“Kak, hari ni
kita nak buat ape kak? ” ramah seorang adik bertudung kuning meluahkan ingin
tahunya sejurus sampai ke meja pendaftaran.
“Eei...gelinya.
Macam mana nak buat ni...! ” spontan dari seorang adik muslimah ketika di checkpoint
ukhwah apabila diarahkan memberi makanan dari mulut ke mulut kawannya.
“Kak, macam mana
ye saya nak join Nisa’? ” seorang remaja belasan tahun bertanya setelah
diwar-wrkan program-program Nisa’ Serdang akan datang.
Begitulah serba
sedikit keceriaan dan keseronokan yang tergambar daripada peserta Explorace TC
Nisa’ Serdang yang baru sahaja selesai dijayakan oleh Unit Pembangunan Insan
(UPI) dan naqibaat SMART TC. Turut bertungkus lumus menjayakannya ahli Nisa’
Serdang kesemuanya.
Seawal jam 7.15
pagi, kakak-kakak Nisa’ Serdang tiba di kawasan rekreasi Tasik Cempaka untuk
menyusun atur dan melakukan sentuhan terakhir sebelum menyambut ketibaan
adik-adik peserta sekitar jam 7.45 pagi. Ada yang datang bersama bapa, ada yang
datang bersama ibu dan ada juga datang bersama kakak Nisa’ mereka yang
merangkap sebagai Naqibaat buat mereka. Biar apa pun latar belakang adik-adik
ini, terima kasih tidak terhingga diucapkan kerana memberi kepercayaan kepada
Team Nisa’ Serdang untuk memberi sentuhan agar adik-adik ini menjadi SUPER
MUSLIMAH. InsyaAllah.
Mencecah jam
8.30 pagi, peserta sudah 45 orang dan 30 minit kemudiannya, masih ada peserta
yang mendaftar sehinggalah jumlah peserta keseluruhannya seramai 56 orang.
Alhamdulillah, kakak Nisa’ yang bakal memgang amanah untuk menjaga mereka ini
seramai lebih kurang 15 orang. Selepas selesai taklimat Explorace dan taklimat
keselamatan, yang pada awalnya Kak Fairuz mengetuai kakak Nisa’ untuk sesi
warming up, taaruf ringkas dan pembahagian kumpulan.
Peserta
dikehendaki menempuh 5 checkpoint yang bagi melengkapkan misi Explorace TC
Nisa’ Serdang kali ini. Mereka semua tertanya-tanya apakah cabaran yang mereka
bakal tempoh nanti. Usah gusar kerana kakak Nisa’ menyediakan semuanya terbaik
buat adik-adik semua. InsyaAllah. Bersilih ganti setiap kumpulan ke checkpoint
yang telah ditetapkan. Hati saya gembira dan seronok apabila dapat melihat
adik-adik ini menyesuaikan diri antara mereka dan menjalani segala cabaran yang
telah disediakan.
Sepanjang tempoh
2 jam Explorace TC berlangsung, cukup melakarkan seribu satu cerita dan
kenangan buat kakak Nisa’ dan adik-adik. Akhirnya, kami berkumpul untuk
mendapatkan resolusi secara keseluruhannya oleh Kak Syida (Simple Syida). Ada
yang suka dengan checkpoint Si Buta, Si tempang dan Si Bisu, ada juga yang
meluahkan perasaan tidak puas hati kerana dek botol air yang bocor setelah
mengharap botol akan terisi penuh dengan air.
Biar apa pun
modulnya, biar susah mahu pun senang, kami berdoa agar mereka mendapat iktibar
bagi setiap checkpoint yang bertemakan ukhwah, akhlak, sirah, ibadat dan
mengetahui kelebihan dan kelemahan diri masing-masing.
Seronok kami
melihat keletah mereka, sekitar jam 12.00 tengahari sampai masanya untuk
penyampaian hadiah kepada semua kumpulan yang menang. Ada kumpulan yang
dinobatkan sebagai Kumpulan Yang Paling Cergas, ada yang dikenali sebagai
Kumpulan Yang Paling Bersemangat, ada yang terpamir sebagai Kumpulan Yang
Paling Kreatif, ada yang kelihatan sebagai Kumpulan Yang Paling Ceria dan
sentiasa diingati Kumpulan Yang Paling Comel.
Alhamdulillah,
semua adik-adik ini tidak balik dengan tangan kosong meskipun yuran penyertaan
sebanyak RM5 bagi setiap peserta. Malah kami semua berkesempatan makan bertalam
bersama antara adik-adik sebelum melepaskan mereka balik. Rata-rata mereka
berpuas hati dengan program ini walaupun pada mulanya malu-malu untuk
berinteraksi antara satu sama lain. Semoga program Nisa’ Serdang akan datang
dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada mereka malah bertambah ramai.
Program yang terdekat adalah Lawatan Ke Pesta Buku Selangor pada 26 Jun nanti
dan yang lain-lain bakal mengisi takwim tahunan Nisa’ Serdang. InsyaAllah
semoga semuanya dipermudahkan Allah. Ameen.
No comments:
Post a Comment