Friday, May 29, 2009

Khabar-khabar gembira

salam alaik..

alhamdulillah.. jutaan kesyukuran dirafakkan ke hadrat yang Esa atas segala limpah kurnianya... team Nisa' Serdang ingin mewar2kan beberapa berita gembira.


  • alhamdulillah, seorang mantan ajk Nisa' 2007-2009, Ketua Unit 3N iaitu Pn Nurhaslaily Mohd Nasir telah selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki pada 28 Mei 2009 di Hospital Putrajaya pada jam 2.23 p.m.

  • insya Allah pada 30 Mei 2009, 2 orang permata hati Nisa Serdang (ajk Nisa' ) iaitu Sdri Sumayyah Mohd Idris ( mantan setiausaha) dan sdri Natrah Mohamed (Ketua Unit Kerjaya) akan melansungkan perkahwinan bersama pilihan hati mereka di Dewan Masjid Uniten , Km 7, Jalan Kajang-Puchong, 43000 Kajang Selangor (Sumayyah) dan Lot 967, Kg Enggong, 18000 Kuala Krai Kelantan (Natrah) . pada sahabat2 Nisa' yang berkelapangan, jom meriahkan walimah mereka!

Tahniah! "Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan ke atasmu serta mengumpulkan kalian berdua di dalam kebaikan"

"Apabila telah berkahwin seserang umat itu, maka dia telah melengkapi separuh daripada agamanya. Maka dengan itu, bertaqwalah kepada Allah di separuh yang lainnya selepas berkahwin."(Hadis Riwayat Bukhari)

semoga kelahiran baru dan pembinaan baitul muslim ini akan menguatkan lagi saf perjuangan dan dakwah Islam di muka bumi ALLAH ini. ALLAHUAKBAR.

Treasure Hunt Usrah Remaja


salam alaik. insya Allah, Nisa' Serdang akan menganjurkan:


Treasure Hunt Usrah Remaja Nisa'

31 Mei 2009

jam 7.30 pagi,

Tempat: Tasik Cempaka
terbuka kepada remaja (12-18 thn)
di sekitar Bandar Baru Bangi dan Serdang

Bayaran: Percuma
hubungi cik Lina utk pendaftaran: 0136674718

Thursday, May 28, 2009

Jiwa Mandiri Kunci Harga Diri

Oleh : KH Abdullah Gymnastiar.

Dunia ini hanyalah milik orang yang bersikap berani. Kejayaan, kebahagiaan dan kehormatan sejati pastinya milik orang yang berani. Orang yang pengecut tidak akan pernah mendapatkan apa-apa kerana ia melumpuhkan kekuatannya sendiri.Apabila sering kita melawan rasa takut, InsyaAllah keberanian akan muncul perlahan-lahan. Tentu semua itu ada risikonya, tetapi inilah harga yang harus kita bayar dalam mengharungi hidup. Kalau kita tidak mahu membayar harganya, pasti kita tidak akan mendapatkan apa yang kita inginkan.Kemandirian bukan untuk berbangga diri, tapi harus membuat kita lebih memiliki harga diri, boleh berprestasi dan tidak membuat kita tinggi hati.Jelas, kehormatan dan kemuliaan sebenar adalah ketika hati kita bebas daripada bergantung kepada orang lain, selain ALLAH SWT. Perjuangan kita menjaga harga diri daripada meminta-minta kepada selain ALLAH adalah bukti kemuliaan kita. Jiwa mandiri adalah kunci harga diri.
Satu hal yang hilang daripada bangsa kita adalah harga diri. Betapa kita sangat bergantung kepada Negara lain untuk pinjaman dam pelaburan. Tidak aneh apabila Negara kita dibebani hutang hingga mudah dipermainkan oleh Negara yang memberi hutang itu.Mengapa semua ini terjadi? Jawabnya sebahagian besar kita terlalu sibuk membangun aksesori duniawi yang dianggap serba berharga. Kita tidak sibuk membangun harga diri. Tidak hairan apabila ada orang berpangkat tinggi tetapi perlakuannya rendah dan hina. Atau ada yang hartanya banyak tetapi jiwanya miskin. Kita terlalu menganggap topeng dunia sebahai kemuliaan harga dan diri.Sudah menjadi kelaziman setiap daripada kita yang bergantung kepada selain ALLAH, pasti akan takut kalau sandaran itu diambil orang.
Apabila kita dengan sepenuh hati bergantung kepada ALLAH, maka yakinlah bahawa ALLAH tidak akan mengabaikan orang yang bersungguh-sungguh berharap kepada-Nya.Dalam sebuah hadis qudsi, ALLAH berfirman, bermaksud : “Apabila seseorang hamba-Ku mendekati-Ku dengan berjalan, maka aku akan mendekatinya dengan berlari. Apabila ia mendekati-Ku satu jengkal, Aku akan mendekatinya satu hasta”.Keuntungan lain daripada sikap mandiri ialah timbul rasa percayakan diri sendiri. Kemandirian adalah sumber kekuatan dalam perjuangan. Orang yang percaya diri boleh melakukan pekerjaan jauh lebih banyak, kata-katanya lebih bermakna dan waktunya akan jauh lebih berkesan daripada orang yang selalu bergantung pada orang lain.Dengan bersikap mandiri, hidup akan terasa lebih tenang. Seorang isteri tidak akan bimbang ditinggal suaminya yang bekerja diluar daerah, apabila ia memiliki sikap mandiri. Ia tahu bahawa semua rezeki telah diatur secara adil oleh ALLAH SWT.
Tidak ada satu pun makhluk kecuali sudah ditetapkan rezekinya. Tugas kita adalah menjemput dan mencari berkat daripada kurniaan ALLAH SWT.Kita harus mulai bangkit menjadi bangsa yang mandiri. Bangsa yang mandiri tidak akan pernah wujud selagi orang tidak menyusun sesuatu bangsa tidak pernah belajar menjadi peribadi yang mandiri.Apa kuncinya? Pertama, mandiri adalah sikap mental. Jadi seseorang harus memiliki tekad kuat untuk menjadi orang yang mandiri. Dalam hidup yang hanya sekali ini, kita harus terhormat dan jangan menjadi budak dari apapun selain ALLAH SWT. Tekadkan terus untuk selalu menjaga kehormatan diri dan pantang menjadi beban. Sekiranya hidup kita membebani orang lain, kita harus membalas dengan apa yang mampu kita lakukan. Ketika kita membebani orang tua, maka harga diri kita ialah membalas kebaikan mereka. Begitupun kepada guru, teman ataupun tetangga. Jangan sampai kita terhina kerana menjadi peminta yang hanya menyusahkan orang lain. Kedua, kita harus memiliki keberanian. Berani mencuba dan berani memikul risiko. Hanya dengan keberanian sahaja kita boleh bangkit untuk mandiri. Tidak pernah kita berada diatas tanpa terlebih dahulu bermula dari bawah. Adalah mimpi menginginkan hidup Berjaya tanpa mahu bersusah payah dan berkorban.
Berita Harian, 22 Disember 2006

Tuesday, May 19, 2009

Terima kasih abah (sempena hari guru)

oleh: Sdri Aziah

Hampir suku abad 'pengembaraan' seketika ini dilalui. Pastinya insan bernama guru antara manusia paling banyak telah mencorakkan warna-warna dalam hidup saya. Namun antara pendidik yang paling memberi bekas dalam hidup saya, abah. Alhamdulillah, saya antara anak-anak abah (12 orang) yang cemerlang dalam pengajian alQuran. Seusai usia 8 tahun, saya telah menamatkan 30 Juzuk; kalam Rabb yang Maha Suci. Abahlah orang yang bertanggungjawab dalam memberi pendidikan alQuran kepada saya. Saya juga merupakan 'batch pertama' yang terakhir dalam adik beradik yang mendapat pendidikan alQuran dari Abah sepenuhnya. Selepas saya, adik-adik mengaji dengan mak selepas abah banyak komitmen lain. Mereka dikatakan bernasib baik apabila mendapat 'guru' lain sebab memang 'azab' mengaji dengan abah. Walaupun saya anak perempuan, dalam soal pendidikan abah takde perbezaan, lebih-lebih lagi dalam bab mengaji ni.

Kalau hari cuti (weekend)@cuti sekolah, mungkin budak-budak sekarang sibuk dengan kelas intensif pelajaran akademik tapi kami adik beradik disibukkan dengan kelas intensif mengaji (Abah dah lama buat kempen Mari mengaji)pada masa itu. Tapi hari ini saya banyak mengungkap syukur, melafaz hamdalLah kerana ketegasan Abah dalam memberikan pendidikan alQuran kepada kami adik beradik. Bahkan kalau kita merujuk kepada penurunan wahyu pertama juga mengisahkan ketegasan Jibril meminta Rasulullah mengikut apa yang dibacanya dan diulang2. Kerana ia bukan syair, bukan karya sastera tapi ia mukjizat yang kekal sampai hari Qiamat.Kisah ini ingin saya kongsi kerana keadaan masyarakat kita hari ini yang buta membaca alQuran (kalau buta Quran, skopnya lebih luas).

Kini saya juga mengembangkan ilmu yang saya perolehi dari Abah. Saya merenung, jika para Sahabat generasi awal adalah 'Generasi alQuran' kerana kehidupan mereka yang bersandarkan sumber utama Islam ini dalam kehidupan mereka. AlQuran hidup pada zaman mereka, tapi kini masyarakat kita? Huruf pun tidak kenal. Maka bagaimana untuk kita rekayasa pembangunan modal insan? Kalau memang ada anak-anak diminta diajari alQuran, ia bukan dianggap sebagai suatu kewajipan yang dituntut sebagai seorang Muslim.Pengajian alQuran seperti subjek-subjek di dalam kelas yang patut dihabiskan silibusnya (Khatam 30 juzuk), bukan untuk diulang baca menjadi penawar. Bahkan jauh sekali menjadi panduan dan rujukan. Khatam alQuran itu menambah kredit seseorang pada zaman moden ini, bahawa akan dikata orang dia pernah khatam alQuran tetapi apabila disuruh baca, batang kayu lagi lembut dari lidah untuk menyebut.Bagaimanal ah keadaannya, 10 tahun akan datang (Dahlah tulisan jawi telah dihapuskan). Bersempena hari bermakna untuk seluruh warga pendidik, 'Selamat Hari Guru' saya ucapkan kepada semua pendidik yang telah mendidik saya terutama abah yang mengenalkan saya dengan alif, Ba dan Ta.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Tuesday, May 12, 2009

Tahniah KOntijen NISA' SERDAng =D








Assalamaualaikum..w.b.t
melaporkan laporan yg agak lewat. jadi, bukan berita terkini lah. hehee.. berita yg terlewat ;)
Alhamdulillah, dengan izinNya team NISA' Serdang berjaya menghantar kontijen utk mewakili kontijen SELANGOR bagi NISA' INDOOR GAMES 2009 - NIG di Shah ALAM.
bersama 6 biji kerete, kami berlepas ke Shah Alam.

peristiwa yg mmg xleh lupe dlm kotak minda..hihi.. kami semua bersiar-siar di pagi hari sambil menawaf sekitar bandar shah alam..hihi.. atoi, apo lah drebar depan tu. sape ekk? em.. kak shida tu laaa..kih..kih. :)

bersama kak naqibat dan adik teen circle kami berkonvoi 6 biji kete menuju destinasi.
akhirnye.. wlpun kami tiba agak lewat skit je. kami pulang dgn rase yg bestt lagi hepi !!
buat adik teen circle.. kite jumpe lg ye next NIG. BUat kakak naqibat, syukran jiddan. mohon maaf ats segalanya... hihii.. ( ni kak simple-shida habaq )

moge segala jasa bakti..budi dibalasNya. ameeenn.

sedikit titipan gambar buat pelayar blog NISA' Serdang.

go..go.. NISA' Serdang!!
nak bace kekisah cite best tntg NIG jom explore ;)

JOb HUnter?


Temuduga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.


JAWATAN:
1) PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Ijazah Sarjana Muda
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM2,000 Sebulan
KEKOSONGAN : 370 Kekosongan


2) PENOLONG PEGAWAI TADBIR KONTRAK
SYARAT : Diploma / STPM
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,600 Sebulan
KEKOSONGAN : 214 Kekosongan


3) PEMBANTU TADBIR KONTRAK
SYARAT : SPM
TEMPOH KONTRAK : 1 JUN - 31 DISEMBER 2009
BAYARAN : RM1,200 Sebulan
KEKOSONGAN : 217 Kekosongan


BUTIR-BUTIR TEMUDUGA TERBUKA :
TARIKH : 12, 13 & 14 Mei 2009 (SELASA, RABU & KHAMIS)
MASA PENDAFTARAN : 8.30 Pagi - 1.00 Tengahari
MASA TEMUDUGA : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
TEMPAT : SMK PRESINT 18, JALAN P.18A, PRESINT 18, 62150 PUTRAJAYA.


PERHATIAN:
a) Etika berpakaian :

Lelaki - Kemeja lengan panjang, bertali leher dan berkasut

Perempuan - Pakaian yang sesuai dan kasut bertutup


b) Membawa sijil asal dan salinan sijil yang disahkan
c) Membawa 2 keping gambar berukuran passport


SELamat menjawab soalan ya!! ;)


peluang KERJAYA


KARNIVAL KERJAYA & KEUSAHAWANAN GRADUAN 2009 (K3G)"..


PELUANG KEEMASAN KEPADA PARA GRADUAN YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN.."


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan..

Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G) yang akan diadakan pada..

