Salam ukhwah~
Semua
orang, mudah berkata, dia punya teman terbaik, saat susah dan senang,
pasti akan bersama, bahkan bicara mudah meluncurkan, bahawa dia adalah
sahabat terbaikku sambil menunjuk pada sesiapa yang disenangi.
Maka,
mudahnya hati akan begitu kecewa, ketika sahabat yang begitu dicintai
tiba- tiba menyakiti hati, bahkan ada yang sampai bertahun- tahun tidak
bertegur, disebabkan sahabat yang begitu dipercayai membuat satu
kesalahan yang tidak disangka- sangka.
Benarkah wujud apa yang digambarkan orang- orang sebagai ‘ Sahabat sejati’?
(baca- susah senang dihadapi bersama, saling sentiasa tegur menegur,
memaafkan betapa besarpun kesalahan sahabat, dan sentiasa membimbing
dan sedia dibimbing ke jalan ketaatan kepada Allah-itu maksud sahabat
sejati bagi kamus hidup saya)
Dalam
konteks islam, ada satu istilah yang digunakan untuk persaudaraan,
iaitu ukhwah, yang bermaksud kesatuan hati, fikiran dan perasaan serta
jiwa semua orang beriman kepada aqidah yang satu dan sama. Juga
merupakan ikatan yang membuahkan perasaan lembut, kasih sayang serta
hormat menghormati yang mendalam diantara satu sama lain dengan ikatan
aqidah islamiyah.
Sebab
itulah, dimanapun anda berada, di merata dunia sekalipun, bila bertemu
dengan muslim diluar sana, maka anda dengan mereka adalah saudara
kandung iman.
Berbalik
soal ‘sahabat sejati’ sebentar tadi, maka tidak dapat dinafikan lagi,
dalam menjejak seorang ‘ sahabat sejati’ yang pertama yang harus didahulukan
adalah agamanya, dan masing- masing punya niat untuk bersahabat demi
meningkatkan ketaatan kepada Allah, bila keduanya begitu menjaga
hubungan dengan Allah, nanti serahkan urusan persahabatan kalian dengan
Allah, insyaAllah DIA akan menjaganya.
NAMUN
Sejauh mana anda dan sahabat- sahabat disekeliling anda, begitu ikhlas bersahabat demi Allah.
Tak
dapat dinafikan kita kadang- kadang begitu meyakini bahawa persahabatan
yang kita tautkan itu sungguh kerana Allah kerana kita sama- sama dalam
gerak kerja perjuangan menegakkan islam, bahkan kita jugalah yang
sering menasihatinya ketika alpa dan begitulah sebaliknya, namun,
sampai saat Allah menguji, terserlahlah segala yang selama ini
tersembunyi, kadangkala umpat mengumpat menjadi mainan di bibir, hati
panas hanya kerana melihat satu kesalahan sahabat, seolah- olah sahabat
sahaja yang tidak pernah cuba untuk memahami diri anda, dan pelbagai
lagi hasutan yang datang, maka saya saran pada waktu ini, kembalilah
mengubati hati dengan melihat kembali tujuan asal kita bersahabat, dia
bukan milik kita, dia milik Allah, ukhwah ini Allah yang anugerahkan
atas fitrah diri kita yang sangat lemah. Maka perbetulkan niat
bersahabat kembali dan mohonlah pada Allah agar dipelihara ukhwah suci
ini.
“Jika anda mengidamkan seorang sahabat sejati, maka berusahalah menjadi sahabat sejati kepada orang lain”
Seorang
tokoh pejuang islam pernah berkata bahawa beliau telah lama mengenal
hidup dan kumpulan- kumpulan orang- orang bersahabat tetapi disebabkan
duniawi, tetapi persahabatan itu tidak kekal kerana mereka bersatu
disebabkan kesenangan dan keinginan lahiriyah dan kebendaan, maka
apabila keinginan mereka telah dipenuhi maka hubungan
akan menjadi renggang, dan apabila keinginan mereka tidak dipenuhi,
hubungan persahabatan akan bertukar menjadi dendam. Berlainan dengan
pehubungan yang dibina kerana Allah semata- mata, ia akan tetap kekal
selama mana kekalnya zat Allah itu dan sesuatu yang bukan kerana Allah
akan terputus dan hancur.
Rasullullah S.A.W. bersabda :
Sesiapa
yang menyembunyikan rahsia seorang muslim di dunia, Allah akan
menyembunyikan rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong
hamba-NYA selagi hamba-NYA menolong saudaranya.
Jika
bersahabat kerana Allah, jagalah keaibannya dan jangan merendahkan
dirinya, jika bersahabat kerana Allah, nasihatilah dia dan bersedia
menerima nasihatnya, jika bersahabat kerana Allah, maafkanlah dirinya,
jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah kelemahan dan sikapnya,
seperti dia bersedia menerima kelemahannmu, jangan pula menjaja
kelemahannya pada umum.
“Sepanjang hidup aku bersungguh- sungguh menjejaki sahabat sejati, hinggalah pencarianku melenakanku”- Imam Syafiie.
Sukarnya mencari sahabat sejati yang diidami..
sama-
sama muhasabah diri.moga bertemu untuk siri seterusnya : Siri menjejak
sahabat sejati (II): cintai dia seperti mencintai dirimu~
sumber dari :
http://nessasyahirah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment