Thursday, June 30, 2011

Meriahnya Pesta

Alhamdulillah, seawal jam 7.30 pagi, peserta dan Geng Nisa mula tiba dan berkumpul di gelanggang futsal stadium Seksyen 15. Wajah-wajah ceria adik-adik yang tiba bersama ibu bapa masing-masing serta kawan-kawan menyembunyikan kelibat awan mendung pada pagi itu. Setelah  pendaftaran dan mendapat tag nama masing-masing, peserta bersarapan dengan nasi lemak pada pagi itu. Jam 8.45 pagi, peserta terakhir mendaftar. Apa yang istimewa pada kali ini adalah terdapat peserta dari golongan adam turut menyertai lawatan ini.

Usai sarapan, Kak Dilah, Kak Hajar dan Kak Syukriah memulakan aktiviti pembahagian kumpulan bertempat di gelanggang futsal. Adik-adik dipecahkan kepada 9 kumpulan dan diperkenalkan kepada kakak-kakak Nisa yang akan turut serta ke pesta buku negeri Selangor 2011. Semangat kerjasama yang tinggi  terpamer, peserta lawatan membantu kakak Nisa mengangkat barang-barang teknikal ke dalam bas. Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi.

Tepat jam 9.30 pagi, dua buah bas bergerak menuju ke SACC.  Ketika dalam perjalanan, sesi ice breaking dan sesi pengenalan Nisa’ Serdang diadakan. sporting sungguh adik-adik peserta ketika sesi soal jawab. Selesai ice breaking, kami meninjau pemandangan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan. Subhanallah.

Tepat jam 10.20 pagi, bas tiba di hadapan pintu masuk SACC Mall. Setelah berada di dalam kumpulan masing-masing, kami bergerak masuk untuk meninjau-ninjau dan juga membeli belah bahan-bahan ilmiah di situ. Sebaik sahaja kami tiba di dalam SACC Mall yang dipenuhi ratusan pengunjung, YAB Menteri Besar Selangor dan YB Dr Halimah Ali tiba untuk menghadiri ke majlis perasmian pesta buku. Sejurus selepas ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian, aktiviti ‘Read Silently for 15 minutes’ berlangsung tepat pada jam 11.00 pagi. Kesemua pengunjung dan peserta mengambil bahagian dalam acara ini di mana kami berhenti dan membaca bahan bacaan yang disediakan selama 15 minit.
Baca. ;)
Alhamdulillah, secara tidak langsung kami dapat menimba ilmu dari bahan bacaan tanpa mengeluarkan sebarang kos. YAB Menteri Besar juga turut berkongsi pengalaman beliau yang mampu menghabiskan sebanyak 50 muka surat selama 15 minit yang diberikan. Sungguh mengagumkan.

Peserta dengan buku yang diminati.

Peserta lelaki.


Pada jam 12.30 tengahari, semua peserta lawatan berkumpul di perkarangan luar SAC Mall untuk makan tengahari dan juga sedikit briefing untuk aktiviti seterusnya. Pada ketika ini kami baru sempat melawati sebahagian pameran sahaja. masing-masing tidak sabar untuk meneruskan aktiviti yang selanjutnya. Usai makan, kami solat zohor secara berjemaah.


Hidangan enak makan tengahari pada hari itu merupakan nasi putih dan ayam masak serai beserta sayur acar dan juga air anggur yang berwarna ungu, warna tema Nisa’.
Selesai solat, sesi fotografi diadakan di perkarangan SACC Mall.
Wajah-wajah gembira terakam dalam kenangan.


Seterusnya tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu explorace ‘Jalan-jalan Cari Ilmu’. Setiap kumpulan diberikan dua soalan yang perlu dilengkapkan jawapan dalam masa yang diberikan. Setiap jawapan kepada soalan-soalan tersebut terdapat di dalam buku-buku di booth-booth yang telah dipilih. Bersemangat waja adik-adik kita ini mencari buku-buku yang dimaksudkan di dalam soalan masing-masing sehinggakan penjaga booth-booth yang berkenaan turut terkena tempiasnya.  J 
Mengumpul maklumat.


 Setelah berjaya mendapat jawapan yang dikehendaki, AJK program akan menilai jawapan yang diserahkan. Sementara itu, peserta dan Nisa' yang lain dibenarkan melawat dan meninjau-ninjau ke dalam ruang SACC Mall bagi melengkapkan kunjungan kesemua booth-booth. Pada jam 4 petang, sesi penutup diadakan di dalam ruangan tertutup di SAC Mall. Aktiviti bercerita dan juga respon dari setiap kumpulan diadakan dan pembahagian hadiah kepada kumpulan yang berjaya di dalam explorace diserahkan. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya. kepada yang lain, boleh cuba lagi pada masa akan datang.
Penyampaian hadiah.


Sebelum pulang ke Bandar baru bangi, kami singgah ke masjid Negeri di Shah Alam untuk menunaikan solat asar disamping merehat-rehatkan kaki yang lenguh berjalan pada hari itu. Yang ajaibnya, adik-adik sedikit pun tidak merasa penat malahan sanggup menyambung lawatan lagi sekiranya diberi peluang. Amboi, adik-adik kita ni!
Di Masjid Negeri.

Alhamdulillah, tepat jam 6.15, kami selamat tiba di stadium seksyen 15.  Ibu bapa sudah menunggu dan mengambil anak masing-masing untuk dibawa pulang. Moga pertemuan kita bukan berakhir pada hari ini.

Bersama Aliff

No comments: