Tuesday, January 12, 2010

Mandi?


Oleh: Wani AR

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
 

 
Mengeluarkan racun:


Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

 

Mandi air sejuk
sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

 

Jangkitan kulit
: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..

 

Selesema dan sakit kepala
: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis  minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

 

Insomnia
: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.   





Bukankah mukmin yang kuat dan sihat itu lebih disukai oleh Allah?

 

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum...
Bukan nak komen apa2 ni. tapi nak maklum satu perkara mustahak demi kebaikan dan atas dasar tolong menolong umat islam sejagat.
Sekiranya ada sesiapa yg kena penyakit barah. Kami di Darus Syifa' Cawangan Telok Panglima Garang, Kuala Langat,Selangor ada sediakan penawar barah dengan menggunakan rebusan air akar kayu. mustajab insya Allah. TElah ramai yang diizinkan Allah sembuh dari barah setelah dirawat dengan mnggunakan ayat2 Al-Quran dan doa2 mustajab dicampurkan dengan akar kayu yg saya maksudkan tadi. Buleh hubungi Ust.Hj.Basri(019 2073 583) atau ust.Puad(013 2472 163) atau ust.Azahan(013 6658 698) untuk daptkan penjelasan. Atau sendiri dtg ke klinik yang saya maksudkan di atas. Ikhtiar, insya Allah Sembuh. Jgn putus asa. Kesembuhan itu hak mutlak Allah. wassalam