15 Mei hingga 17 Mei 2009bertempat di..

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Lebih dari 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang akan ditawarkan

kepada graduan yang masih menganggur atau graduan yang

sedang mencari pekerjaan tetap.


K3G akan disertai oleh 400 hingga 600 pempamer yang terdiri daripada:

# Syarikat Swasta# Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun

# Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)# Syarikat Senaraian Awam (Public listed company)

# Entepris Kecil dan Sederhana (SME)# IPTA dan IPTS.


K3G ini adalah terbuka kepada graduan di peringkat..

Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Komuniti,

Politeknik, dan IPTA serta IPTS.K3G juga akan diisi oleh aktiviti-aktiviti berikut:


# Pameran Kerjaya dan Keusahawanan

# Bengkel Keusahawanan# Ceramah dan Klinik Kerjaya

# Temuduga Terbuka# Khidmat Perundingan/ Kaunseling Kerjaya

# Khidmat Perundingan Keusahawanan# Klinik Resume

# Ceramah MotivasiSISTEM PENDAFTARAN


Adalah dimaklumkan, satu sistem pendaftaran secara barcode

akan dilaksanakan sepanjang berlangsungnya karnival ini.

Graduan adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran dengan

lebih awal melalui laman web.. http://www.mycef.com.my/


PERINGATAN Graduan juga adalah dipohon supaya..

i. Berpakaian kemas dan sopan untuk menghadiri karnival ini;

ii. Membuat pendaftaran lebih awal bagi mengelakkan kesesakan pendaftaran pada hari karnival; dan

iii. Menyediakan dokumen penting seperti resume, gambar dan sijil-sijil berkaitan.


jemputlaaa datang ye ;)


pertandingan bowling Nisa Gombak

tolong promosikn :)


Thursday, May 07, 2009

Program Smart Learning PAKSI

untuk adik2 dan ibu2 yang mempunyai anak-anak yang akan mengambil UPSR....
maklumat lanjut layari http://paksi-educare-serdang.blogspot.com/2009/05/pendaftaran-dibuka-untuk-program-smart.html

Kursus Remaja SPIES Selangor 2009

Kursus Remaja SPIES Negeri Selangor 2009

Kursus Remaja SPIES Negeri Selangor 2009
Tarikh : 9-10 Mei 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Nur Bukit Unggul Eco Resort, Dengkil Sepang
Sasaran : Remaja DUN Bangi dan Dun Kajang

HARI PERTAMA
8.00 am : Ketibaan peserta & pendaftaran
8.45 am : Perasmian oleh Exco / Pemantau & Sarapan Pagi
9.00 am : LDK 1 : Mass (Pemecah Bendung / Ice Breaking )
10.30 am : Minum Pagi / Terapi Dhuha
11.00 am : Langkah Interaktif 1 : 'Meraih Potensi Diri'
1.00 pm : Rehat / Makan Tengahari / Solat Zohor
2.00 pm : LDK 2
4.30 pm : Minum Petang / Solat Asar
5.00 pm : Cerdas Minda & Fizikal
6.00 pm : Makan Malam & Persiapan Diri
7.00 pm : Solat Maghrib / bacaan Yasin / Solat Isyak
9.00 pm : Langkah Interaktif 2 : 'Meraih Potensi Diri 2'
11.00 pm : Minum malam & Terapi Pengurusan Qalbu Remaja SPIES
12.00 pm : Rehat Diri dan Mental

HARI KEDUA
5.00 am : Terapi Diri Sepertiga Malam (Qiamullail)
7.00 am : Cergas Minda & Fizikal
8.00 am : Sarapan Pagi / Persiapan Diri
8.30 am : LDK 3 : 'Remaja & Pengurusan Masa'
11.00 am : Minum pagi & Terapi Dhuha
11.15 am : Langkah Interaktif 3 : 'Membangun Visi Kehidupan PSE Remaja SPIES'
12.45 pm : Makan tengahari, rehat & Solat Zohor
2.00 pm : Kongsi pengalaman anda !
Edaran borang PASCA dan penilaian program
4.00 pm : Majlis Perasmian Penutup & penyampaian sijil
Minum Petang dan bersurai

SYARAT-SYARAT
* Remaja berumur 13-17 tahun
* Berpakaian menutup aurat (bagi yang beragama Islam)
Berpakaian kemas dan sopan (bagi yang bukan Islam)
* Keperluan khusus seperti pakaian sepanjang program, pakaian sukan & solat, alatan kemasan diri.
* Untuk maklumat lanjut hubungi ;
Sakinah 03-8925 0891
* Peserta diminta berkumpul di Pejabat DUN Bangi sebelum jam 7.30 am, 9 Mei (Sabtu)