Tuesday, July 26, 2011

Majlis Khatam Al-Quran ke-10


Majlis Khatam Al-Quran kali ke-10 ini adalah bagi peringkat Negeri Selangor. Program ini dianjurkan Persatuan Halaqah Al-Quran Negeri Selangor yang berpusat di Rumah Halaqah Sungai Merab. Majlis Khatam ini berlangsung di Masjid Al-Hasanah pada 24 Julai 2011 dengan kehadiran 150 orang peserta dan hadirin seramai lebih kurang 300 orang. Peserta khatam ini kebanyakannya terdiri daripada para pelajar Rumah Halaqah yang mengikuti pengajian Al-Quran di Rumah Halaqah. Terdapat juga peserta dari Selatan Thai, Yala Pattani yang turut berkhatam di sini. Namun begitu terdapat beberapa hadirin yang datang mendaftar untuk berkhatam bersama-sama pada hari tersebut.

~Pendaftaran peserta dan hadirin~

~Peserta Muslimin berjubah hitam~
~Peserta menikmati jamuan pagi yang disediakan~

Ustaz Zahazan Mohamed telah diundang untuk menyampaikan tazkirah pada pagi tersebut. Ustaz menekankan para hadirin agar menghayati Al-Quran bukan sahaja membaca malah memahami dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt.

~Peserta Muslimat khusyuk mendengar kuliah Ustaz~
Semasa majlis khatam berlangsung, qariah terkemuka Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman telah memimpin majlis khatam dengan menyemak bacaan para peserta semasa membacanya.

Beberapa sahabat NISA' Serdang yang berkesempatan menjadi AJK pemudah cara sepanjang majlis. Dan salah seorang ahli NISA' Serdang, Saudari Shahnaz dan ibunya telah selamat mengkhatamkan Al-Quran pada majlis tersebut. Alhamdulillah.


Majlis khatam Al-Quran peringkat Kebangsaan akan diadakan di Kelantan pada 22 Oktober 2011.
Semoga majlis di sana berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Amin.


Kami yang sentiasa mencari keberkatan dalam kebaikan,

No comments: