Buatmu Wanita [BmW I] 3 Julai 2011 @ parkir
Careffour Bandar Tun Hussin Onn, Cheras. Alhamdulillah, dirafakkan pada
PENCIPTA atas izin dan kekuatan dipinjamkan buat kami, geng Nisa’ Serdang telah
berjaya melangsungkan Talk Show : Wanita tanpa GINCU??
Seawal
jam7.30pagi, AJK BmW telah tiba di parkir Careffour untuk membuat touch up yang terakhir sebelum BmW
bermula. Dibantu team Naem Resources
yang mengemaskini pentas utama, PA sistem, menyusun atur kerusi, meniup belon,
memanjat untuk gantung belon, menyusun atur meja untuk pembuka gerai jualan,
dan pelbagai gaya aksi yang lain.
9.10pagi, kak shida selaku timbalan
pengarah BmW I, member sedikit taujihat –rap-up
sebelum semua AJK petugas menjalankan tugasan yang diamanahkan. Kak ss
mengingatkan tugas masing-masing sambil bantu sahabat yang lain andai ada
kelompongan. Akhir kalam beliau, selamat menjalankan tugasan!
9.30pagi ketibaan Pn. Catriona Ross,
diikuti dengan Ustz Ahmad Fawwaz dan Pn. Muna Izzah. BmW bermula dengan ucapan
pengerusi majlis-adik syuhada yang menggantikan emcee asal Jawahir ;). Bermula
dengan bacaan doa, alunan ayat al quran dan persembahan kumpulan nasyid Naem.
Wah, merdu suara pemuda Naem ni ;) lepas ni boleh panggil lagi buat show!
Selesai persembahan untuk santapan mata,
telinga untuk seketika, ucapan pengarah dan seterusnya bermula talk show dikelola oleh kak muna izzah
;)
Antara intipati kalam Ustaz Ahmad Fawwaz,
wanita boleh dan diharuskan bersolek bergantung kepada tempat, keadaan dan
situasi. Cantik itu Allah suka, maka berhiaslah dengan seadanya. Kisah Saidatina
Aisyah r.a bilamana Aisyah menjamu tetamu untuk makan. Berbeda layanan beliau
dengan pengemis, kaum kerabat dan sebagainya. Bukan bermakna double standard, tapi untuk meraikan dan
menepati situasi dan memasyarakatkan budaya mereka.
Kak Catriona Ross pula sempat berkongsi
pengalaman bagaimana terdetiknya beliau untuk memakai hijab atau tudung. Kak Catriona
ke butik teman kawan untuk beli tudung Ramadan. Tetiba terlihat warna dan corak
tudung yang menarik perhatiannya di patung tersebut. Lalu kak Cat menyarung ke
kepala, dan terasa suatu aura yang lain dari yang sebelum ni.. nah, itulah
HIDAYAH NUR KASIHNYA telah dipancarkan kepada beliau.. ;) aiwah, tahniah kak Catriona!!
Talk show dihangatkan dengan beberapa
soalan dari penonton. Alhamdulillah, telah dikupas secukup rasa oleh kesemua
panel dan moderator bertindak sebagai pelengkap terjemahan Wanita Tanpa
Gincu??. Diskusi majlsi ilmu BmW berakhir jam 12.30. Persembahan kali kedua
oleh kumpulan nasyid Naem. Tetamu dijamu dengan Nasi Lemak special dari
BTHO-kedai isteri To’ki. Kuih muih dan air.
Sesi bergambar bersama semua panel
juga dilambil kesempatan oleh tetamu yang hadir dan AJK turut bergambar selepas
semua tetamu selesai bergambar sakan ;)
Semua penonton dan peserta yang hadir awal,
dihadiahkan beg berisi majalah solusi, buku sumbangan dan beberapa risalah.
Terima kasih kepada semua penyumbang barangan seperti air mineral daripada
Hijrah Mart, majalah dari kedai buku Al Hamra, penyumbang pasu bunga di atas
pentas, nursery Flora disebelah pentas utama di
Careffour dan semua yang terlibat dalam sumbangan wang, masa, tenaga,
idea, kalungan doa dan sebagainya. Syukran jazilan!!
Syabas dan tahniah kepada semua yang
menjayakan BmW I khususan pengarah Nur Azween yang telah bertungkus-lumus dari
awal hingga ke akhirnya. Tidak dilupa kepada semua AJK UKK dan MT, ME dan semua
volunteers BmW I. yang diraikan semua
tetamu sekitar BTHO, Bangi, Serdang, KL, Wangsa maju, Melaka yang paling jauh
;) Insyaalllah jumpa lagi di BmW II.
Alhamdulillah!!! Salam juang, salam ceria
dari kami geng UKK, Nisa’ Serdang.
No comments:
Post a Comment