Tuesday, March 29, 2011

Kehadiran Cahaya Mata Penyeri Rumah Tangga

Untuk pasangan Safiyyah dan Zulfikar yang melangsungkan perkahwinan tahun lepas, bertambah berseri rumah tangga yang dibina dengan kehadiran putera sulung pada 15 Mac 2011, 7.50 malam di Hospital Serdang.
Mama Safiyyah kini berpantang di rumah ibu bapanya di Gombak.
Semoga Mama, Anak Mama, dan Suami Mama sihat belaka. 
Semoga hari mendatang ceria menghiasi rumah tangga. Semoga berbahagia. =)


Sahabat NISA yang kedua Nur Azween juga selamat melahirkan putera kedua mereka pada 22 Mac 2011, 3.07 pagi di Hospital UKM dengan berat bayi 2.7kg.
Bayi comel ini dinamakan Muhammad Al-Amin bin Mohd Syahir.


Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat sekalian.
Semoga anak-anak yang dibesarkan menjadi anak yang soleh dan menyambung perjuangan menegakkan Syiar Islam, amin. =)

Kutipan Derma Kilat untuk Sahabat Kita Saida Farhanah

Assalamu'alaikum warahmatullah.

Semoga sahabat sekalian berada di bawah lembayung rahmatnya.

Berita terkini tentang Saida Farhanah:

1.     Insyaallah beliau dijadualkan untuk menjalani pembedahan memasukkan besi di kaki kirinya pada hari Rabu(30 Mac 2011) ini.

Pada sahabat yang ingin membantu bolehlah menyalurkan derma ke dalam akaun Nisa' Serdang sebelum diserahkan segera kepada Saida.

Bank Islam: 12029020651438 (Nurhazwani Abdul Rahman 013-3915579)

Untuk makluman, bantuan tersebut amatlah diperlukan bagi meringankan ujian beliau sekelurga.

2.     Nisa' Serdang juga sedang merancang untuk mengadakan ziarah ke rumah beliau di Johor  pada hari Ahad ini(3 April 2011). Kepada sesiapa yang ingin turut serta, boleh maklumkan kepada saudari Haslina (013-6674718) atau saudari Shahnaz (012-5980701)

Sekian, mohon dipanjangkan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (Al-Baqarah 2:261)

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (QS. Ali Imran 3 : 103)


Jzkk

 Nurhazwani Abdul Rahman
Timbalan Bendahari Nisa' Serdang
b.p: Ketua Nisa' Serdang

Monday, March 28, 2011

Wahai Para Da'ie


Kamu... mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu Al-quran dan hadith.
Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri.
Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - Al-Baqarah, 42

Wahai para dai'e,
Dengarlah rintihan dan permintaan dari kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan dari kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Ali-Imran, 104

Wahai para dai'e,
Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhudlah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan mansusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dll dgn sanad hassan

Wahai para dai'e,
Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami,  bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.

Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat. Seperti mana Rasulullah SAW apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab
"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" - H.R Malik, al-Syafi'e

Wahai para dai'e
Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44
Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...
"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." - Ad-Dhuha, 11

Monday, March 21, 2011

Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

Rahsia Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

Assalamualaikum...

mahukah anda kalau saya kongsikan satu teknik buat duit tanpa modal secara online?
Sudah tentu anda mahu bukan?
Sebab itu anda membaca post ini kan? kan, kan? :D


Jangan malu jangan segan. Dulu, saya pun sama seperti anda.
Kalau boleh taknak keluar dah modal untuk buat duit online ni. Kadang-kadang tu, sampai pernah rasa
serik untuk teruskan usaha buat duit online.
Jadi, saya memulakan satu jenis modul buat duit tanpa modal secara online, iaitu buat duit melalui Adsense.

Langkah-langkah :-
Pertama sekali, anda perlubuka akaun adsense. Untuk bahagian ini, saya tak mahu ulas panjang.
Sebab ada ramai orang ajar, cara nak daftar akaun adsense ni.
Cuba tengok link ni untuk maklumat lanjut.

Langkah kedua pula ialah setup blog.
Tak payah susah-susah, buat permulaan ni, guna blogspot pun dah cukup.
Dalam hal ini, anda boleh rujuk post saya ini, tentang bagaimana untuk membina blog.

Langkah Ketiga
Pergi ke ezinearticles.com, dan cari mana-mana article untuk dimuatkan ke dalam blog anda.

Langkah Keempat
Masukkan kod iklan adsense ke dalam blog tadi

Langkah Kelima
Promosikan blog kita.
Teruskan update blog dalam seminggu sekurang-kurangnya 3 buah artikel.
Dalam tempoh 2 ke 3 bulan, income adsense anda akan mula stabil.
Cubalah.

Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

TUNGGU :-
Bagi yang dah ada akaun adsense, mungkin tip saya tersebut biasa sahaja. Betul tu.
Jadi dekat sini, saya ingin kongsikan anda sebuah teknik yang amat hebat.
Sebelum saya kongsikan teknik ini, saya nak tanya anda dahulu,
1. Pernah tak anda dapat klik yang bernilai 1 sen sahaja?
2. Pernah tak keadaan ini berlaku kepada anda, impression banyak, tapi tiada klik?
3. Pernah tak anda rasa give up dengan adsense ni kerana bayarannya ciput? Mana taknya, satu klik dapat 1 sen je, bila
nak dapat payout?

Sebenarnya, permasalahan anda tersebut, saya juga pernah alaminya.
Namun, saya amat bertuah, kerana saya telah belajar BANYAK tip berguna daripda seorang Taiko Adsense.

Taiko Adsense ini, telah sudi mengajar saya bagaiman mendapatkan pendapatan yang lumayan
dengan adsense.

Cuba tengok pendapatan sebelum menggunakan teknik Taiko Adsense ini :
Buat Duit Tanpa Modal Dengan Adsense

Satu klik 6 sen sahaja.

Cuba tengok pula selepas menggunakan teknik Taiko Adsense:-
Buat Duit Tanpa Modal Dengan Taiko Adsense
Satu klik terus naik ke 72 sen. Berapa kali ganda tu?
Power tak teknik taiko ni?

Ok, tak mahu cakap banyak lah. Kalau anda nak dapatkan tip-tip, tweak, trik dan apa-apa aje, cara untuk tingkatkan pendapatan  adsense anda, mari layari laman web www.TaikoAdsense.com 
Saya gerenti, anda pasti puas hati. Sekarang ni bolehlah anda buat duit tanpa modal di internet.
:: buat duit tanpa modal

wallahu'alam..

sumber: http://rajakamil.biz/2010/11/19/buat-duit-tanpa-modal-dengan-adsense/

Friday, March 18, 2011

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR


Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir). Di bawah ini ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama
dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan
mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]


Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada
mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan
kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat
berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari
puaknya.'
[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah

S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam
telinganya"
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]


Pagar Kelima (5)

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
 
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa
perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku
ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir
dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa
di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, wahal sendiri sememangnya penipu"
[Riwayat al Bukhari.]

Friday, March 11, 2011

-mabruk walhamduliLlah =D

salam kasih sayang.. sayang rindu dari geng Nisa' Serdang buat semua sahabat seGeng Nisa' Serdang yang lama tak ketemu bertentang mata, jua buat geng yang selalu jumpe di Liqa' Nisa'. walau di mana antum berada, insyaallah doa dirafakkan agar nikmat Iman, nikmat ISLAM juga nikmat yg melimpah-limpah sentiasa dilapangkan oleh yang MAHA PENCIPTA, ameen!

beberapa pengumuman & penghabaran ingin dilafazkan seiring dengan lagu background `saat lafaz sakinah` dilayarkan khas buat semua geng Nisa'.

buat sahabat Nisa' juga ada dikalangan pimpinan dlm SOFF Nisa' Serdang. dari asalnya single, bertukar status berduet ;) dari sudah berduet jd trio ;) alhamdulillah.. moge sahabat yg masih single turut serta mengikut jejak langkah sahabat yang sudah bertukar status ye..ameen [doa ni  ;) ]

mantan SU : Sumayyah– Mohammad Mus’ab bin Mohammad Khafi
mantan MT 3N : Nur Haslaily -Muhammad Mutawali Syaarawi bin Mohd Faizal
mantan MT UPI : Masyfu’ah – Muhammad Mu’izzuddin bin Muhamad Nordin
Bendahari : Nor Iza – Muhammad Fateh Irsyad bin Mohammad Afif
MT UPI : Halijah – Fatimah az Zahrah binti Abdul Syukor
MT UKJ : Natrah – Ahmad Naseh bin Sofiyuddin

sahabat Nisa' :
Sakinah Ahmad Akhri – Nur Aishah Humaira binti Mohamad Samawi
Nor Fatihah Mohamed - Muhammad al Fatih bin al Hafiz
Ainul Yaqeen Ahmad – Fatih Isqandar binti Hamim
Bakal menimbang cahaya..insyaallah :
MT UKK : Aween – Muhammad AL Fateh bin Syahir menanti anak ke 2..
Geng Nisa’ : Wahida menanti anak ke 2, Safiyyah menanti anak sulung ;)


ya Allah kurniakan anak-anak mereka sebagai mujahid..mujahidah yg bakal menyambung wasilah ummi wa abi mereka, limpahkan mawaddah, sakenah wa rahmah ke atas rumatangga mereka.. ameen!
-------------------

selamat pengantin baru buat :
MT 3N : Nabilah 
geng Nisa' : Intan, Wan Najihah & Husna bersama pasangan masing-masing..

barakallahu lakum...  insyaallah geng Nisa' akan cube hadir untuk menerjah ke walimah antum ;) doa dipanjatkan agar segala perancangan urusan dimudhkan
** psst.. control ayu ye.hehehe..




19 PERKARA MEROSAKKAN AMAL


1. Kufur, Syirik, Murtad, dan Nifaq.
Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah! Ketahuilah, siapa yang mati dalam keadaan kafir atau musyrik atau murtad, maka segala amal yang baik tidak ada manfaatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah, seperti shadaqah, silaturrahim, berbuat baik kepada tetangga dan lain-lainnya. Sebab di antara syarat taqarrub adalah mengetahui siapa yang didekati. Sementara itu orang kafir tidak begitu. Maka secara spontan amalnya menjadi rusak dan sia-sia.


Allah berfirman: “Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [Al-Baqarah: 217].



“Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam), maka hapuslah amalannya dan ia pada akhirat termasuk orang-orang yang merugi.” [Al-Maidah: 5].

“Dan sesunggunya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu: ‘Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi’.” [Az-Zumar: 65].

Allah juga berfirman, mengabarkan tentang keadaan semua rasul: “Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya leyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” [Al-An’am: 88].

Dan juga sabda Rasulullah saw: “Apabila orang-orang mengumpulan orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang kemudian untuk satu hari dan tiada keraguan di dalamnya, maka ada penyeru yang berseru: ‘Barangsiapa telah menyekutukan seseorang dalam suatu amalan yang mestinya dikerjakan karena Allah, lalu dia minta pahala di sisi-Nya, maka sesungguhnya Allah adalah yang paling tidak membutuhkan untuk dipersekutukan’.” [HR. At-Tirmidzi 3154, Ibnu Majah 4203, Ahmad 4/215, Ibnu Hibban 7301, hasan].
2. Riya’.
Celaan terhadap riya’ telah disebutkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah. Firman Allah: “… seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya’ kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu sperti batu yang licin dan diatasnya ada tanah, kemudian batu itu mejadilah bersih (tidak bertanah). Mereka itu tidak menguasai sesuatu sesuatu apapun dari apa yang mereka usahakan, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir.” [ Al-Baqarah: 264].

Rasullullah saw bersabda: “Sesungguhnya yang aku paling takutkan atas kamu sekalian ialah syirik kecil, yaitu riya’. Allah berfirman pada hari kiamat, tatkala memberikan balasan terhadap amal-amal manusia, ‘Pergilah kepada orang-orang yang dulu kamu berbuat riya’ di dunia, lalu lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan bagi mereka?” [HR. Ahmad 5/428, 429, shahih].

Maka dari itu jauhilah riya’, karena ia merupakan bencana amat jahat, yang bisa menggugurkan amal dan menjadikannya sia-sia. Ketahuilah, bahwa orang-orang yang riya’ adalah pertama kali menjadi santapan neraka, karena mereka telah menikmati hasil perbuatannya di dunia, sehingga tidak ada yang menyisa di akhirat.

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari nifaq dan amal kami yang riya’ teguhkanlah kami pada jalan-Mu yang lurus, agar datang keyakinan kepada kami.

3. Menyebut-Nyebut Shadaqah dan Menyakiti Orang Yang Diberi.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman jangalah kamu menghilangkan (pahala) shadaqahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al-Baqarah: 264].

Ketahuilah wahai hamba Allah! Jika engkau menshadaqahkan harta karena mengharap balasa dari orang yang engkau beri, maka engkau tidak adakn mendapatkan keridhaan Allah. Begitu pula jika engkau menshadaqahkannya karena terpaksa dan menyebut-nyebut pemberianmu kepada orang lain.
Rasulullah saw bersabda: “Tiga orang, Allah tidak menerima ibadah yang wajib dan yang sunat dari mereka, yaitu orang yang durhaka kepada orang tua, menyebut-nyebut shadaqah dan mendustakan takdir.” [HR. Ibnu Abi Ashim 323, Ath-Thabrany 7547, hasan].

Abu Bakar Al-Warraq berkata, “Kebaikan yang paling baik, pada setiap waktu adalah perbuatan yang tidak dilanjuti dengan menyebut-nyebutnya.”

Allah berfirman: “Perkataan baik dan pemberian maaf lebih baik dari shadaqah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” [Al-Baqarah: 263].

4. Mendustakan Takdir.
Ketahuilah wahai orang Mukmin, iman seorang hamba tidak dianggap sah kecuali dia beriman kepada takdir Allah, baik maupun buruk. Dia juga harus tahu bahwa bencana yang menimpanya bukan unutk menyalahkannya, dan apa yang membuatnya salah bukan untuk menimpakan bencana kepadanya. Semua ketentuan sudah ditetapkan dan ditulis di Mushhaf yang hanya dikethaui Allah semata, sebelum suatu peristiwa benar-benar terjadi dan sebelum Dia menciptakan alam.

Rasulullah saw bersabda: “Tiga orang, Allah tidak menerima ibadah yang wajib dan yang sunat dari mereka, yaitu orang yang durhaka kepada orang tua, menyebut-nyebut shadaqah dan mendustakan takdir.”

Dan sabda beliau yang lain: “Andaikata Allah mengadzab semua penhuni langit dan bumi-Nya, maka Dia tidak zhalim terhadap mereka. Dan, andaikata Allah merahmati mereka, maka rahmat-Nya itu lebih baik bagi mereka dari amal-amal mereka. Andaikata engkau membelanjakan emas seperti gunung Uhud di jalan Allah, maka Allah tidak akan menerima amalmu sehingga engkau beriman kepada takdir, dan engkau tahu bahwa bencana yang menimpamu, dan apa yang membuatmu salah bukan untuk menimpakan bencana kepadamu. Andaikata engkau mati tidak seperti ini, maka engkau akan masuk neraka.” [HR. Abu Daud 4699, Ibnu Majah 77, Ahmad 5/183, 185, 189, shahih].

5. Meninggalkan Shalat Ashar.
Allah memperingatkan manusia agar tidak meninggalkan shalatul-wustha (shalat ashar) karena dilalaikan harta, keluarga atau keduniaan. Allah mengkhususkan bagi pelakunya dengan ancaman keras, khususnya shalat ashar. Firman-Nya:“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang yang lalai dari shalatnya.” [Al-Ma’un: 4-5].

Rasulullah saw bersabda: “Orang tidak mengerjakan shalat ashar, seakan-akan dia ditinggalkan sendirian oleh keluarga dan hartanya.” [HR. Al-Bukhari 2/30, Muslim 626]

Dari Abu Al-Malih, atau Amir bin Usamah bin Umair Al-Hadzaly, dia berkata, “Kami bersama Buraidah dalam suatu perperangan pada suatu hari yang mendung. Lalu ia berkata, ‘Segeralah melaksanakan shalat ashar, karena Nabi saw pernah berkata: “Barangsiapa meninggalkan shalat ashar, maka amalnya telah lenyap.” [HR. Al-Bukhari 2/31, 66].

6. Bersumpah Bahwa Allah Tidak Mengampuni Seseorang
Dari Jundab ra sesungguhnya Rasulullah saw mengisahkan tentang seorang laki-laki yang berkata, “Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni Fulan. Padahal Allah telah berfirman, ‘Siapa yang bersumpah kepada-Ku, bahwa aku tidak mengampuni Fulan, maka aku mengampuni Fulan itu dan menyia-nyiakan amalnya (orang yang bersumpah).” [HR. Muslim 16/174].

Ketahuilah, bahwa memutuskan manusia dari rahmat Allah merupakan sebab bertambahnya kedurhakaan orang yang durhaka. Karena dia merasa yakin, pintu rahmat Ilahi sudah ditutup di hadapannya, sehingga dia semakin menyimpang jauh dan durhaka, hanya karena dia hendak memuaskan nafsunya. Allah akan mengadzabnya dengan adzab yang tidak diberikan kepada orang lain.
Bukanlah sudah selayaknya jika Allah menghapus pahala amal orang yang menutup pintu kebaikan dan membuka pintu keburukan, sebagai balasan yang setimpal baginya?

7. Mempersulit Rasulullah, dengan Perkataan maupun Perbuatan.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebagian kamu terhadap sebagian yang lainm supaya tidak menghapus (pahala) amalanmu, sedang kamu tidak menyadarinya.” [Al-Hujurat: 2].

Dari Anas bin Malik ra, tatkala ayat ini turun maka Tsabit bin Qais di rumahnya, seraya berkata, “Pahala amalku telah terhapus, dan aku termasuk penghuni neraka.” Dia juga menghidari Nabi saw. Lalu beliau bertanya kepada Sa’d bin Mu’adz, “Wahai Abu Amr, mengapa Tsabit mengeluh?”

Sa’d menjawab, “Dia sedang menyendiri dan saya tidak tahu kalau dia sedang mengeluh.”

Lalu Sa’d mendatangi Tsabit dan mengabarkan apa yang dikatakan Rasulullah. Maka Tsabit berkata, “Ayat ini telah turun, sedang engkau sekalian tahu bahwa aku adalah orang yang paling keras suaranya di hadapan Rasulullah. Berarti aku termasuk penghuni neraka.”

Sa’d menyampaikan hal ini kepada beliau, lalu beliau berkata, “Bahwa dia termauk penghuni surga.” [HR. Al-Bukhari 6/260, Muslim 2/133-134].

Dengan hadits ini jelaslah bahwa mengeraskan suara yang dapat menghapus pahala amal adalah suara yang menggangu Rasulullah, menentang perintah beliau, tidak taat dan tidak mengikuti beliau, baik perkataan maupun perbuatan.
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman taatlah kepada Allah dan Rasul dan janganlah kamu merusakkan (pahala) amal-amalmu.” [Muhammad: 33].
8. Melakukan Bid’ah Dalam Agama.
Melakukan bid’ah akan mengugurkan amal dan menghapus pahala. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang menciptakan sesuatu yang baru dalam agama kami ini yang tidak termasuk bagian darinya, maka ia tertolak.”
Dalam riwayat lain disebutkan: “Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tidak termasuk agama kami, maka ia tertolak.” [HR. Al-Bukhari 5/301, Muslim 12/16].

9. Melanggar Hal-Hal Yang Diharamkan Allah Secara Sembunyi-Sembunyi.
Dari Tsauban ra, dari Nabi saw, beliau bersabda: “Benar-benar akan kuberitahukan tentang orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa beberapa kebaikan seperti gunung Tihamah yang berwarna putih, lalu Allah menjadikan kebaikan-kebaikan itu sebagai debu yang berhamburan”. Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami dan jelaskan kepada kami, agar kami tidak termasuk diantara mereka, sedang kami tidak mengetahuiny”. Beliau bersabda: “Sesungguhnya mereka itu juga saudara dan dari jenismu. Mereka shalat malam seperti yang kamu kerjakan. Hanya saja mereka adalah orang-orang yang apabila berada sendirian dengan hal-hal yang diharamkan Allah maka, mereka melanggarnya.”[HR. Ibnu Majah 4245, shahih].

10. Merasa Gembira Jika Ada Orang Mukmin Terbunuh.
Darah orang Muslim itu dilindungi. Maka seseorang tidak boleh menumpahkan darahnya menurut hak Islam.

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa membunuh seorang Mukmin lalu ia merasa senag terhadap pembunuhannya itu, maka Allah tidak akan menerima ibadah yang wajib dan yang sunat darinya.” [HR. Abu Daud 4270, shahih].

11. Menetap Bersama Orang-Orang Musyrik Di Wilayah Perperangan.
Dari Bahz bin Hakim, dari ayahnya, dari kakeknya, dia berkata: “Aku berkata, ‘wahai Nabi Allah, aku tidak pernah mendatangimu sehingga aku menjalin persahabatan lebih banyak dari jumlah jari-jari tangan? Apakah sekarang aku tidak boleh mendatangimu dan mendatangi agamamu? Sesungguhnya aku dulu adalah orang yang tidak pernah melalaikan sesuatu pun kecuali apa yang diajarkan Allah dan Rasul-Nya kepadaku, dan sesungguhnya aku ingin bertanya atas ridha Allah, dengan apa Rabb-mu mengutusmu kepada kami?”

Beliau menjawab, “Dengan Islam.”

“Apakah tanda-tanda Islam itu?”, Dia bertanya.

Beliau menjawab, “Hendaklah engkau mengucapkan: ‘Aku berserah diri kepada Allah’, hendaklah engkau bergantung kepada-Nya, mendirikan shalat dan mengeluarkan zakat. Setiap orang Muslim atas orang Muslim lainnya adalah haram (menyakiti), keduanya adalah saudara dan saling menolong. Allah tidak akan menerima suatu amalan dari orang Muslim setelah dia masuk Islam, sehingga dia meninggalkan orang-orang kafir untuk bergabung dengan orang-orang Muslim.” [HR. An-Nasa’i 5/82-83, Ibnu Majah 2536, Ahmad 5/4-5, hasan].

12. Mendatangi Dukun dan Peramal.
Beliau saw mengancam orang-orang yang mendatangi dukun dan sejenisnya, lalu meminta sesuatu kepadanya, bahwa shalatnya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Beliau bersabda: “Barangsiapa mendatangi peramal lalu bertanya tentang sesuatu kepadanya, maka shalatnya tidak akan diterima selama empat puluh hari.” [HR. Muslim 14/227].

Ancaman ini diperuntukkan bagi orang yang mendatangi dukun dan menanyakan sesuatu kepadanya. Sedangkan orang yang membenarkannya, maka dia dianggap sebagai orang yang mengingkari apa yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Beliau bersabda: “Barangsiapa mendatangi peramal atau dukun lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad saw.” [HR. Muslim 135, Abu Daud 3904, Ahmad 2/408-476].

13. Durhaka Kepada Kedua Orang Tua.
Allah telah memerintahkan agar berbuat baik kepada ibu bapak dan berbakti kepada keduanya. Dia memperingatkan, mendurhakai keduanya dan mengingkari kelebihan keduanya dalam pendidikan merupakan dosa besar dan melenyapkan pahala amal. Rasulullah saw bersabda: “Tiga orang, Allah tidak menerima ibadah yang wajib dan yang sunat dari mereka, yaitu orang yang durhaka kepada orang tua, menyebut-nyebut shadaqah dan mendustakan takdir.”

