Sunday, September 20, 2009

Program-program sepanjang Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Nisa' Serdang telah mengadakan beberapa program untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia itu. Selain iftar jamaie, Nisa' Serdang juga turut mengadakan 'Tadarus Remaja' dan 'Delegasi Ramadhan ke Kompleks Kebajikan Ruqaiyah', Sg Merab Kajang, Teen Circle dari seluruh kawasan Bangi dan Serdang. Tadarus Remaja dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan, manakala Delegasi Ramadhan dianjurkan oleh Unit Khidmat dan Kaunseling, dengan kerjasama Unit Pembangunan Insan.

Tadarus Remaja

Tadarus Remaja yang dijalankan pada 5 September 2009 diadakan di Masjid As-Solihin Teras Jernang. Program bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Para peserta yang berjumlah hampir 50 orang itu dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Setiap kumpulan pula diselia oleh seorang kakak-kakak fasilitator yang kesemuanya ustazah-ustazah, bakal doktor dari Mesir, Jordan dan IPT di Malaysia serta AJK Nisa'. Setelah bertadarus, peserta dihidangkan dengan sedikit penerangan tentang Nisa' Serdang yang disampaikan oleh Ketua Nisa' Serdang. Majlis berakhir dengan penyampaian saguhati kepada semua peserta dan fasilitator yang menyertai.

Delegasi Ramadhan ke Kompleks Kebajikan Ruqaiyah

Program ini diadakan pada 13 September 2009 lalu di Kompleks Kebajikan Ruqaiyah dan Surau al-Kauthar, Bandar Baru Bangi. Program ini disertai seramai hampir 44 orang terdiri dari remaja-remaja Teen Circle dan turut disertai oleh adik-adik dari KKR sendiri. Program bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 9.30 malam. Kesemua peserta dikehendaki berkumpul di Masjid As-Solihin untuk sesi pendaftaran. Setelah itu peserta beramai-ramai menaiki bas ke tempat program. Di KKR, program diserikan dengan slot taaruf, penerangan tentang Nisa', Games, dan penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada peserta dan KKR. Setelah selesai program di KKR, semua peserta dan warga kerja program bertolak pula ke surau al-Kauthar untuk iftar, tadarus, dan solat tarawih.

Kebanyakan peserta menyatakan rasa gembira dan puas hati atas pengisian program yang menarik ini. Kami dari seluruh ahli jawatankuasa Nisa' mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada seluruh kakitangan KKR kerana membenarkan kami mengadakan program di sana.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada adik-adik yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami sepanjang program berlansung. Semoga kita akan bertemu lagi di program-program yang akan datang!

Lawati www.flickr.com/nisaserdang untuk banyak lagi gambar-gambar menarik!


slot LDK



khusyuk banget adik-adik ni mendengar celoteh kakak-kakak Nisa'

bergambar beramai-ramai setelah selesai program di KKR.

No comments: