Sunday, September 20, 2009

Grand Qiamullail dan Bijak Wang


Alhamdulillah dengan inayah daripada Allah s.w.t, program Grand Qiamullail dan Bijak Wang telah berjaya dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) NISA’ Serdang di Masjid As-Solihin, Teras Jernang. Program bermula pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 sehingga Sabtu, 29 Ogos 2009 yang lalu. Bengkel ini bertepatan dengan situasi kebanyakan ahli-ahli NISA’ Serdang yang baru melangkah ke alam pekerjaan dan alam rumahtangga. Memandangkan program ini dijalankan di bulan Ramadhan, beberapa program tambahan diadakan. Program yang dimaksudkan adalah Grand Qiamullail dan Iftar Jamaie. Antara atucara penting dalam program ini ialah iftar jamaie, solat tarawikh, taaruf bermodul, ma'thurat, ‘Grand Qiamullail’ dan Bengkel Bijak Wang. Walaupun mengalami sedikit anjakan masa, program yang diaturkan berjalan dengan lancar tanpa gangguan daripada pihak luar.

Alhamdulillah, peserta berpuas hati dengan program yang diadakan terutamanya Bengkel Bijak Wang. Penceramah Bijak Wang ialah Encik Ibrahim bin Ghazali, pengarah MIG ASSOCIATES. Walaupun rata-rata peserta kepenatan, namun mereka bersemangat sepanjang program dan memberikan komitmen kepada penceramah dengan memberikan respon dan soalan-soalan yang berkaitan kepada penceramah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dengan progam ini samada secara langsung ataupun tidak. Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

** tahniah pada pelaksana!! Team UPI.. ;)

No comments: