Wednesday, September 07, 2011

Di Saat ummat Islam seluruh dunia masih lagi merayakan Aidilfitri, pada saat ini jugalah puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisismakanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad
ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut
mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran
berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya
tiada bantuan dihulurkan.
Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan
Nutrisi  (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan
bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Disebabkan tidak mampu  lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri
yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup
merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang
mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.
Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir
daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi.
Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka.
Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak
terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan
dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan
ternakan.
Justeru itu, atas dasar keperihatinan terhadap nasib yang menimpa Umat Islam
Somalia, maka Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung kemanusiaan khusus
untuk umat Islam Somalia. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui
akaun seperti tertera di poster.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :

Abd Hamid Seman (Ketua Setiausaha) - 013-927 9256
Cik Nurul Izzah (Pen. Ketua Setiausaha 1) - 012-343 9614
Mohd Shahraini @ Man (S/U Kerja) - 017-881 2996

Ibu Pejabat Yayasan Amal Malaysia
127-2, Jalan SBC 1,
Taman Seri Batu Caves
68100 Batu Caves, Selangor

Tel : 03-6187 9294  Fax : 03-6187 4382

Email : yayasanamalmalaysia@yahoo.com.my

Website : www.amalmalaysia.net





No comments: