Friday, August 27, 2010

Bagaimana Menulis Resume Yang Mantap

Bismillahhirahmanirrahim...
Salam Ramdhan buat semua
Masih belum terlambat rasanya Team Nisa Serdang ingin mengucapkan Tahniah dan selamat bergraduasi kepada graduan-graduan yang telah tamat pengajian dan berkonvo pada awal Ogos yang lepas.


Alhamdullillah...

Kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT kerana membimbing kita sepanjang tempoh pengajian dan akhirnya kita dapat menggenggam segulung ijazah,berjubah graduasi serta mengenakan topi empat segi sama sambil tersenyum lebar disamping keluarga di hari konvokesyen.

Harapan Team Nisa Serdang agar adik-adik yang masih baru dengan dunia luar kampus ini terus berjaya dalam apa jua lapangan yang disertai.

Bagi yang ingin menyambung pelajaran, teruskan. Sehingga dapat memakai topi berbentuk bulat pula di hari konvokesyen.

Bagi yang ingin menceburkan diri dengan kerjaya, mendapat sedikit upah dan membantu ibu bapa, teruskan.
Di sini Unit Pembangunan Kerjaya menitipkan sedikit tips buat panduan adik-adik dan sahabat-sahabat yang ingin menulis 'resume' atau 'CV'. Harap ianya bermanfaat...

INFO YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBINA SATU RESUME YANG LENGKAP

Maklumat Peribadi (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi:
nama, 
alamat, 
nombor telefon dan 
e-mail. 

Sahabat-sahabat boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas.

Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

Hobi/ Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor kita Adakah sahabat-sahabat seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan.

Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja.
: Contohnya,  baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah.Tidak perlu meletakkan maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya  perlu disebabkan ianya boleh menggambarkan kebolehan dan kelebihan diri, sahabat-sahabat boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah diikuti atau persijilan (certification) tambahan yang sahabat-sahabat perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Kursus komputer, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja.

Skil/ Kemahiran (Skills)

 Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya.

Ingat!

Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘.

Bahasa (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan.

Contoh:

Language Spoken Written
English 8 10
Malay 10 10
Mandarin 8 6
Arab 10 7

Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

• perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.

• membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .

• memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.

• menentukan basic salary anda


So camane nak start cerita pasal working experience nih?

•The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
•Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
•Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
•Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)
Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik. Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders.

Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon.

Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya.

Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A

Prepared training modules for new hires


Contoh B

Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level


Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

1.pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
2.penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
3.pencapaian – that lead to 32% increase in service level
Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.


Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademi, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu.

Penting!

Mintak izin dulu ye. Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda.


Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.


Gaji (Salary)
Gaji sekarang (current salary)
Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut.

Gaji yang dikehendaki (expected salary)

Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama.

Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja.

Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh:

Expected Salary

RM2500 – RM3200 (Negotiable)

RM3200

RM2500 – RM3200 (Nego)

RM2500 – RM3200 (Negotiate)

Salary is fully negotiable

Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position.

Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi.

The bottom line is this: if it’s not asked, don’t volunteer.

Sekian dari UPK. Selamat Maju Jaya.... InsyaAllah...

Sumber : www.ambang-kerjaya-impian.com

Natrah Mohamed 
Unit Pembangunan Kerjaya (UPK) 
Nisa' Serdang

No comments: