Monday, September 26, 2011

`Jalan-Jalan Nisa`






  Alhamdulillah, JJN telah selamat diraikan bersama dengan beberapa sahabat yang berkelapangan petang Ahad 25 Sept 2011. geng Nisa' Serdang berziarah ke rumah mantan ketua UPI yang lalu Pn.Qatrunnada..puteri sulung ULIN NUHA BT MUHAMMAD TARIQ.

barakallahu..moga terus diberikan kesihatan yang berpanjangan, dilapangkan pintu rezeki, dilimpahi barakah...ameen! salam juang..salam sayang dari geng Nisa' Serdang.
 
Terima kasih pada yang hadir meraikan bersama JJN anjuran Unit Kebajikan Kaunseling (UKK) Nisa' Serdang. insyaallah jumpa lagi di JJN seterusnya...

Sunday, September 25, 2011

jejaki sahabat S.e.J.a.T.i


Salam ukhwah~
Semua orang, mudah berkata, dia punya teman terbaik, saat susah dan senang, pasti akan bersama, bahkan bicara mudah meluncurkan, bahawa dia adalah sahabat terbaikku sambil menunjuk pada sesiapa yang disenangi.

Maka, mudahnya hati akan begitu kecewa, ketika sahabat yang begitu dicintai tiba- tiba menyakiti hati, bahkan ada yang sampai bertahun- tahun tidak bertegur, disebabkan sahabat yang begitu dipercayai membuat satu kesalahan yang tidak disangka- sangka.
Benarkah wujud apa yang digambarkan orang- orang sebagai ‘ Sahabat sejati’? (baca- susah senang dihadapi bersama, saling sentiasa tegur menegur, memaafkan betapa besarpun kesalahan sahabat, dan sentiasa membimbing dan sedia dibimbing ke jalan ketaatan kepada Allah-itu maksud sahabat sejati bagi kamus hidup saya)
Dalam konteks islam, ada satu istilah yang digunakan untuk persaudaraan, iaitu ukhwah, yang bermaksud kesatuan hati, fikiran dan perasaan serta jiwa semua orang beriman kepada aqidah yang satu dan sama. Juga merupakan ikatan yang membuahkan perasaan lembut, kasih sayang serta hormat menghormati yang mendalam diantara satu sama lain dengan ikatan aqidah islamiyah.

Sebab itulah, dimanapun anda berada, di merata dunia sekalipun, bila bertemu dengan muslim diluar sana, maka anda dengan mereka adalah saudara kandung iman.
Berbalik soal ‘sahabat sejati’ sebentar tadi, maka tidak dapat dinafikan lagi, dalam menjejak seorang ‘ sahabat sejati’ yang pertama yang harus didahulukan adalah agamanya, dan masing- masing punya niat untuk bersahabat demi meningkatkan ketaatan kepada Allah, bila keduanya begitu menjaga hubungan dengan Allah, nanti serahkan urusan persahabatan kalian dengan Allah, insyaAllah DIA akan menjaganya.
NAMUN

Sejauh mana anda dan sahabat- sahabat disekeliling anda, begitu ikhlas bersahabat demi Allah.
Tak dapat dinafikan kita kadang- kadang begitu meyakini bahawa persahabatan yang kita tautkan itu sungguh kerana Allah kerana kita sama- sama dalam gerak kerja perjuangan menegakkan islam, bahkan kita jugalah yang sering menasihatinya ketika alpa dan begitulah sebaliknya, namun, sampai saat Allah menguji, terserlahlah segala yang selama ini tersembunyi, kadangkala umpat mengumpat menjadi mainan di bibir, hati panas hanya kerana melihat satu kesalahan sahabat, seolah- olah sahabat sahaja yang tidak pernah cuba untuk memahami diri anda, dan pelbagai lagi hasutan yang datang, maka saya saran pada waktu ini, kembalilah mengubati hati dengan melihat kembali tujuan asal kita bersahabat, dia bukan milik kita, dia milik Allah, ukhwah ini Allah yang anugerahkan atas fitrah diri kita yang sangat lemah. Maka perbetulkan niat bersahabat kembali dan mohonlah pada Allah agar dipelihara ukhwah suci ini.
“Jika anda mengidamkan seorang sahabat sejati, maka berusahalah menjadi sahabat sejati kepada orang lain”
Seorang tokoh pejuang islam pernah berkata bahawa beliau telah lama mengenal hidup dan kumpulan- kumpulan orang- orang bersahabat tetapi disebabkan duniawi, tetapi persahabatan itu tidak kekal kerana mereka bersatu disebabkan kesenangan dan keinginan lahiriyah dan kebendaan, maka apabila keinginan mereka telah dipenuhi maka hubungan akan menjadi renggang, dan apabila keinginan mereka tidak dipenuhi, hubungan persahabatan akan bertukar menjadi dendam. Berlainan dengan pehubungan yang dibina kerana Allah semata- mata, ia akan tetap kekal selama mana kekalnya zat Allah itu dan sesuatu yang bukan kerana Allah akan terputus dan hancur.
Rasullullah S.A.W. bersabda :
Sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim di dunia, Allah akan menyembunyikan rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hamba-NYA selagi hamba-NYA menolong saudaranya.

Jika bersahabat kerana Allah, jagalah keaibannya dan jangan merendahkan dirinya, jika bersahabat kerana Allah, nasihatilah dia dan bersedia menerima nasihatnya, jika bersahabat kerana Allah, maafkanlah dirinya, jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah kelemahan dan sikapnya, seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.
“Sepanjang hidup aku bersungguh- sungguh menjejaki sahabat sejati, hinggalah pencarianku melenakanku”- Imam Syafiie.
Sukarnya mencari sahabat sejati yang diidami..
sama- sama muhasabah diri.moga bertemu untuk siri seterusnya : Siri menjejak sahabat sejati (II): cintai dia seperti mencintai dirimu~

sumber dari : 
http://nessasyahirah.blogspot.com/

Wednesday, September 21, 2011

tahniah + congrates+ mabruk !


 alhamdulillah..puji-pujian selayaknya buat yang MAHA Pencipta, MAHA Pengasihani, MAHA Pemurah.. man jadda wa jada! itulah ungkapan azimat mendorong, menjana untuk insan yang terpilih memikul beban seorang mahasiswi-khususan ucapan utk geng Nisa'.

 doa dilayarkan agar kalian sentiasa dilorongkan jalan yang mudah untuk meneruskan penghidupan.. untuk menyambung lagi wasilah ILMU, untuk mencari kerjaya dan melebarkan lagi sayap dakwah seorang muslim..insyaallah!

buat mantan Ketua Nisa' Serdang : Sabrina, MT UPK : Natrah [master]
untuk adiks Degree : Aisyah Z, Nabilah M, Aida R, Jawahir, Maryam, [nama-nama akan diUpdate dr masa ke masa,,insyaallah]






 

Thursday, September 08, 2011

Raya.........Jom beraya!

Assalammualaikum wbt.

Ada 3 jemputan utk sahabat2 sume.


  1. Jamuan Hari Raya Belia Selangor pada 9 September (Sabtu) jam 8-10 malam di I-City. 
  2. Ziarah Aidilfitri ke rumah Ukhti Haziqah (Asrar-UPI) pada 11 September (Ahad), jam 10 pagi di alamat No 2 Jalan 1/2D, Bandar Rinching, Semenyih.
  3. Program Jom Shopping ke-2 bersama warga emas, PKM pada 17 September (Sabtu), jam 10 pagi di Econsave Reko Sentral Bagi sesiapa yg berminat, bolehlah hantar nama sahabat2 kepada KN atau SU segera.


Pengangkutan Insya'ALLAH kt akan sama2 usahakan. Insya'ALLAH semoga usaha yang sedikit ni menjemput rahmat & ma'rifah daripadaNYA.. Wassalammualaikum wbt

Jom bersama memeriahkan Syawal bersama,

Wednesday, September 07, 2011

Di Saat ummat Islam seluruh dunia masih lagi merayakan Aidilfitri, pada saat ini jugalah puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisismakanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad
ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut
mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran
berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya
tiada bantuan dihulurkan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan
Nutrisi  (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan
bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Disebabkan tidak mampu  lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri
yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup
merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang
mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.
Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir
daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi.
Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka.
Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak
terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan
dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan
ternakan.
Justeru itu, atas dasar keperihatinan terhadap nasib yang menimpa Umat Islam
Somalia, maka Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung kemanusiaan khusus
untuk umat Islam Somalia. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui
akaun seperti tertera di poster.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :

Abd Hamid Seman (Ketua Setiausaha) - 013-927 9256
Cik Nurul Izzah (Pen. Ketua Setiausaha 1) - 012-343 9614
Mohd Shahraini @ Man (S/U Kerja) - 017-881 2996

Ibu Pejabat Yayasan Amal Malaysia
127-2, Jalan SBC 1,
Taman Seri Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor

Tel : 03-6187 9294  Fax : 03-6187 4382

Email : yayasanamalmalaysia@yahoo.com.my

Website : www.amalmalaysia.net