Thursday, June 30, 2011

Meriahnya Pesta

Alhamdulillah, seawal jam 7.30 pagi, peserta dan Geng Nisa mula tiba dan berkumpul di gelanggang futsal stadium Seksyen 15. Wajah-wajah ceria adik-adik yang tiba bersama ibu bapa masing-masing serta kawan-kawan menyembunyikan kelibat awan mendung pada pagi itu. Setelah  pendaftaran dan mendapat tag nama masing-masing, peserta bersarapan dengan nasi lemak pada pagi itu. Jam 8.45 pagi, peserta terakhir mendaftar. Apa yang istimewa pada kali ini adalah terdapat peserta dari golongan adam turut menyertai lawatan ini.

Usai sarapan, Kak Dilah, Kak Hajar dan Kak Syukriah memulakan aktiviti pembahagian kumpulan bertempat di gelanggang futsal. Adik-adik dipecahkan kepada 9 kumpulan dan diperkenalkan kepada kakak-kakak Nisa yang akan turut serta ke pesta buku negeri Selangor 2011. Semangat kerjasama yang tinggi  terpamer, peserta lawatan membantu kakak Nisa mengangkat barang-barang teknikal ke dalam bas. Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi.

Tepat jam 9.30 pagi, dua buah bas bergerak menuju ke SACC.  Ketika dalam perjalanan, sesi ice breaking dan sesi pengenalan Nisa’ Serdang diadakan. sporting sungguh adik-adik peserta ketika sesi soal jawab. Selesai ice breaking, kami meninjau pemandangan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan. Subhanallah.

Tepat jam 10.20 pagi, bas tiba di hadapan pintu masuk SACC Mall. Setelah berada di dalam kumpulan masing-masing, kami bergerak masuk untuk meninjau-ninjau dan juga membeli belah bahan-bahan ilmiah di situ. Sebaik sahaja kami tiba di dalam SACC Mall yang dipenuhi ratusan pengunjung, YAB Menteri Besar Selangor dan YB Dr Halimah Ali tiba untuk menghadiri ke majlis perasmian pesta buku. Sejurus selepas ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian, aktiviti ‘Read Silently for 15 minutes’ berlangsung tepat pada jam 11.00 pagi. Kesemua pengunjung dan peserta mengambil bahagian dalam acara ini di mana kami berhenti dan membaca bahan bacaan yang disediakan selama 15 minit.
Baca. ;)
Alhamdulillah, secara tidak langsung kami dapat menimba ilmu dari bahan bacaan tanpa mengeluarkan sebarang kos. YAB Menteri Besar juga turut berkongsi pengalaman beliau yang mampu menghabiskan sebanyak 50 muka surat selama 15 minit yang diberikan. Sungguh mengagumkan.

Peserta dengan buku yang diminati.

Peserta lelaki.


Pada jam 12.30 tengahari, semua peserta lawatan berkumpul di perkarangan luar SAC Mall untuk makan tengahari dan juga sedikit briefing untuk aktiviti seterusnya. Pada ketika ini kami baru sempat melawati sebahagian pameran sahaja. masing-masing tidak sabar untuk meneruskan aktiviti yang selanjutnya. Usai makan, kami solat zohor secara berjemaah.


Hidangan enak makan tengahari pada hari itu merupakan nasi putih dan ayam masak serai beserta sayur acar dan juga air anggur yang berwarna ungu, warna tema Nisa’.
Selesai solat, sesi fotografi diadakan di perkarangan SACC Mall.
Wajah-wajah gembira terakam dalam kenangan.


Seterusnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu explorace ‘Jalan-jalan Cari Ilmu’. Setiap kumpulan diberikan dua soalan yang perlu dilengkapkan jawapan dalam masa yang diberikan. Setiap jawapan kepada soalan-soalan tersebut terdapat di dalam buku-buku di booth-booth yang telah dipilih. Bersemangat waja adik-adik kita ini mencari buku-buku yang dimaksudkan di dalam soalan masing-masing sehinggakan penjaga booth-booth yang berkenaan turut terkena tempiasnya.  J 
Mengumpul maklumat.


 Setelah berjaya mendapat jawapan yang dikehendaki, AJK program akan menilai jawapan yang diserahkan. Sementara itu, peserta dan Nisa' yang lain dibenarkan melawat dan meninjau-ninjau ke dalam ruang SACC Mall bagi melengkapkan kunjungan kesemua booth-booth. Pada jam 4 petang, sesi penutup diadakan di dalam ruangan tertutup di SAC Mall. Aktiviti bercerita dan juga respon dari setiap kumpulan diadakan dan pembahagian hadiah kepada kumpulan yang berjaya di dalam explorace diserahkan. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya. kepada yang lain, boleh cuba lagi pada masa akan datang.
Penyampaian hadiah.


Sebelum pulang ke Bandar baru bangi, kami singgah ke masjid Negeri di Shah Alam untuk menunaikan solat asar disamping merehat-rehatkan kaki yang lenguh berjalan pada hari itu. Yang ajaibnya, adik-adik sedikit pun tidak merasa penat malahan sanggup menyambung lawatan lagi sekiranya diberi peluang. Amboi, adik-adik kita ni!
Di Masjid Negeri.

Alhamdulillah, tepat jam 6.15, kami selamat tiba di stadium seksyen 15.  Ibu bapa sudah menunggu dan mengambil anak masing-masing untuk dibawa pulang. Moga pertemuan kita bukan berakhir pada hari ini.

Bersama Aliff

Kempen Menutup Aurat

Setakat ini UPI telah menjalankan kempen menutup aurat  menerusi program  Explorace TC dan Lawatan Ke Pesta Buku SACC. Pegedaran bahan kempen terdiri daripada pamphlet, badge dan buku berkaitan aurat muslimah. Di samping itu, bahan kempen turut diedarkan di pasar malam. Banner kempen juga akan digantung dalam masa terdekat di lima lokasi strategik. Berikut merupakan jadual kempen menutup aurat yang telah disusun bagi memastikan perjalanan kempen berjalan lancar dan tersusun. Justeru itu kami memerlukan kerjasama dari sahabat-sahabat NISA’ untuk sama-sama menjayakan program ini. Di harap program ini sedikit-sebanyak dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada golongan wanita muslimah khususnya tentang kewajipan menutup aurat dan cara menutup aurat yang betul menurut syariat Islam.

JADUAL  GERAK KERJA KEMPEN MENUTUP AURAT
BIL
PERKARA
TEMPAT
TARIKH
MEKANISME
1
Explorace TC
Tasik Cempaka
19 Jun 2011
Edaran risalah kepada adik2 TC
2
Lawatan ke Pesta Buku
Shah Alam
26 Jun 2011
Edaran risalah kepada peserta 
3
Y.B masuk kampung
Bangi Lama
26 Jun 2011
Edaran risalah
4
BMW
BTHO
3 Julai 2011
Edaran risalah & soal selidik
5
Program Ramah Mesra PDRM
Jalan Reko
30 Jun 2011
Edaran risalah & soal selidik
6
Karnival Amal 20 Dekad
Stadium MPKJ Sek. 15
28-31 Julai
Edaran risalah & soal selidik
7
Program I Love Quran
Putrajaya
3 Julai 2011
Edaran risalah
8
Pengisian kokurikulm di SRITI
SRITI Bangi
8 Julai 2011
Edaran Risalah & soal selidik
9
TC @ Ramadhan
KKR Sg. Merab
6 Ogos 2011
Edaran risalah & soal selidik
10
Perasmian Penutup Kempen
Masjid Al-Hasanah
13 Ogos 2011
Forum & perasmian penutup




Saturday, June 25, 2011

Kelas Tahsin Quran


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum wbt

Pelajar Tahsin Alquran Nisa' Serdang dijemput hadir ke kelas tahsin kali ke-4 pada malam ini;
(25 Jun 2011 bersamaan dengan 23 Rejab 1432H) pada pukul 8 malam di Rumah Halaqah. 
Sebarang masalah bolehlah berhubung dengan PIC (0137133447) .. Jazakumullahu khairan jaza'


Thursday, June 23, 2011

LAYAR RAKYAT NEGERI SELANGOR DUN BANGI

Kepada sekalian ahli Nisa Serdang yang comel lagi berhati mulia, anda semua dijemput untuk menghulurkan bantuan semasa program Layar Rakyat Negeri Selangor berlangsung di kawasan kita peringkat DUN Bangi.

Jadual program adalah seperti berikut:

BIL
TARIKH / HARI
TEMPAT LOKASI
MASA
CATATAN/PIC
1
23.6.11 KHAMIS
PASAR MALAM PEKAN BANGI
5.00PM – 9.00PM
EN MAZWAN
012-2809097
2
24.6.11 JUMAAT
BAZAR UPTOWN, REKO CENTRAL
10.00PM - ∞
EN FAHMI
013-6248084
3
25.6.11 SABTU
PASAR MALAM BSP
5.00PM – 9.00PM
EN MAZWAN
012-2809097
4
26.6.11 AHAD
PASAR MALAM TAMAN BUKIT MEWAH
5.00PM – 9.00PM
EN ADRAM
013-3845555
5
28.6.11 SELASA
PASAR MALAM BBB SEKSYEN 16
5.00PM – 9.00PM
EN FAHMI
013-6248084



Di sana petugas PKM akan berada bersama dengan petugas-petugas dari peringkat negeri Selangor. Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi petugas PKM atau PIC peringkat DUN Bangi yang terdapat dalam jadual di atas.

Tenaga anda adalah diperlukan untuk hebahan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah IPT, Program Mammogram untuk Wanita, Pinjaman Pelajaran Tanpa Faedah Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain lagi. Maklumat lanjut berkenaan MES, boleh rujuk di bawah blog kita, atau terus ke http://mes.selangor.gov.my/mes/lang/malay/main.php

Ayuh turun untuk menyampaikan kebajikan Kerajaan Negeri Selangor kepada seluruh rakyat di DUN Bangi. Boleh juga menghubungi En Shahrum 016-2352180, Cik Aisyah 013-7017920, Pn Nabilah 013-2845497 untuk makluman lanjut. 

Jangan lupa membawa aura UNGU kita dan berVest MACHO itu, peace sign

Jom berkebajikan bersama kami,

Tuesday, June 21, 2011

I’m a Super Muslimah!


“Kak, hari ni kita nak buat ape kak? ” ramah seorang adik bertudung kuning meluahkan ingin tahunya sejurus sampai ke meja pendaftaran.

“Eei...gelinya. Macam mana nak buat ni...! ” spontan dari seorang adik muslimah ketika di checkpoint ukhwah apabila diarahkan memberi makanan dari mulut ke mulut kawannya.


“Kak, macam mana ye saya nak join Nisa’? ” seorang remaja belasan tahun bertanya setelah diwar-wrkan program-program Nisa’ Serdang akan datang.


Begitulah serba sedikit keceriaan dan keseronokan yang tergambar daripada peserta Explorace TC Nisa’ Serdang yang baru sahaja selesai dijayakan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) dan naqibaat SMART TC. Turut bertungkus lumus menjayakannya ahli Nisa’ Serdang kesemuanya.

Seawal jam 7.15 pagi, kakak-kakak Nisa’ Serdang tiba di kawasan rekreasi Tasik Cempaka untuk menyusun atur dan melakukan sentuhan terakhir sebelum menyambut ketibaan adik-adik peserta sekitar jam 7.45 pagi. Ada yang datang bersama bapa, ada yang datang bersama ibu dan ada juga datang bersama kakak Nisa’ mereka yang merangkap sebagai Naqibaat buat mereka. Biar apa pun latar belakang adik-adik ini, terima kasih tidak terhingga diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada Team Nisa’ Serdang untuk memberi sentuhan agar adik-adik ini menjadi SUPER MUSLIMAH. InsyaAllah.

