Assalamualaikum Warahmatullah.
Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak iaitu bulan yang padanya penuh dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Taala. Jadi tidak hairanlah apabila hampir tibanya bulan Ramadhan ini maka Rasulullah S.A.W. dan para sahabat begitu gembira sekali serta tidak sabar-sabar menanti ketibaannya pada setiap tahun. Mudah-mudahan kita juga bergembira dan terasa rindu yang amat sangat untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.
Pada bulan Ramadhan ini jugalah umat Islam diperintahkan untuk berpuasa yang merupakan salah satu dari Rukun Islam yang lima. Maka perintah seperti ini sudah pastilah mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tertentu untuk diberikan kepada manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
(Surah al-Baqarah: ayat 183).
Berapa ramaikah daripada kalangan kita yang tidak tercapai hasratnya untuk merasai kemanisan dan kelazatan berada di bulan Ramadhan ini kerana telah dijemput menghadap Allah Taala terlebih dahulu? Berapa ramaikah yang masih mengharapkan tarbiah dan kelebihan dari Ramadhan untuk persiapan dirinya ketika mendapat Allah Taala akan tetapi ajalnya datang terlebih dahulu? Hakikatnya ialah kita dipilih oleh Allah Taala sekali lagi untuk mengecapi bulan Ramadhan ini. Oleh sebab itulah maka bersyukurlah di atas kesempatan yang telah diberikan oleh Allah Taala ini untuk melaksanakan segala perintahNya dan rebutlah peluang di bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Semoga artikel ringkas yang saya sediakan ini dapat menjadi peringatan supaya kita tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah Taala pada Ramadhan kali ini. InsyaAllah.
ANTARA KEISTEMEWAAN DAN KELEBIHAN RAMADHAN
Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).
Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5).
ANTARA PERISTIWA PADA BULAN RAMADHAN (BULAN KEMENANGAN)
Peperangan Badar al-Kubra.
Pererangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah.
Pembukaan Makkah.
Berlaku pada 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah.
Peperangan al-Qadisiyah.
Berlaku pada tahun 14 Hijrah.
Pembukaan Andalusia.
Berlaku pada tahun 92 Hijrah.
Peperangan Hittin.
Berlaku pada tahun 583 Hijrah.
Kekalahan Tentera Tartar.
Berlaku pada 25 Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Kekalahan Israel.
Berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 Hijrah.
KEKUATAN RAMADHAN MENGHADAPI SYAITAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Syaitan merupakan musuh tradisi kepada anak Adam. Permusuhan ini bermula sejak dari penciptaan Nabi Adam A.S. sehinggalah ke hari qiamat. Janganlah sesekali anak Adam tunduk mengabdikan diri kepada tuntutan syaitan yang akan terus-menerus menyesatkan manusia.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Dan hendaklah kamu menyembahKu inilah jalan yang lurus.
(Surah Yasin: ayat 60 dan 61).
buluh.iluvislam.com
--------------------
Persiapan Diri Untuk Menyambut Kedatangan Ramadan al-Mubarak
Sahabat yang dimuliakan,
Apabila berada saja kita dibulan Syaaban maka teringatlah kita bahawa Ramadan sudah hampir. Bulan yang penuh keberkatan.
Orang Mukmin yang hati dan jiwanya sentiasa berhubung dengan Allah akan menanti kehadiran Ramadan al-Mubarak adalah umpama penantian sepasang suami isteri yang bahagia menanti kelahiran anak pertama mereka, dengan penuh gembira dan debaran. Persiapan dibuat rapi, persalinan dan pakaiannya telah disediakan awal, takut bila-bila masa, bayi yang dinanti akan lahir kedunia.
Apakah kita merasai perasaan yang sama? Berapa kalikah dalam kehidupan kita telah kita lalui kehadiran Ramadan, adakah setiap kali ia datang telah menambahkan takwa kita kepada Allah? Atau adakah ia datang dan pergi sama dengan bulan-bulan yang lain?
Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadan akan tiba, oleh itu saya mengajak diri saya dan diri sahabat semua, untuk Ramadan kali ini kita membuat persiapan awal lebih rapi dan teliti. Kita penuhi keperluan empat fakulti insan iaitu persiapan jiwa (spritual), fikiran (mental), perasaan (emosi) dan badan (fizikal). Apabila lengkap persiapan ini, insya Allah kualiti puasa dan ibadah kita akan lebih baik untuk kita persembahkan kepada Allah s.w.t.
Terdapat sepuluh persiapan untuk kita menyambut kedatangan Ramadan al- Mubarak :
1.Berdoa kepada Allah s.w.t. semuga dipanjangkan umur dan diberi kesihatan ketika kedatangan bulan Ramadan :
Nabi s.a.w berdo'a : "Ya Allah! Berkatilah kami didalam Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kebulan Ramadan"
2.Bersyukur dan memuji Allah diatas kedatangan bulan Ramadan.
3.Gembira dan teruja dengan Ramadan :
Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Apabila tibanya malam bulan Ramadan syaitan dan jin jahat diikat, ditutup pintu-pintu Neraka, dibuka pintu-pintu Syurga dan malaikat menyeru, 'Hai mereka yang mencari kebaikan ayuhlah, hai mereka yang mahu melakukan kesalahan tangguhlah,' setiap malam Allah akan memerdekakan hambaNya dari api Neraka."
4.Menyediakan perancangan yang rapi untuk manfaatkan bulan Ramadan dengan sebaik mungkin.berazam untuk khatam 30 juzuk al-Qur'an.
5.Membuat keazaman yang jujur untuk merebut dan memenuhkan setiap masa didalam bulan Ramadan dengan melakukan amalan-amalan yang soleh,memulakan bersedekah, mengasihi , merai dan mengingati anak-anak yatim dan membatu fakir miskin.
6.Mempelajari dan memahami hukum -hakam berkaitan Ramadan.
7.Kita menyambut kedatangan Ramadan dengan keazaman untuk bertaubat dan meninggalkan kesemua dosa dan maksiat.dan berazam untuk mendapat malam Lailatul qadar (lebih baik dari seribu bulan) .
8.Membaca buku-buku, ceramah serta pengajian yang dapat menyemarakkan semangat untuk melakukan ketaatan didalam bulan Ramadan.
9.Membuat persiapan menjadi pendakwah didalam bulan Ramadhan iaitu menyebarkan risalah-risalah dan adakan perbincangan yang berkaitan puasa dan hukum-hukumnya.
10.Membukukan lambaran baru hubungan kita dengan :
a. Allah s.w.t. iaitu bertaubat dan berdoa dan mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
b.Rasulullah s.a.w. iaitu mentaati segala perintahnya dan menjauhi larangannya dan mengamalkan sunnahnya.
c. Ibu bapa , suami,isteri,anak-anak dan saudara mara iaitu dengan melakukan kebaikan dan menyambung hubungan silaturrahim.
d.Mesyarakat iaitu membina perhubungan persaudaraan Islam dan mendidik mereka untuk menjadi hamba Allah yang soleh dan bertakwa.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah kita atur semua program dan perancangan yang akan kita laksanakan dalan bulan Ramadan ini, kita perlu pastikan dihari pertama Ramadan terus dilaksanakan tanpa ada apa-apa alasan, beristiqamahlah hingga akhir bulan Ramadan. Insya Allah ibadah puasa yang kita laksanakan akan mendapat markah penuh iaitu bertakwa kepada Allah s.w.t.
Apabila kita berniat dan berazam dengan sepenuh hati untuk memiliki puasa yang terbaik dan dibulan Syaaban ini kita mulakan persiapan maka Allah s.w.t akan memberi kekuatan dan mengkabulkan hajat kita ini.
Aun bin Abdullah berkata: Dahulu orang-orang soleh menulis surat kepada sahabatnya tiga kalimat;
1. Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupi segala urusan dunianya.
2. Dan siapa yang memperbaikki niatnya, maka Allah akan memperbaikki zahirnya.
3. Dan sesiapa yang memperbaikki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan memperbaikki hubungannya dengan sesama manusia.
Nabi s.a.w bersabda: ” Seorang hamba dihadapkan pada hari kiamat membawa hasanah sebesar bukit, lalu ada seruan;' Siapa yang pernah di aniaya oleh fulan boleh datang untuk dibayar'. Maka datanglah beberapa orang lalu mengambil bahagiannya sehingga tiada tinggal satu pun dari hasanah yang banyak itu, sehingga hamba itu menjadi bingung, lalu Tuhan berkata kepadanya: 'Untuk mu ada simpanan pada Ku yang tidak Aku perlihatkan kepada malaikat atau seorang pun dari makhluk Ku,' lalu ia bertanya:' Apakah itu'. Jawab Tuhan: Ia itu niatmu, yang kau selalu niat akan berbuat kebaikan, Aku tulis untuk mu berlipat ganda, tujuh puluh lipat ganda.' "
“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.
Saturday, August 07, 2010
tautan KASIH, semarak MAHABBAH
bismillah walhamdulillah. syukur atas nikmatNYA yg sama-sama kita kecapi yakni nikmat IMan, nikmat ISLAM, nikmat sihat, nikmat sakit dan segala peri kurnianNya. walaupun jauh di mata, namun dekat diHATI.. ;)
krew NISA' SERDANG menitipkan gambar kenangan MT & mantan soff NISA' SERDANG yang kini dianugerahkan cahaya mata - Pn. IZa selaku Menteri Kewangan -melahirkan insyaallah bakal mujahid yakni Muhammad Fateh Irsyad. Pn Natrah merangkap KETUA Unit Kerjaya yg kini makin sucess dgn popia simpulan kasihNya..hehee ;) uh, tidak dilupai mantan KETUA UPI -Ustzh Halijah, dikurniakan puteri fatimah . mantan sU yang sgt dedikasi.. Pn. Sumayyah dianugerahkan putera- Mohammad Mus'ab . =D
lafaz sanah helwa buat mantan Ketua 3N yg sungguh komited lagi dedikasi utk Pn Haslaily bersama bakal mujahid pelapis ummi wa abi Muhammad Mutawalli ;) moga kalian sentiasa dalam lembayung & rahmat kasih sayangNYA.
bila kite bleh jumpe lagi ye? ehehe.. insyaallah jumpa di next program-program NISA'.. barakaallahu lakum.
Saturday, June 05, 2010
Serangan Israel ke atas Freedom Flotilla: Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan
Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan
STESEN televisyen Turki menunjukkan askar Yahudi ceroboh kapal Mavi Marmara ketika cuba menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza.
(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)
KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.
Empat bulan lalu, hampir setiap hari saya membaca petikan Surah Al‘Imran yang bermaksud: “Para syuhada dianggap hidup di sisi Allah dan sentiasa meminta izin daripada-Nya untuk balik ke dunia dan bertemu dengan pejuang yang masih hidup bagi mengirimkan pesanan supaya jangan takut serta sedih.”
Ketika ayat itu dibacakan setiap hari, sebenarnya saya masih menaruh harapan supaya dibenarkan menyertai misi itu dan Alhamdulillah, berkat izin-Nya, saya akhirnya mendapat kesempatan itu sebagai rombongan terakhir bersama beberapa rakan lain selepas lapan petugas sudah pun bertolak lebih awal ke Istanbul.
Pada 22 Mei, kami bersama dua wakil media Astro Awani, tiba di lapangan terbang di Istanbul dan terpaksa bergegas, berlari ke kaunter tiket untuk mendapatkan pesawat ke Antalya, sebuah pelabuhan di Selatan Turki.
Keadaan kelam-kabut itu semata-mata untuk mendapatkan pesawat domestik dan ketika itu mulut ini tidak berhenti berzikir dan berdoa supaya kami berpeluang dan dapat tiba ke destinasi tepat pada masanya kerana tidak mahu terlepas kumpulan rombongan dan akhirnya, melegakan apabila kami dapat masuk ke pesawat lima minit sebelum ia berlepas.
Dalam pesawat itu, saya duduk di sebelah jurukamera Astro Awani, Samsul Kamal Abdul Latip yang jelas kelihatan masih terpinga-pinga dan seakan belum tahu apa kemungkinan bakal dihadapi dalam misi ini sedangkan dalam pemikiran saya sudah terbayang beberapa perkara yang boleh berlaku termasuk diserang oleh tentera Israel.
Hanya doa yang mampu dipanjatkan semoga kami semua tabah menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila membayangkan kapal kami mungkin dibom, ditawan atau diheret sekiranya memasuki perairan Israel.
Di Antalya, kami ditempatkan di sebuah kompleks sukan selama empat hari iaitu sejak 23 hingga 27 Mei kerana terpaksa menunggu rombongan dari Eropah dan sepanjang tempoh itu, semua sukarelawan terpaksa tidur bertilamkan lantai di ruang terbuka.
Subuh pertama kami di kompleks itu, azan dilaungkan oleh sukarelawan dari Malaysia untuk mengajak semuanya bersembahyang jemaah kerana sebelumnya dilihat kebanyakan orang hanya solat sendirian dan ia juga menjadi detik pemula di mana semuanya bersatu, malah saya sendiri berkesempatan menyampaikan kuliah Subuh dalam bahasa Arab di depan semua orang.
Masih saya ingat, ketika kuliah itu, saya membacakan sepotong ayat – “Hasbunallah Wanikmal Wakil” yang bermaksud memadailah Allah sebagai wakil kami. Ayat itu juga yang dilihat sentiasa disebut di mulut, menjadi zikir ramai orang termasuk mereka dari negara lain sepanjang memijakkan kami di kapal Mavi Marmara.
Masih jelas terbayang di mata saya, begitu ramai masyarakat dari serata dunia termasuk Eropah yang datang sendiri ke kompleks sukan itu dan merayu mahu turut serta dalam rombongan itu tetapi khabarnya hanya sebahagian dibenarkan.
Sebenarnya, banyak kisah menarik untuk dikongsi bersama sepanjang kami di kompleks sukan itu termasuk jeritan seorang warga tua dari Turki ketika dikatakan rombongan itu bakal ditangguh lagi – “Tiga tahun pun akan kami tunggu!”
Di kompleks sukan itu, sempat juga saya berbual dengan anak, Syaima Amatullah, menerusi laman facebook dan dia ada bertanya – “Abah takut tak?” dan jawab saya ketika itu – “Bukankah abah selalu baca ayat dari Surah Al-Imran.” Kenyataan saya itu dipanjangkan anak saya kepada hampir semua rakannya dalam laman web itu.
Tanggal 27 Mei, bermulalah perjalanan jihad kami apabila dibawa menaiki bas yang diiring polis serta disambut meriah oleh ribuan penduduk bandar Antalya dengan memenuhi tepi jalan, melambai serta mengibarkan bendera Turki dan Palestin, selain sebahagiannya membunyikan hon, riuh rendah sama seperti suasana ketika majlis perkahwinan di negara itu.
Terpegun seketika apabila tiba di kapal Mavi Marmara kerana berbeza sekali dengan gambar yang saya lihat. Tak sangka rupa-rupanya kapal setinggi empat setengah tingkat itu begitu besar. Pemeriksaan kastam untuk masuk ke kapal begitu ketat sehinggakan kabel pengecas telefon bimbit tiga pin turut dirampas kerana dilihat berbeza dengan kabel dari negara lain yang hanya ada dua pin.
Masuk saja dalam kapal, saya bersama beberapa rakan lain membuat sujud syukur. Sebahagian yang lain kelihatan masih terpaku kerana seakan tidak percaya akhirnya dapat memijakkan kaki di kapal itu. Ketika itu, ada seorang ahli tarikat berusia 84 tahun berkata - “Aku ke sini untuk turut serta dalam perjuangan Palestin. Apa guna sekadar berzikir jika tidak berjuang bersama.”
Kami diberi makan ala kadar. Sebenarnya jika tak diberi makan pun tak apa sebab tak langsung rasa lapar. Kami makan sekadar untuk mengelakkan lemah dan tidur pun sekadar untuk memastikan badan bertenaga.
Perjalanan kami terhenti di Cyprus pada 28 hingga 30 Mei kerana menunggu kapal lain untuk menyertai konvoi. Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti dijalankan termasuk ceramah oleh ulama di dalam kapal. Apabila kapal bergerak kembali, satu amaran sudah diberi pada malam 30 Mei kerana mereka nampak ada lampu berkelip di udara yang disyaki helikopter.
Kami juga nampak seakan ada lampu kapal lain bagaikan cuba menghampiri. Ketika itu kami diminta berkumpul dalam kumpulan 15 orang dan dibekalkan jaket keselamatan serta satu topeng gas untuk dikongsi sesama ahli kumpulan.
Jam 1 pagi, keadaan kembali tenang kerana tiada lagi tanda kapal berhampiran, namun kami diminta tidur di luar untuk bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Jam 3 pagi, kami dikejutkan dengan sorakan takbir lantaran kumpulan di belakang kapal melihat ada sekumpulan ikan lumba-lumba mengiringi kapal.
Episod serangan bermula sejurus selepas solat Subuh yang ketika itu dirasakan Subuh terakhir kami. Kelihatan beberapa bot menghampiri kami dan helikopter yang berlegar melemparkan bom asap pemedih mata, namun peliknya ia langsung tidak menjejaskan kami kerana tiap kali bom dilempar, ketika itu juga angin akan bertiup kencang menolak asap.
Meskipun keadaan huru-hara dan seakan tidak terkawal, kebanyakan kami tidak terasa gentar. Saya sendiri ditembak di bahu kanan dengan peluru getah tetapi sakitnya hanya sekejap. Malah, ketika ditawan, beberapa kali saya dipijak dan ditendang oleh komando Israel dengan kuat, namun tak pula terasa sakit atau ada kesan lebam.
Selepas ditawan dan diikat dengan tali kabel selama lebih 15 jam, ada di kalangan kami yang berpuasa, namun tidak pula terasa lapar atau lemah. Ketika itu kami hanya ingat Allah. Kekejaman komando Israel bukan sekadar tak beri makan minum, malah tak juga benarkan ke tandas sehingga ada yang terkencing dalam seluar.
Air pun hanya diberi sebotol untuk dikongsi beramai-ramai. Itupun dalam keadaan tangan diikat. Bayangkan betapa kuatnya talian persaudaraan di kalangan kami, meskipun ada yang berlainan agama apabila sesama kami menuang air ke mulut rakan yang lain bersilih ganti.
Di Ashdod, pelabuhan di Israel, kami tidak lagi menerima layanan seburuk di kapal kerana ketika itu kami diuruskan oleh pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Israel yang nyata terpaksa melayan dengan baik lantaran sudah menerima tekanan dari kedutaan lain.
Dibawa ke penjara yang masih baru, kami ditempatkan dalam sel besar dengan empat orang sebilik. Ketika itu, sesuatu yang sangat melegakan apabila kami dapat mandi dan membersihkan diri. Tidak berapa lama ditahan kerana akhirnya kami dibebaskan selepas dikunjungi wakil kedutaan Jordan yang memang ditugaskan untuk membebaskan sukarelawan Malaysia dan Indonesia.
Teringat lagi bagaimana berani sekali seorang Ahli Parlimen Kuwait ketika menaiki bas untuk ke Jordan. Sempat dia turun semula ke tangga dan menjerit minta dia dibawa kembali ke sel dengan alasan tidak mahu dibebaskan. Jelas sekali dia seakan mencabar pegawai Israel.
Lucu pula melihat akhirnya pegawai Israel itu pula yang merayu meminta dia naik semula ke dalam bas. Itu semua akibat tekanan kuat yang diberikan kedutaan negara lain yang begitu ramai berkumpul di situ.
Masih sebak di hati ini apabila mengenangkan rakan dari Turki yang tak dibebaskan ketika kami sudah menaiki bas kerana kedutaan mereka belum tiba. Salah seorang warga Turki ada memanggil saya, memeluk dan menangis sambil menawarkan duit poket kerana beranggapan semua barang termasuk dompet saya sudah dirampas.
Sejak dibebaskan pada jam 4.30 petang, Subuh keesokan harinya baru kami sampai di sempadan Israel – Jordan, dan sesuatu yang sangat mengujakan apabila terpandang bendera Malaysia dikibarkan. Ketika itu terasa betapa pemimpin negara kita begitu mengambil berat, malah ketika kami menghubungi Perdana Menteri yang berada di Laos pada jam 2 pagi, beliau masih berdaya menjawab telefon dan menitip pesan kepada kami.