14. Meminum Khamr.
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa meminum khamr, maka shalatnya tidak diterima selama empat puluh pagi (hari). Jika dia bertaubat, maka Allah mengampuninya. Jika dia mengulanginya lagi, maka shalatnya tidak diterima (lagi) selama empat puluh pagi (hari). Jika dia bertaubat, maka Allah mengampuninya. Jika dia mengulanginya lagi, maka shalatnya tidak diterima (lagi) selama empat puluh pagi (hari). Jika dia bertaubat, maka Allah mengampuninya. Jika dia mengulanginya lagi, maka shalatnya tidak diterima (lagi) selama empat puluh pagi (hari). Dan, jika mengulanginya keempat kalinya, maka shalatnya tidak diterima (lagi) selama empat puluh pagi (hari). Jika dia bertaubat maka Allah tidak mengampuninya dan Dia mengguyurnya dengan air sungai al-khabal.” Ada yang bertanya, “Wahai Abu Abdurrahman (Nabi), apakah sungai al-khabal itu?” Beliau menjawab, “Air sungai dari nanah para penghuni neraka.” [HR. At-Tirmidzi 1862, shahih].

15. Perkataan Dusta dan Palsu.
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan palsu dan pelaksaannya, maka Allah tidak mempunyai kebutuhan untuk meninggalkan makanan dan minumannya.” [HR. Al-Bukhari 4/16, 10/473].

Di dalam hadits ini terkandung dalil perkataan palsu dan pengamalannya dapat meleyapkan pahala puasa.

16. Memelihara Anjing, Kecuali Anjing Pelacak, Penunggu Tanaman atau Berburu.
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa memelihara seekor anjing, maka pahala amalnya dikurangi setiap hari satu qirath (dalam riwayat lain: dua qirath) kecuali anjang untuk menjaga tanaman atau pun anjing pelacak.” [HR. Al-Bukhari 6/360, Muslim 10, 240].

17. Wanita Yang Nusyuz, Hingga Kembali Menaati Suaminya.
Rasulullah saw bersabda: “Dua orang yang shalatnya tidak melebihi kepalanya, yaitu hamba sahaya yang lari dari tuannya hingga kembali lagi kepadanya dan wanita yang mendurhakai suaminya hingga kembali lagi.”

18. Orang Yang Menjadi Imam Suatu Kaum dan Mereka Benci Kepadanya.
Rasulullah saw bersabda: “Tiga orang yang shalatnya tidak melebihi telinga mereka, yaitu hamba sahaya yang lari dari tuannya sehingga dia kembali yaitu hamba sahaya yang lari dari tuannya sehingga dia kembali, wanita yang semalaman suaminya dalam keadaan marah kepadanya, dan imam suatu kaum, sedang mereka benci kepadanya.” [HR. At-Tirmidzi 360, shahih].

Ada kisah yang dinukil dari Manshur, dia berkata: “Kami pernah bertanya tentang masalah imam. Maka ada yang menjawab, “Yang dimaksud hadits ini adalah imam yang zhalim. Sedangkan imam yang menegakkan Sunnah, maka dosanya kembali kepada orang-orang yang membencinya.”

19. Orang Muslim Mejauhi Saudaranya Sesama Muslim Tanpa Alasan Yang Dibenarkan Syariat.
Dari Abu Hurairah ra, seungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Pintu-pintu surga dibuka pada hari Senin dan Kamis, lalu setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah akan diampuni, kecuali seseorang yang antara dirinya dan saudaranya terdapat permusuhan. Lalu dikatakan: ‘Lihatlah dua orang ini hingga keduanya berdamai. Lihatlah dua orang ini hingga keduanya berdamai. Lihatlah dua orang ini hingga keduanya berdamai. Lihatlah dua orang ini hingga keduanya berdamai.” [HR. Muslim 16/122, 123].
(Salim Al-Hilaly)

Thursday, March 10, 2011

jom! berBOWLING bersama NISA'-rebut piala DR.Shafie

salam SATU FIKRAH! satu HATI! jom, kita beriadah! badan SIHAT, MINDA CERGAS. berBOWLING bersama NISA'  sure lebih syokk ;) 

tarikh : 13 Mac 2011
hari : AHAD
tempat : the MINES, Serdang.Selangor
yuran : RM150 satu kumpulan (4orang WANITA)

hadiah lumayan CAShhhh : JOHAN - RM700
KEDUA - RM500
KETIGA - RM300

Anjuran : Unit Kesenian & Sukan, Nisa' Serdang. 

