Friday, February 13, 2009

demam Palestin

assalamualaikum wbkt

Apa khabar sahabat-sahabat Nisa' yang dimuliakan? Moga sihat-sihat hendaknya. Agak lama juga blog Nisa' Serdang tidak diaktifkan. Boleh dikatakan sepi buat sementara waktu, dek kerana demam serangan di Palestin dan beberapa isu besar yang melanda negara sejak kebelakangan ini, barangkali ;D. Apepun, kita masih tidak boleh melupakan peristiwa yang berlaku pada saudara-saudara kita di Semenanjung Gaza, seperti mana kita cukup mengingati peristiwa penyembelihan umat Islam di kem pelarian Sabra dan Shatila, Deir Yassin dan lain-lain. Apa yang berlaku cukup menyiat-nyiat hati dan nyata, ia tidak boleh dilupakan dan mungkin tetap terus terpahat di minda. Peristiwa pembantaian umat Islam di Palestin ini akan terus berlaku sehingga satu waktu yang tertentu di mana Allah telahpun berfirman dalam kalam suciNya :

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.(al Baqarah: 120)

Maksud ayat di atas ialah, golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa puas dan rela kepada kaum muslimin sehinggalah mereka mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Tidak dilupakan penganiayaan dan penindasan yang dilakukan oleh musuh- musuh Islam kpd saudara kita di tempat lain, di Myanmar, Iraq, India, Thailand, Afghanistan dan sebagainya. Semoga peristiwa yang berlaku semakin menaikkan semangat kita utk terus berjuang membela agama Allah , menanam kecintaan kita pada Islam, mendidik diri untuk menjadi hamba yang beriman dan bertaqwa di sisiNya dan menanam rasa syukur kerana kita dilahirkan sebagai Muslim dan dikurniakan iman yang tidak terhingga nikmatnya, yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit mahupun harta kekayaan.

Untuk tatapan sahabat-sahabat semua, kami bawakan foto-foto program yang telah dijalankan pd bulan januari yang lalu. Pertama, program gotong royong di Pasti Al Faizin II, yang berlansung pd 4 Januari 2009 di Bandar Sri Putra, Bangi dan yang kedua Manhaj Usrah Remaja pada 1 Januari 2009 di dewan MBSA Paya Jaras. Usrah remaja @ Teen Circle untuk remaja-remaja di sekitar Bangi dan kawasan Serdang akan menyusul dalam bulan 3 nanti, insya Allah.








gambar-gambar program boleh dilayari di: Program Nisa Serdang