Mencecah jam 8.30 pagi, peserta sudah 45 orang dan 30 minit kemudiannya, masih ada peserta yang mendaftar sehinggalah jumlah peserta keseluruhannya seramai 56 orang. Alhamdulillah, kakak Nisa’ yang bakal memgang amanah untuk menjaga mereka ini seramai lebih kurang 15 orang. Selepas selesai taklimat Explorace dan taklimat keselamatan, yang pada awalnya Kak Fairuz mengetuai kakak Nisa’ untuk sesi warming up, taaruf ringkas dan pembahagian kumpulan.


Peserta dikehendaki menempuh 5 checkpoint yang bagi melengkapkan misi Explorace TC Nisa’ Serdang kali ini. Mereka semua tertanya-tanya apakah cabaran yang mereka bakal tempoh nanti. Usah gusar kerana kakak Nisa’ menyediakan semuanya terbaik buat adik-adik semua. InsyaAllah. Bersilih ganti setiap kumpulan ke checkpoint yang telah ditetapkan. Hati saya gembira dan seronok apabila dapat melihat adik-adik ini menyesuaikan diri antara mereka dan menjalani segala cabaran yang telah disediakan.

Sepanjang tempoh 2 jam Explorace TC berlangsung, cukup melakarkan seribu satu cerita dan kenangan buat kakak Nisa’ dan adik-adik. Akhirnya, kami berkumpul untuk mendapatkan resolusi secara keseluruhannya oleh Kak Syida (Simple Syida). Ada yang suka dengan checkpoint Si Buta, Si tempang dan Si Bisu, ada juga yang meluahkan perasaan tidak puas hati kerana dek botol air yang bocor setelah mengharap botol akan terisi penuh dengan air.


Biar apa pun modulnya, biar susah mahu pun senang, kami berdoa agar mereka mendapat iktibar bagi setiap checkpoint yang bertemakan ukhwah, akhlak, sirah, ibadat dan mengetahui kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.

Seronok kami melihat keletah mereka, sekitar jam 12.00 tengahari sampai masanya untuk penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang menang. Ada kumpulan yang dinobatkan sebagai Kumpulan Yang Paling Cergas, ada yang dikenali sebagai Kumpulan Yang Paling Bersemangat, ada yang terpamir sebagai Kumpulan Yang Paling Kreatif, ada yang kelihatan sebagai Kumpulan Yang Paling Ceria dan sentiasa diingati Kumpulan Yang Paling Comel.


Alhamdulillah, semua adik-adik ini tidak balik dengan tangan kosong meskipun yuran penyertaan sebanyak RM5 bagi setiap peserta. Malah kami semua berkesempatan makan bertalam bersama antara adik-adik sebelum melepaskan mereka balik. Rata-rata mereka berpuas hati dengan program ini walaupun pada mulanya malu-malu untuk berinteraksi antara satu sama lain. Semoga program Nisa’ Serdang akan datang dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada mereka malah bertambah ramai. Program yang terdekat adalah Lawatan Ke Pesta Buku Selangor pada 26 Jun nanti dan yang lain-lain bakal mengisi takwim tahunan Nisa’ Serdang. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan Allah. Ameen.

Tahniah dan syabas dari kami,

Wednesday, June 15, 2011

Wanita Tanpa Gincu???






Lawatan ke Pesta Buku Selangor 2011

Assalamualaikum,
 
Nisa Serdang dengan berbesar hatinya akan menganjurkan lawatan ke PESTA BUKU SELANGOR 2011.
 
Berikut merupakan maklumat tentang lawatan tersebut:
 
Tarikh                    : 26 Jun 2011, Ahad
Masa                      : 8 pagi - 5 petang
Tempat                  : Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Yuran                     : RM 10 sahaja ( makan pagi, tgh hari & pengangkutan pergi balik)
Pengangkutan     : Bas bertolak dari Stadium Seksyen 15 BBB (berkumpul 7.30 pagi)
 
Maklumat lanjut dan pengesahan, sila hubungi:
Cik Puan Nabilah Maiyidin 013- 3903 781
Cik Puan Emiza Suhana      016- 215 9094
 
Sahkan penyertaan anda sebelum 20 Jun ini. CEPAT-CEPAT, tempat adalah TERHAD!
 