Orang pertama yang saya hubungi sejurus tiba di Jordan dan diberi hadiah sebuah telefon bimbit jenama Nokia dengan kredit panggilan sebanyak sembilan dinar ialah isteri yang kedengaran masih tenang meskipun dalam beberapa laman web sudah beranggapan saya sudah tiada.
Banyak sebenarnya pengajaran yang diperoleh daripada semua kejadian ini di mana ia pasti menguatkan iman kami selain sedar kita hanya insan kerdil yang sudah diaturkan Allah nasibnya serta bersatu seluruh bangsa dunia untuk menentang kekejaman Israel.
(Penulis, bekas Pensyarah UTM yang juga Pengerusi Aqsa Syarif adalah antara 10 sukarelawan Malaysia dalam misi keamanan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui kapal yang diserang Israel baru-baru ini)
Thursday, June 03, 2010
Ayuh, NISA' Sekalian!!!
Demo Bantahan Kekejaman Israel Terhadap Misi Kemanusiaan Gaza Malaysia
PERINGKAT NASIONAL
TARIKH : 4 JUN 2010
MASA : SELEPAS SOLAT JUMAAT
TEMPAT : MASJID KG BARU, KUALA LUMPUR.
PERINGKAT SERDANG
TARIKH : 6 JUN 2010
MASA : 8 PAGI
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN,
SEKSYEN 15, BANDAR BARU BANGI
Monday, May 17, 2010
`KarnivaL AURA PURpLe!! ( KAU 10' )
Jemputan kepada semua penduduk RAKYAT MALAYSIA.. seluruh pelusuk ceruk bumi... ;)
KARNIVAL AURA UNGU pada
21-22 MEI 2010 - Jumaat -Sabtu.
bermula seawal jam 7.00pagi JUmaat- SENAMROBIK..
diikuti pertandingan PESONA jam 2.00 petang - malam.
22 Mei 2010 - sabtu .. agenda tentatif disusun.
pelbagai PERTAndingan terbuka kepada semua pengunjung..
akhirnya sabtu jm8.00 malam...
KARNIVAL AURA UNgu...
KONSERT KAU..dibintangi artis AISHAH & HELIZA =D
jom... semua golongan remaja, belia dan semua kaum HAWA.. mari ramai-ramai memenuhkan dewan utk menyaksikan aksi kaum WANITA berentap SUARA ;)
berhibur itu TIADA salahnya.. kerna hiburan itu INDAh !!
jumpa anda di shah alam - kompleks belia & kebudayaan , seksyen 7.
ahlan wasahlan .WELCOME. selamat datang
** pakat, pakai tema PURPLE yaa!! ;)
Friday, April 23, 2010
Taqwa Pendinding Rohani
DALAM kehidupan, manusia sebagai hamba Allah sentiasa diuji dan
diduga dengan pelbagai cabaran hidup. Ujian tidak sama, ada yang
berbentuk kesusahan, kesenangan dan kekayaan. Semua harus dihadapi
dengan penuh kesabaran agar kita tergolong di kalangan hamba Allah yang
menuju ke jalan lurus dan diredai-Nya.
Ujian berbentuk kesusahan dan kesulitan sesetengahnya boleh dihadapi
manusia dengan tabah dan sabar. Bagaimanapun, ujian dalam bentuk
kesenangan dan kekayaan menjadikan manusia lupa dan lalai untuk
mengingati Allah. Kedua-dua ujian dan dugaan ini adalah untuk menguji
kesabaran sama ada manusia itu ingat atau lupa kepada Allah.Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepada mu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah: 155) Setiap manusia, khususnya orang beriman tidak akan terlepas daripada cubaan dan ujian Allah. Ada yang mampu menghadapinya dan ada yang tidak mampu menyebabkan dugaan penyakit rohani dan tekanan jiwa kepada seseorang.
Ujian dan cubaan kesenangan dan kekayaan juga untuk memperlihatkan manusia sama ada kekayaan harta dan wang ringgit itu digunakan ke jalan betul dan diredai Allah seperti berzakat, bersedekah dan menginfakkan harta kepada fakir miskin. Sebenarnya kesenangan dan kekayaan yang diberikan kepada seseorang adalah ujian untuk melihat sifat amanah seseorang menguruskan harta dan kekayaannya. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (Riwayat at-Tirmizi) Hakikatnya, ujian dan dugaan adalah untuk membersihkan, mengangkat darjat, menghapus dosa, memperlihatkan kesabaran dan ketaatan seseorang kepada Allah. Ini juga akan membentuk peribadi seseorang agar tahan diuji dengan ujian hidup, melatih diri agar diri bertambah sabar, tabah dan berpendirian teguh bagi menghadapi musibah.
Seseorang manusia itu diuji dengan kesusahan dan kesengsaraan sesuai dengan kesanggupannya. Allah tidak membebankan seseorang itu dengan bebanan orang lain. Segala kesusahan dan kesengsaraan itu adalah untuk menguji kesabaran selama ujian itu. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah: 153) Oleh itu, orang beriman banyak menghadapi cubaan dan dugaan dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Segala-galanya haruslah ditempuh dengan sabar dan tabah tanpa putus asa, kecewa dan pantang menyerah kepada takdir Allah atau nasib semata-mata. Sebagai orang beriman, kita wajib berusaha, berdoa dan memohon petunjuk daripada-Nya.
Menurut tokoh Islam, Ibnu Jauzi, orang yang tidak mengerti akan menyangka bahawa rasa tertarik serta tabiat untuk cenderung kepada dunia yang sangat besar pengaruhnya dalam diri manusia. Sedangkan mengingati kehidupan akhirat dianggap masalah luar dan tabiat manusia itu sendiri. Kecenderungan daripada tabiat cinta kepada dunia bagai air mengalir secara semula jadi menuju muara. Hanya dengan cara menggugah kehendak jiwa dan sikap keras serta sabar mampu menguatkan kekuatan akal.
Daripada pandangan itu, jelaslah harta dan kekayaan dunia mempunyai pengaruh untuk menarik manusia mendapatkannya. Sedangkan semua itu jika tidak diurus dengan baik dan amanah, akan mendatangkan musibah seperti melakukan rasuah dan penyelewengan, suatu ujian daripada Allah kepada hamba-Nya. Hanya dengan kekuatan jiwa, amanah, sabar dan pemikiran yang sihat mampu menghindarkan manusia daripada ujian berkenaan.
Kekuatan rohani dan jiwa meliputi penghayatan agama adalah benteng penyakit rohani yang mampu menghindarkan gangguan kejiwaan ke atas perasaan seseorang yang dapat dilihat daripada rasa tidak tenteram, muram, pilu, sedih, cemas, gelisah, murung, susah hati, jiwa tidak tenteram yang menyebabkan hati dan diri tidak berdaya untuk mengatasi persoalan dihadapi. Semua ini akan mengganggu jasmani dan emosi seterusnya menyebabkan gangguan kepada seluruh tubuh.
Dalam hal ini, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti tusukan duri atau lebih berat daripadanya melainkan dengan ujian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya serta digugurkan dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daunnya.” (Riwayat Muttafaq’ alaih) Justeru, bagi mengelakkan penyakit rohani dan kegelisahan jiwa, jauhi sifat yang boleh merosakkan hati nurani. Antaranya hasad dengki, sombong, riak (bangga diri), mengumpat, zalim (kejam), berdusta, marah, mencaci, bakhil (kikir), mungkir janji, tidak amanah, cintakan dunia dan munafik (nifak).
Bagi merawat penyakit rohani dan kegelisahan jiwa secara
keseluruhan, dekatkan diri dengan mengingati Allah, menunaikan solat,
taubat, bermujahadah, muhasabah diri, muraqabah, takwa, amanah, sabar,
qana’ah, warak, zuhud, tawaduk, istiqamah dan menjauhi makanan dan
minuman yang haram.
Jadikan takwa sebagai pakaian dan perlindungan bagi menghindar hati dan diri daripada segala penyakit jiwa dan rohani. Perintah Allah supaya bertakwa bukan hanya untuk umat sekarang, malah kepada umat terdahulu. Apabila sesuatu umat itu dibekalkan dengan al-Quran dan kitab sebagai panduan, maka di situlah amalan takwa diperintahkan. Para rasul diperintahkan supaya menyeru manusia bertakwa dan mereka menjadi contoh dan ikutan dari segi amalan kepada umatnya. Lantaran itu, tiada sesuatu kebaikan di dunia atau di akhirat, sama ada kebaikan zahir atau batin, melainkan takwa yang menjadi perintis dan jalan ke arah mendekatkan kita kepada- Nya. Begitu juga sebaliknya, tiada sesuatu kejahatan zahir atau kejahatan batin, melainkan takwa yang menjadi pendinding melepaskan kita daripada bencana-Nya.
Dengan bertakwa kita terpelihara daripada tekanan hidup, rezeki sentiasa melimpah-ruah dan mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu dalam pandangan Tuhan ialah orang yang lebih takwanya.” (Surah Al-Hujarat: 13) Dalam hal ini, kita wajar membersihkan hati daripada segala sifat kejahatan bagi mengelakkan penyakit rohani dan jiwa. Didiklah hati supaya sentiasa bersih dan berbicara lunak, sentiasa memohon pertolongan Allah, berbelas kasihan sesama insan, sentiasa memaafkan orang lain, menyegerakan taubat, memohon taufik untuk sentiasa beramal soleh, menghindari kejahatan, sabar dan reda menghadapi segala ujian dan dugaan-Nya.
Imam Malik pernah berkata: “Takwa kepada Allah, dan janganlah engkau
padamkan cahaya takwa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu dengan
mengerjakan dosa.” Antara kebaikan takwa adalah penyertaan Tuhan dalam
pemeliharaan diri kita, mendapat kemuliaan di dunia dan akhirat,
kekuatan keimanan yang dapat membuahkan amal soleh, dijanjikan akan
dimasukkan ke dalam syurga Allah. Sesungguhnya, takwa dengan
sebenar-benarnya akan menghindari segala ancaman penyakit rohani dan
kegelisahan jiwa yang banyak menduga dan menguji manusia akhir zaman.
Manusia yang sihat hati dan jiwanya dengan keimanan akan selamat di
dunia dan akhirat.
sumber: Harian Metro
sumber: Harian Metro
Wednesday, March 24, 2010
tahniah pada al HAMRA'
BIsmillah walhamdulillah. menitipkan suasana kemeriahan soutucs-sO U think U can SINg anjuran NISA' SELANGOR pada 21 Mac 2010- Ahad . Lokasi terpilih di Dewan Auditorium, MPAJ AMpang.
aiwah, persembahan yg memang hebat lagi mantOp dari semua kawasan yang terlibat sama ada penyertaan SOLO dan berkumpulan. juri AWAm yang dipilih antaranya INA.NAIM, cikgu muzik & sU NISA' SELANGOR ;) selaku KETUA JURI.
syabas dan tahniah pada semua yg berjaya menonjolkan bakat yg terpendam sejak berkurun lamanya..ehhee.. insyaallah jumpe di konsert KAU-KONSERT AURA UNGU pada 21-22 MEI 2010. tempat.. tungggu.. kelak akan dimaklumkan.

gambar-gambar akan diUpload kelak. internet slow utk waktu ni..huhu..
Tuesday, March 16, 2010
audition SOUTUCS-NISA' SERDANg
Assalamualaikum..Alhamdulillah, audition soutucs peringkat NISA' SERDANg akhirnye.. selesai dgn gemilang dan terbilangnya bilangan penyertaan..hihi ;)
tahniah & syabas berkalung-kalung diucapkan kepada semua tenaga penggerak yg bergerakerja dlm tempoh 2 minggu, 2 kali musyawarah, juge tenaga ad Hoc yg byk membantu.
syukran juga buat ketua DMP Serdang, Pn Zuriyati & Ketua NIsa' Serdang yg turut memberi sokongan padu, awal pagi dah tiba dlm bilik cempaka, PKNS, Bangi.
kita hanya merancang, segala perancangan ditentukanNya. tahniah pada peserta yg berjaya mewakili nisa' SERdang utk ke peringkat negeri SElangor pada 21 MAC 2010. pada yg sipi-sipi nak berjaya tak mengapa, cuba lagi lain kali.
akhir kalam, mohon kemaafan dari insan yg kerdil menaip ni, wakil 3N-Nisa' Serdang merangkap KP utk Audition SOUTUCS. mohon maaf di atas segala kekurangan dan kelemahan diri. insyaallah jumpa lagi di blk mesyuarat & program yang bakal menyusul kelak.. biiznillah.
selamat berjuang!! barakallahulakum. almuklisoh min nurul Najihah.MT 3N. =D
** sisipan gambar auditon SOUTUCS -NISA' SERDANg.
Friday, March 05, 2010
Ciri-ciri manusia unggul
Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan.Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.
1. Keimanan Yang Utuh
Keimanan kepada Allah SWT adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran." (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih. Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah.
Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
2. Pelaksanaan Amal Ibadat
Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah SWT, "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat." (Surah az-Zariat, ayat 56)
Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.
Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela." (Surah al-Mukminun, ayat 1-6)
3. Akhlak Mulia
Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.
Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah SAW adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda bersabda, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Riwayat Ahmad)
Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:
a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 283)
b) Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya." (Surah al-Bayyinah ayat 5)
Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, "Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim." (Riwayat Imam al-Baihaqi)
c) Tekun
Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat. Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun." (Riwayat Abu Daud)
d) Berdisiplin
Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.
e) Bersyukur
Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan:
sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan.
Allah SWT berfirman, "Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)
f) Sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah Ali Imran, ayat 200)
g) Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri." (Riwayat Abu Syeikh)

sumber dari http://laman-seri.blogspot.com/2008/06/tazkirah-ciri-ciri-manusia-unggul.html
Wednesday, February 24, 2010
AUDITION - so U think U can sing?
Ada BAKAT? suke menyanyi?
jangan rendam BAKAT yang terendam..
jom, ke AUDITON pencarian wakil BANGI untuk ke peringkat SELANGOR pada 21 MAC 2010 .
mungkin ANDA orang yang KAMI CARI!!! masuk PERCUMA..
ajak kawan-kawan yang suke menyanyi..
ahaaa.. untuk WANITA sahaja.
umur 18 hingga 40 tahun sahaja.
ulang semula WANITA aje ye. ;)
penyertaan walk in atau boleh hubungi
NABILAH 016 516 0459
HASLINA 013 667 4718
NATRAH 019 374 4528
Tuesday, February 09, 2010
yOuth DAY ! 21 FEB 2010
Assalamualaikum..
sukacita diwar-warkan 'HARI BELIA BANGI'
akan berlangsung di BANGI pada 21 Februari 2010.
banyak program yang best telah disajikan utk semua penduduk Bangi khususnya dan semua yang berdekatan.
bersama-sama meriahkan HARI BELIA BANGI 2010
Ahad 21 Februari.. ajak kawan-kawan, jiran tetangga, penduduk taman, sekampung dan seluruh rakyat jelata :)
jom.. datang ya, jangan malu-malu..

Monday, February 08, 2010
permohonan KPLI dibuka!
( gambar sekadar hiasan ;)
Bil Aktiviti Tarikh
1 Iklan permohonan KPLI Ambilan Jun 2010. 07 Februari 2010
2 Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara. 08 Februari 2010
3 Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup). 21 Februari 2010
4 Semakan nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST secara online. 9 Mac 2010
5 Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian). 13 Mac 2010
6 Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
12 April 2010
7 Temu duga KPLI Ambilan Jun 2010.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
19 hingga 30 April 2010
8 Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG). 07 Jun 2010
9 Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar). 28 Jun 2010
http://www.moe.gov.my/
Saturday, February 06, 2010
Tips untuk memperbaiki solat kita
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah.. umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.
2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat:
1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesallah.
2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu".
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :
i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ".... illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Wednesday, January 27, 2010
e-hadith
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk : Keutamaan Tangan Kanan Daripada Tangan Kiri
Hadith :
Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: ”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).”
Riwayat Muslim
Huraian
1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.
2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai pakaian an sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan yang didahulukan. Sementara untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.
3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.
Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.
Riwayat Muslim
Huraian
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
Tuesday, January 12, 2010
Mandi?
Oleh: Wani AR
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.
Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.... Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit..
Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Bukankah mukmin yang kuat dan sihat itu lebih disukai oleh Allah?
Saturday, January 02, 2010
Memugar Jiwa Hijrah
Memugar Jiwa Hijrah
Oleh: Norhaslina Zahari
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita yang mengubah diri kita sendiri” (al-Ra’d: 11)
Kalam indah bicara Tuhan, menyapa menegur jiwa-jiwa hamba yang terus hanyut dengan keenakan dunia.
Dimana penghujung kita! Adakah kita tahu kita akan menerima amalan ditangan kanan!! Sedang seharian diulit dunia yang melekakan.
Hijrah! Ya sudah lama terdetik hijrah. Tapi hanya setakat detik tanpa ada tindakannya. Di mana kekuatan itu sudah hilang lenyap dek dibuai kelunakan keasyikan duniawi yang tertanam di benak hati.
Ayuh sahabat! Bangkitlah kita! memugar jiwa hamba agar kembali kepada TuhanMu yang Esa lagi Maha Agung. Tidakkah kau ingat firman Allah:
“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia semata-mata untuk menyembahKu”(al-Zariyat;56)
Peringatan Ilahi berkali-kali pada kita, namun hanya ibarat angin lalu sahaja tanpa kita kembali berpaling pada Sang Khaliq yang agung.
Hijrahkan jiwa, merdekakan jiwa kembali pada fitrahmu yang hidupnya Bertuhan dan hanya mencari redhaNya pada dunia yang sementara. Bersama merenung kata yang masyhur dan janganlah sehingga lupa akan dirimu siapa sebenarnya hanya hamba Tuhan yang lahir dari air mani yang tiada nilai namun menyombong tidak tentu hala.
“Bekerjalah kamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari” (Saidina Ali Karramallahu Wajhah)
Biar dunia digenggaman kita bukan dihati kita.
Biarlah dimana kita berlabuh pasakkan bersama
Allah adalah tujuanmu
Al-Quran panduanmu
Rasul ikutanmu
Jihad jalan juangmu
Syahid cita-citamu
Robeklah hatimu yang lama, pugarlah ia menjadi hati yang kembali suci pada fitrah asalmu. Bersama renungi hijrah Rasul SAW tercinta agar jiwamu kembali segar bersama hijrah Rasul tercinta demi syiar Islam tercinta.
Kembali berputiklah rasa cinta yang mendalam pada agamamu yang mana kau tahu hanya Islam sahaja agama yang diredhai Allah Ta’ala.
Hidup ini pasti ada penghujung begitu juga malam berpasang siang, bulan berpagar bintang, langit berlindung awan begitulah hidup kan berakhir mati.
Maka dengan itu persiapkan diri sebagai seorang hamba kepada Tuhanmu. Kembalikanlah jiwamu yang hanyut kepada fitrah bertuhan yang suci bersih.
Hadirkanlah dirimu dihadapan Rabbul Jalil dengan wajah yang gemilang, dengan amalan yang telah diperkemaskan semasa hayatmu dengan jiwa yang penuh kehambaan.
Begitulah kuasa hijrah. Jika itu yang kau inginkan dalam pengakhiran hidupmu maka hijrahkanlah dirimu. Usahlah terjajah lagi. Sirnakan silammu yang kelam, labuhkan tirai baru agar jiwamu lebih bersemangat pada Ilahi kerana dirimu kini telah memugar jiwa dengan HIJRAH!
Friday, January 01, 2010
salam 2010 | salam MAAL HIJRAH 1431
Salam Tahun 2010 & MAAL HIJRAH 1431 H.
doa dan harapan agar sama-sama update IMAN,
top-up ILMU, scan HATI,
reload TQAWA, activate aMAL.
NISA' SERDANg bakal menyajikan pelbagai menu resipi utk 2010.
yeah.. nantikan kepelbagaian sua rasa intipati sajian dari kami ;)
pada yg ingin sertai bersama program NISA' SERDANg,
sila hubungi AJK NISA' SERDAng..
hubungi no di sebelah kiri blog ni ..
selamat berjuang.. moge terus thabat dalam
menggerakkan gerakeje dakwah...
ameen..
Subscribe to:
Posts (Atom)