imam Ibnu Taymiah juga berkata:
"Apabila seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara yang baik." (Majmu'ul Fatawa 131/23)
kesimpulan: oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.
Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.
Thursday, July 23, 2009
Khasiat Solat
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya.
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.
Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.
Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.
Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.
“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.
Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.
Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.
Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit
Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.
“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.
Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.
(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
Tuesday, July 21, 2009
belajar ilmu ikhlas..
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:
Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

10 ramuan pencuci dosa
pernikahan atas nama cinta??

Pernikahan adalah moment yang sangat dinanti-nanti. Didambakan. Seakan-akan, pernikahan adalah terminal akhir dari kisah percintaan. Dunia penuh dengan hingar bingar cinta nafsu yang memang di siarkan oleh media-media. Lagu, sinetron dan filem semuanya atas nama cinta. Cinta nafsu.
Sebahagian orang mengatakan bahwa menikahi sang kekasih adalah kerana cintanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apakah benar cinta kerana Allah SWT? Kerana jika saja cinta itu benar kerana Allah SWT, niscaya akan membawa diri semakin dekat kepada-Nya. Maka patut dipersoalkan cintanya itu, apakah benar kerana Allah SWT atau hawa nafsu semata.
Cinta. Meminta dan memberi cinta dari dan kepada yang belum berhak. Alangkah malunya hati bila memberikan cinta pada yang tidak berhak. Tidak berhak memberikannya, kerana sudah ada pemiliknya, meski belum tahu siapakah belahan jiwa itu. karena pasangan jiwa adalah rahasia Allah.