Tuesday, March 08, 2011

Sehari Bersama Graduan SPM 2010

Adik-adik sedang buntu? Kami datang untuk membantu...


Terbuka kepada remaja lepasan SPM 2010...
Antara aktiviti menarik yang disediakan:
> Taklimat Kerjaya (Ke Mana Selepas Ini??)
> Ujian Minat Kerjaya (sangat bermanfaat bagi yang masih keliru memilih bidang yang layak dengan personaliti diri)
> Sharing & Caring
> Penampilan individu yang telah berjaya dalam bidang masing-masing


Sahkan penyertaan segera kepada:
K Natrah :019-3744528
K Aan: 019-6096380




Friday, March 04, 2011

KURSUS PELABURAN DINAR EMAS : MATA WANG MASA DEPAN

NISA' Serdang dengan julung kalinya akan mengadakan Kursus Pelaburan Dinar Emas : Mata Wang Masa Depan pada 26 Mac 2011 di Balai Raya Kg Teras Jernang.

Semua yang BERMINAT dan bercita-cita untuk memulakan Pelaburan Dinar Emas atau Emas dialu-alukan untuk menyertai kursus ini.

Yuran, MURAH saja, hanya RM10.

Terhad untuk 70 orang peserta sahaja.

Daftar NAMA, NO KP ke Nabilah 013-2845497 untuk PENDAFTARAN

~Poster Hebahan Awal, akan update lagi kemudian, TQ (",)~




"Takkan Dinar Emas Hilang Di Dunia"

Tuesday, March 01, 2011

Panduan Memilih Institusi Pengajian Tinggi Swasta


Salam kasih sayang buat adik-adik Nisa sekalian…

Di sini kakak ingin titipkan beberapa tips memilih IPTS. Harap ianya berguna terutama bagi yang berminat memilih kursus-kursus di IPTS atau tidak mendapat tawaran IPTA.

1.      Adik-adik perlu memastikan IPTS yang dipilih itu mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Maksudnya, kursus-kursus dan matapelajaran yang bakal dipelajari itu diiktiraf oleh LAN. Ops, jangan salah faham! LAN bukan nama seorang jejaka. Tetapi ia adalah Lembaga Akreditasi Negara. Bagaimana untuk mengetahuinya? Boleh semak senarai IPTS di laman Web Kementerian Pengajian Tinggi (www.mohe.gov.my)

2.      Kemudian, adik-adik buat senarai pendek IPTS yang menyediakan jurusan atau kursus yang diminati.

3.      Seterusnya, buat perbandingan. Antara aspek yang perlu diberi perhatian adalah kos pengajian, kemudahan infrastruktur dan yuran pengajian. Ops, penting juga menilai kedudukan atau tempat IPTS tersebut. Yelah,  manalah tahu, adik-adik Nisa ini takut berjauhan dengan keluarga.

4.      Perlu juga mengambil kira bilangan penuntut yang belajar di situ. Jika sedikit pelajar yang menuntut di situ, mungkin IPTS tersebut tidak mempunyai reputasi baik. Tapi ada juga IPTS yang menghadkan bilangan pelajarnya bagi mengekalkan kualiti.

5.      Seandainya pelajar asing (luar Negara) lebih ramai daripada pelajar tempatan, adik-adik juga perlu berhati-hati. Mungkin ada risiko yang bakal dihadapi.

6.      Jika sudah membuat semakan, ada IPTS yang berkenan di hati. Jangan ragu-ragu. Mohonlah. Tapi, terlebih dahulu, bertanya kepada individu yang lebih berpengalaman. Guru, ibu bapa, kakak-kakak atau abang-abang atau kaunselor yang berkelayakan.

7.      Ok, itu sahaja. Moga bertemu lagi dalam tips yang lain pula.

Semoga dalam rahmat Allah sentiasa


Lots of LOVE,