Bismillahirrahmanirrahim...
Salam Ramadhan buat warga Nisa Serdang dan semua pengunjung teratak Nisa Serdang ini.
Alhamdulillah, kita telah melalui fasa pertama bulan Ramadhan yang dijanjikan rahmah oleh Allah SWT. Tanpa disedari fasa kedua juga sudah menuju ke penghujungnya iaitu fasa Maghfirah iaitu fasa keampunan yang mana Allah menjanjikan keampunan terhadap dosa-dosa kita yang telah lalu.
Maka, marilah kita sama-sama memperbanyakkan bertaubat,berzikir dan membaca al-Quran.
Selamat bercuti kepada sahabat-sahabat yang bercuti hari inisempena dengan Nuzul al-Quran. manfaatkan cuti ini dengan amalan-amalan sunat yang lain selain dari membaca al-Quran lebih-lebih lagi hari ini hari Jumaat(penghulu segala hari).
Tapi, apa itu Nuzul al-Quran?
Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Yang mana al-Quran yang mulia telah dipindahkan kedudukannya dari sisi Allah ke langit dunia.
Kemudian ia diturunkan oleh Malaikat Jibril dan disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak lima ayat yang pertama iaitu dari Surah al-Alaq.
Peristiwa Nuzul al-Quran dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Maka, marilah sama-sama kita mempergunakan peluang ddan ruang waktu ini untuk memperbaiki bacaan al-Quran dan mengambil pengajaran daripadanya. Jika tajwid kita masih lemah, bacaan masih kurang lancar, lagu masih tersangkut-sangkut, jangan risau. Bacalah. Kerana pahala orang yang lemah bacaannya dua kali ganda daripada pahala orang telah lancar bacaannya. Kerana? Kerana kita juga mendapat pahala kesusahan dan usaha kita itu.
Sekian, selamat beramal dan meningkatkan lagi amalan di bulan yang penuh berkat ini. Wasalam...
Natrah Mohamed
Unit Pembangunan Kerjaya (UPK)
Nisa' Serdang
No comments:
Post a Comment