Jalan-jalan Iftar anjuran Unit Kaunseling & Kerjaya kali kedua pada 14 Ogos 2011.
Iftar kali ini ditaja oleh Puan Natrah dengan kerjasama warga Al-Hamra' sebagai tuan rumah.
~Ahmad Nasih lebih awal berbuka puasa, hehe~ |
Menu utama iftar kali ini telah dihidangkan dengan Nasi Kerabu dan juga makanan potluck yang dibawa oleh sahabat-sahabat seperti Macaroni (Warga BR), Murtabak Popia (Wani AR), Agar-agar Koko (Al-Hamra'), Buah Melaka (Pn Natrah), Air Oren yang Manisss (Warga BR), Mee Goreng, Cucur Udang Kuah Kacang (Kak Shahnaz), Kurma (Aziezan dan Ain) dan lain-lain lagi yang telah selamat dihadam oleh sahabat-sahabat Nisa'
Semoga semua berpuas hati, selesa dan mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli-ahli Nisa' Serdang dengan solat berjemaah bersama-sama. InsyaAllah.
~Selamat Berbuka, semua sedang nyum nyum~ |
Selamat berpuasa,
No comments:
Post a Comment