http://www.pestabukuselangor.my/

Jom join,

Tuesday, June 14, 2011

AURAT WANITA (BEZA ANTARA JILBAB, KHIMAR DAN HIJAB)

Sumber : Blog Fatimah Syarha, Sebarkan Bahagia

Berkaitan aurat wanita, ada 3 istilah penting yang mempunyai maksud berbeza iaitu:
Jilbab (Al-Ahzab: 59)
Hijab (Surah al-Nur)
Khimar (Surah al-Nur: 31)

Ikuti penerangan di bawah. Dipetik daripada novel Bebaskan Keliru, Sebarkan Cinta-Mu

"Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh."

Qasdi               : Hmm, balik kepada diskusi kita. Silakan mengkritik saya seperti mereka.
Ummu Qasdi   : Saya cuma ingin berdiskusi bukan kritik-mengkritik.
            Qasdi               : Baik. Apa jawapan awak untuk soalan saya? Kenapa Islam
                                    memenjarakan wanita dengan memerintahkannya bertudung? Ia
                                    ajaran Islam atau hanya tradisi?
            Ummu Qasdi   : Bagus sekali soalan ini. Ia sudah tentu memberat juga
                                    di minda anak-anak gadis yang lain.
Ummu Qasdi   : Bagi Orientalist, hijab itu cumalah tradisi Arab tidak kira untuk apa jua agama termasuk Yahudi dan Kristian. Mereka yang berhijab dianggap anti-sosial. Itu kefahaman Barat bukan kefahaman Islam.
Qasdi               : Ada juga bijak pandai Muslim yang percaya begitu. Saya sendiri telah membaca tulisan mereka.
Ummu Qasdi   : Mereka sedang keliru dengan hujah Barat. Doakan Allah pandu mereka kembali.
Qasdi               : Saya yakin mereka berkata begitu dengan bukti dan kajian kerana saya mengenali sendiri orang Barat sebagai bangsa yang suka mengkaji. Saya kini berada di negara Barat.
Ummu Qasdi   :Ya, budaya mengkaji sebenarnya hikmah orang-orang Islam yang hilang. Di manapun kita menemuinya, kita mesti mengutipnya kembali.
Qasdi               : Betulkah ada Muslim sebaik orang Barat?
Ummu Qasdi   : Awak mungkin belum menemuinya.Orang Islam yang mengkaji dan berakhlak akan mempunyai nilai yang jauh lebih indah dan suci. Saya akan berdoa moga awak akan menemuinya.
Qasdi               : Kalau awak tahu situasi saya di sini, hijab ini menyebabkan saya menjadi rendah diri terhadap lelaki. Bukankah ini satu diskriminasi wanita? Saya rasa tidak merdeka. Apapun, saya tahu, saya sedang keliru. Maka, saya masih tidak meninggalkan hijab saya.
Ummu Qasdi   : Kekeliruan itu lumrah bagi insan yang mengkaji. Ia akan terlerai menjadi hujah yang teguh apabila kajian diteruskan dengan adil dan banyak berdoa.
Qasdi               : Sila jelaskan hujah awak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah SWT dalam sumber agung kita, al-Quran al-karim yang bermaksud,“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’” Surah al-Ahzab, ayat 59.
QasdI              : Bagaimana pula dengan segelintir cerdik pandai Muslim yang menafsirkan ayatma zoharo minha (apa yang biasa nampak), dalam Surah al-Nur, ayat 31, termasuk boleh mendedahkan rambut kerana rambut itu biasa nampak.
Ummu Qasdi   : Firman Allah selengkapnya bermaksud, ....dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka selain yang biasa nampak (ma zoharo minha). Majoriti ulama menafsirkan apa yang biasa nampak ialah muka dan tapak tangan. Itu juga tafsiran Ibnu Abbas yang memang digredkan sendiri oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir.
Qasdi               :Kalau benar hijab itu ajaran Islam, bagaimana Islam melayan wanita secara sama dengan kaum lelaki dalam hal ini?
Ummu Qasdi   : Islam telah meletakkan banyak persamaan antara wanita dan lelaki dalam nilai kemanusiaan, hak untuk beribadat, bermuamalat, mendapat pendidikan dan sebagainya. Cumanya Islam tidak meletakkan persamaan secara mutlak.
Qasdi               :Kenapa?        
Ummu Qasdi   :Kerana Islam memiliki konsep yang lebih luas iaitu keadilan. Apa yang awak faham tentang keadilan?
Qasdi               : Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.
Ummu Qasdi   : Bijak!  
Qasdi               : Terus...                     
Ummu Qasdi   : Bagaimana Islam boleh memberikan persamaan mutlak kepada lelaki dan wanita sedangkan biologi merekapun ternyata berbeza. Ini menyebabkan peranan mereka terhadap keseimbangan kehidupan ini juga agak berbeza. Contoh yang jelas, wanita mampu melahirkan tetapi lelaki tidak mampu. Maka tugas melahirkan itu diletakkan kepada wanita.
Qasdi               : Itu terlalu jelas, tidak siapapun mempertikaikannya. Bagaimana pula dengan soal mendidik anak contohnya. Kenapa wanita perlu lebih memberi perhatian di rumah berbanding lelaki?
Ummu Qasdi   : Bukankah kelembutan dan kasih sayang seorang wanita itu menyebabkan jiwa anak lebih mudah dilentur? Malah, secara fitrah, anak lebih menyayangi ibu berbanding ayah kerana ibu lebih banyak mendampingi dan menguruskannya. Malah, Islam menganugerahi darjat ibu 3 kali ganda lebih utama daripada darjat ayah. Nah, tanggung jawab berat seorang ibu berbalas cinta mendalam seorang anak. Apa lagi yang perlu dicemburukan pada kaum ayah jika mereka kurang memperhatikan anak?
Qasdi               :Berbalik pada soal hijab...
Ummu Qasdi   : Hijab atau jilbab?
Qasdi               : Bukankah ia sama?
Ummu Qasdi   : Sama tapi tidak serupa. Hijab lebih luas maksudnya. Ia mencakupi segala sesuatu yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita termasuklah jilbab dankhimar. Jilbab lebih spesifik.
Qasdi               :Jilbab dan khimar?
Ummu Qasdi   : Jilbab itu dalam Bahasa Arab bermaksud baju labuh dan longgar dan menjulur hingga ke bawah seperti jubah dan baju kurung atau baju mana-mana budaya lain yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Islam. Islam sebagai agama sedunia (a’lami) mempunyai toleransi kepada adat dan budaya selagi ia tidak bercanggah syariat.
Qasdi               :Khimar pula?
Ummu Qasdi: Khimar adalah tudung kepala. Ia juga wajib sebagaimana disebut dalam Surah al-Nur.
Qasdi               : Kenapa ramai wanita Arab yang belajar di sini memakai jubah yang tebal tetapi tudungnya singkat? Adakah sempurna auratnya ditutup?
Ummu Qasdi: Wanita Arab kebanyakannya memiliki jilbab (jubah) yang sangat tebal, keras dan tidak membentuk badan sedikitpun. Oleh sebab itulah khimar atau tudung kepalanya singkat. Ia sudah memenuhi kehendak menutup aurat. Sementara di Malaysia, jilbab (baju kurung dan jubah) kita adalah nipis dan agak menampakkan potongan badan. Oleh sebab itu kita dianjurkan memakai khimar atau tudung kepala yang labuh.
Qasdi               : Kalau begitu, bicarakan  pula hijab dengan definisi yang luas.
Ummu Qasdi   :Baiklah. Nuansa kecantikan pada wanita berbeza dengan lelaki. Lelaki secara fitrahnya ingin menikmati keindahan ini. Maka, Islam datang melindungi wanita dengan mengatur cara yang mulia dan bermaruah untuk lelaki meneguk keperluan biologi ini. Bukan sewenang-wenang. Wanita juga tidak lengkap tanpa lelaki. Islam meletakkan batasan. Hijab salah satu ubat supaya dapat menjaga batasan.




Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Ikhlas dari kami,