Friday, February 18, 2011

TEAM BUILDING NISA' SERDANG 2011

Team Building NISA' Serdang pada tahun ini telah diadakan pada 14 dan 15 Mac 2011 di Reko Sentral, Bandar Baru Bangi. Pendaftaran bermula pada jam 6.00 petang sehingga 9.00 malam. Seramai 20 orang ahli mendaftar pada malam tersebut dan selebihnya menyertai program keesokan harinya kerana tidak dapat mendaftar pada malam hari. 











Perasmian Team Building telah disempurnakan oleh Puan Zaiton Latif pada jam 9.00 sehingga 10.00 pagi. Majlis perasmian dilancarkan dengan sempurnanya dan diiringi dengan tayangan multimedia sebagai gimik perasmian Team Building 2011.



Program Team Building diteruskan dengan Pengisian Dasar 1 bertajuk Pemantapan Fikrah dan Tarbiyyah oleh Ustazah Nasriah selama 1 jam setengah.

Program diteruskan dengan perbincangan SWOT bagi Unit-unit dalam Nisa Serdang. Ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah kekangan dan jalan penyelesaian bagi mengatasinya untuk memastikan gerakerja dan program Nisa Serdang berjalan lancar.





~SWOT UPK~

~SWOT UPI~

~SWOT UKJ~

~SWOT 3N~

~SWOT UKS~




Pengisian Dasar 2 diteruskan oleh Puan Hamsatulazura Hamzah dengan topik Perkasa Gerakerja Ke Arah Professionalisma. Pengisian berjalan lancar dengan tumpuan penuh oleh semua ahli Nisa Serdang.
Program penutup Team Building dengan mengikat hati bersama-sama untuk memastikan setiap ahli beristiqamah dalam meneruskan perjuangan Nisa Serdang dalam masyarakat terutamanya Remaja Perempuan dengan sentiasa membawa tema rasmi Nisa Serdang 'Connecting Youth'





No comments: