“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.
Friday, July 29, 2011
Mari didik diri utk sentiasa husnu dzon (bersangka baik) terhadap orang lain
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Wallahua'lam..
*Nasihat dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani
Wednesday, July 27, 2011
Jenis Wanita....
~ MUHASABAH UTK MUSLIMAH ~
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami.
Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.
Semoga kita mengambil iktibar.
Ikhlas dari kami,

Tuesday, July 26, 2011
Majlis Khatam Al-Quran ke-10
Majlis Khatam Al-Quran kali ke-10 ini adalah bagi peringkat Negeri Selangor. Program ini dianjurkan Persatuan Halaqah Al-Quran Negeri Selangor yang berpusat di Rumah Halaqah Sungai Merab.
Majlis Khatam ini berlangsung di Masjid Al-Hasanah pada 24 Julai 2011 dengan kehadiran 150 orang peserta dan hadirin seramai lebih kurang 300 orang.
Peserta khatam ini kebanyakannya terdiri daripada para pelajar Rumah Halaqah yang mengikuti pengajian Al-Quran di Rumah Halaqah. Terdapat juga peserta dari Selatan Thai, Yala Pattani yang turut berkhatam di sini. Namun begitu terdapat beberapa hadirin yang datang mendaftar untuk berkhatam bersama-sama pada hari tersebut.
~Pendaftaran peserta dan hadirin~ |
~Peserta Muslimin berjubah hitam~ |
~Peserta menikmati jamuan pagi yang disediakan~ |
Ustaz Zahazan Mohamed telah diundang untuk menyampaikan tazkirah pada pagi tersebut. Ustaz menekankan para hadirin agar menghayati Al-Quran bukan sahaja membaca malah memahami dan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang merupakan kalam Allah swt.
~Peserta Muslimat khusyuk mendengar kuliah Ustaz~ |
Semasa majlis khatam berlangsung, qariah terkemuka Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman telah memimpin majlis khatam dengan menyemak bacaan para peserta semasa membacanya.
Beberapa sahabat NISA' Serdang yang berkesempatan menjadi AJK pemudah cara sepanjang majlis. Dan salah seorang ahli NISA' Serdang, Saudari Shahnaz dan ibunya telah selamat mengkhatamkan Al-Quran pada majlis tersebut. Alhamdulillah.
Majlis khatam Al-Quran peringkat Kebangsaan akan diadakan di Kelantan pada 22 Oktober 2011.
Semoga majlis di sana berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Amin.
Semoga majlis di sana berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Amin.
Kami yang sentiasa mencari keberkatan dalam kebaikan,
Saturday, July 23, 2011
3 Perkara Kebaikan & Keburukan
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian
dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat
ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut
hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Riwayat Abu Syeikh
Huraiani) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :
a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat
dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan
itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan
atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada
diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak
yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam
menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih
sayang dalam masyarakat.
c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan
seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.
ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang
akan membinasakan manusia iaitu:
a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa
nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan
seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain
menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.
iii) Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga
dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah
sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke-
lambah kebinasaan.
Wednesday, July 20, 2011
20 MUHASABAH HARIAN
20
MUHASABAH HARIAN
ADAKAH
ANDA…
- Beristighfar/bertasbih setiap hari
- Berzikir mengingati Allah
- Senbahyang 5 waktu
- Berpuasa sunat
- Mengerjakan solat-solat sunat
- Berselawat kepada Rasulullah
- Bersyukur di atas nikmat Allah
- Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap
urusan
- Memaafkan kesalahan orang lain
- Menghubung silaturrahim
- Memberi nasihat yang baik kepada manusia
- Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk
diri
- Menziarahi orang sakit/miskin
- Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
- Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
- Mencegah kemungkaran bila melihatnya
- Sentiasa berfikir dan bertindak kea rah kebaikan
- Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
- Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada
semua manusia
- Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah
Yang singkat itu "WAKTU"
Yang menipu itu"DUNIA"
Yang dekat itu"KEMATIAN"
Yang besar itu"HAWA NAFSU"
Yang berat itu"AMANAH"
Yang sulit itu"IKHLAS"
Yang mudah itu "BERBUAT DOSA"
Yang susah itu"SABAR"
Yang sering lupa itu"BERSYUKUR"
Yang membakar amal itu"GHIBAH"
Yang mendorong ke neraka itu"LIDAH"
Yang berharga itu"IMAN"
Yang menentramkan hati itu"TEMAN SEJATI"
Yang ditunggu Allah Swt. itu"TAUBAT"
Thursday, July 14, 2011
jom ke prOgram!
إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ
Jika kalian melewati taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqoh dzikir (majlis Ilmu). [Riwayat At Tirmidzi dan dishahihkan Syeikh Salim bin Ied Al Hilali dalam Shahih Kitabul Adzkar 4/4].
Ukhwah Islami
MUQADDIMAH
Konsep Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. Firman Allah swt yang bermaksud:“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)
KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB UKHUWWAH (PERSAUDARAAN):
Ukhuwwah atau persaudaraan di dalam Islam merupakan jalinan yang menghubungkan sebahagian dengan sebahagian Umat Islam yang lain. Ia merupakan ikatan rabbani – ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah – yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh dan sendi yang menghubungkan anggota masyarakat.Harakah Islamiah sangatlah memerlukan agar ikatan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam ini diperkukuhkan sehingga ia menjadi seolah-olah satu bangunan yang tersusun rapi, satu anggota memperkuat satu anggota yang lain. Ianya seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.Bagi memastikan hak-hak dan kewajipan ukhuwwah ini dilaksanakan dengan sempurna dan berperanan dalam pembangunan jamaah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar ucapan di bibir atau teori semata-mata.
1. Ukhuwwah (yang terjalin di antara seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain) mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah sebagai membenarkan sabda Rasulullah s.a.w yang menyatakan:“Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya dia terlupa (lalai) dia menolong memberi peringatan dan apabila (temannya itu) memperingatkannya ia akan menolongnya”.Teman setia yang baik seperti inilah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mengatakan:“Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur dan hiduplah di kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesusahan”.
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan kerjasama, turut merasai keperluan-keperluan saudara-saudara yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut sebagai menyahut tuntutan sabda Rasulullah s.a.w:“Jika sekiranya seorang dari kamu berjalan bersama saudaranya dengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) amalan itu lebih utama dari dia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”. (Hadis riwayat Al-Hakim dan dia mengatakan bahawa sanad-sanadnya sahih).
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang melapangkan seorang muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim nescaya Allah akan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya”.
4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan yang merangkumi kewajipan-kewajipan yang ringkas. Sehubungan dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:“Hak seseorang Muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara: (1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam, (2) Apabila dia menjemputmu maka penuhilah jemputannya itu, (3) Apabila dia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya, (4) Apabila dia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit, (5) Apabila dia sakit hendaklah engkau menziarahinya dan (6) Apabila dia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”. (Hadis riwayat Muslim).
5. Ukhuwwah juga bererti kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu. Berhubung dengan perkara ini Rasulullah s.a.w bersabda:“Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie).
Rasulullah s.a.w juga bersabda:“Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga satu kebaikan)”. (Hadis riwayat Muslim).Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Setiap perkara kebaikan adalah sedekah. Sesungguhnya di antara perkara mitu ialah bermanis muka ketika bertemu saudaramu dan menolong memenuhi bejana saudaramu dengair”. (Hadis riwayat ).Rasulullah s.a.w juga bersabda:
“Hendaklah kamu saling memberi hadiah kerananya kamu saling berkasih-sayang dan akan jauhlah permusuhan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairahan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari seksaan api neraka di hari kiamat”. (Hadis riwayat Tirmizi).
Baginda juga bersabda:“Doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui doa tersebut) adalah doa yang pasti diperkenankan, di sisinya terdapat malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia mendoakan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata: Amin dan bagimu seperti itu juga”. (Hadis riwayat Muslim).

Jauhi Hasad Dengki.
Hasad
Dengki. Semua orang ada perasaan ni walaupun secebis. Cuma terpulang pada
individu tersebut sama ada pandai mengawalnya atau tak. Kadang-kadang, di
sebabkan hasad dengki yang berkobar-kobar dalam hati ni, manusia sanggup buat
apa saja untuk puaskan hati mereka. Hanya Iman penyelamat kepada perasaan ini.
Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya.
Sabda
Rasulullah saw :
Penyakit
umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan.
Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia
mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
Ibnu Mu’taz pernah berkata :
Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa, kikir
terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta
sesuatu yang tidak akan di perolehinya.
Rasulullah
saw sendiri melarang sifat hasad dan saling dengki mendengki. Beliau
bersabda :
Awas
kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata
yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi,
dengki-mendengki, benci-membenci dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana
hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada
kalian. Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia
membiarkannya (apabila ia dizalimi); “janganlah ia menghina
saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini”,
seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan
(dosa) menghina suadaranya yang mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu
(menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang
lain. (Hadith riwayat Malik, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Al—Tirdmizi)
Banyak
para pemimpin dan penguasa yang telah di fitnah, di cela, khabar angin serta
kata nista di lemparkan terhadap mereka. Juga banyak tuduhan palsu di ciptakan
untuk mengobarkan kebencian & permusuhan di dorong oleh perasaan dengki dan
khianat. Banyak jemaah yang berpecah-belah kerana angkara manusia pendengki
yang busuk hati, membawa fitnah ke sana ke mari tanpa rasa takut kepada Allah
swt.
Rasulullah
saw bersabda : orang yang berhati dengki, yang
menjadi batu api, beramal dengan yang karut-marut bukan daripada umatku dan aku
bukan ikutan mereka.
Firman
Allah swt :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ
وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا
وَإِثْمًا مُّبِينًا
Dan
orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan
orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak
tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka
telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.
Surah Al-Ahzab 33:58
Manusia
yang hasad sewaktu-waktu boleh berdusta mencipta kebohongan dan fitnah untuk
merugikan manusia lain yang menjadi lawannya. Alangkah baiknya, jika ia
mendengar hadith Rasulullah saw yang menyelar orang-orang sepertinya.
Rasulullah
saw bersabda :
Sesiapa
yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan)
terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia
padahal ia tidak demikian maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah
tersebut pada hari qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikan
kebenaran apa yang telah dikatakannya. (Hadith riwayat Al-Thabaranni)
Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat & menjadi batu api
padahal ia menyangka ia telah berbuat baik,
syaitan pula mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan
buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.
Alangkah
baiknya kalau manusia pendengki tersebut memahami betapa ruginya akibat dengki
khianat tersebut. Sesungguhnya Allah swt telah menjanjikan untuk orang-orang
sepertinya seksa yang pedih. Lebih-lebih lagi untuk orang yang terus-menerus
mengembangkan fitnah tanpa bertaubat & sedar diri.
Rasulullah
saw bersabda :
Riba’
itu ada 72 pintu, yang paling kecil dosanya ialah seperti melakukan hubungan
jenis dengan ibu sendiri & sebesar-besar riba’ ialah seorang itu menghakis
nama baik saudaranya. (Hadith riwayat Al-Tabrani)
Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa
yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari qiamat
dibawakan kepadanya, makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan
dagingnya ketika dia hidup dahulu. Lalu iapun memakan daging itu sambil
berteriak-teriak. (Hadith riwayat Al-Tabrani dan lain-lain)
Sabda Rasulullah saw :
Mengumpat
itu lebih buruk dari zina. Sahabat bertanya bagaimana ? Rasulullah menjawab :
seseorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh
Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak
akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu
memaafkannya. (Hadith riwayat Al-Tabrani & Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah saw :
“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat ?” sahabat menjawab : “Allah
& RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah saw lagi : “(mengumpat
ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.”
Lalu ditanyakan : “bagaimana ada seautu yang patut saya kata tentang saudara
saya itu ?” jawab Rasulullah saw : “sekiranya apa yang engkau sebutkan
tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah
mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan
kebohongan terhadapnya.”
Bagaimana menghadapi pendengki ?
Nabi-nabi
menganjurkan supaya berhati-hati terhadap golongan pendengki, menjauhkan diri
dari golongan pengumpat, mengelakkan pergauan dengan mereka atau mendengar
kata-kata mereka.
Rasulullah saw bersabda :
Barangsiapa
yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada, maka
wajiblah Allah melepaskannya dari seksa neraka. (Hadith riwayat Ahmad)
Orang-orang
yang suka mengikut perangai pendengki dan golongan pengumpat, yang menjadi batu
api, suka mendengar kata-kata mereka & menyampaikan fitnah bawaan mereka,
hendaklah mengambil ingatan tentang sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia
tidak membelanya padahal ia mampu, maka ia ikut menanggung dosa pengumpatan itu
di dunia & di akhirat. (hadith Asfahani)
Sabdanya
lagi :
Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam
lain apabila kehormatannya dicerobohi
& nama baiknya dicacati maka nescaya Allah membiarkan nasibnya ketika ia
sangat memerlukan pertolongan Allah swt. Dan mana-mana orang Islam yang
menolong orang Islam lain ketika nama baiknya & kehormatannya diceroboh
nescaya Allah akan menolongnya ketika ia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya
(Allah). (Hadith riwayat Abu Daud)
–Fathi Yakan – Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah
Sumber dari : http://evisoraya.com/2010/10/jauhi-hasad-dengki/
Thursday, July 07, 2011
Talk Show Buatmu Wanita : Wanita Tanpa Gincu ?
Buatmu Wanita [BmW I] 3 Julai 2011 @ parkir
Careffour Bandar Tun Hussin Onn, Cheras. Alhamdulillah, dirafakkan pada
PENCIPTA atas izin dan kekuatan dipinjamkan buat kami, geng Nisa’ Serdang telah
berjaya melangsungkan Talk Show : Wanita tanpa GINCU??
Seawal
jam7.30pagi, AJK BmW telah tiba di parkir Careffour untuk membuat touch up yang terakhir sebelum BmW
bermula. Dibantu team Naem Resources
yang mengemaskini pentas utama, PA sistem, menyusun atur kerusi, meniup belon,
memanjat untuk gantung belon, menyusun atur meja untuk pembuka gerai jualan,
dan pelbagai gaya aksi yang lain.
9.10pagi, kak shida selaku timbalan
pengarah BmW I, member sedikit taujihat –rap-up
sebelum semua AJK petugas menjalankan tugasan yang diamanahkan. Kak ss
mengingatkan tugas masing-masing sambil bantu sahabat yang lain andai ada
kelompongan. Akhir kalam beliau, selamat menjalankan tugasan!
9.30pagi ketibaan Pn. Catriona Ross,
diikuti dengan Ustz Ahmad Fawwaz dan Pn. Muna Izzah. BmW bermula dengan ucapan
pengerusi majlis-adik syuhada yang menggantikan emcee asal Jawahir ;). Bermula
dengan bacaan doa, alunan ayat al quran dan persembahan kumpulan nasyid Naem.
Wah, merdu suara pemuda Naem ni ;) lepas ni boleh panggil lagi buat show!
Selesai persembahan untuk santapan mata,
telinga untuk seketika, ucapan pengarah dan seterusnya bermula talk show dikelola oleh kak muna izzah
;)
Antara intipati kalam Ustaz Ahmad Fawwaz,
wanita boleh dan diharuskan bersolek bergantung kepada tempat, keadaan dan
situasi. Cantik itu Allah suka, maka berhiaslah dengan seadanya. Kisah Saidatina
Aisyah r.a bilamana Aisyah menjamu tetamu untuk makan. Berbeda layanan beliau
dengan pengemis, kaum kerabat dan sebagainya. Bukan bermakna double standard, tapi untuk meraikan dan
menepati situasi dan memasyarakatkan budaya mereka.
Kak Catriona Ross pula sempat berkongsi
pengalaman bagaimana terdetiknya beliau untuk memakai hijab atau tudung. Kak Catriona
ke butik teman kawan untuk beli tudung Ramadan. Tetiba terlihat warna dan corak
tudung yang menarik perhatiannya di patung tersebut. Lalu kak Cat menyarung ke
kepala, dan terasa suatu aura yang lain dari yang sebelum ni.. nah, itulah
HIDAYAH NUR KASIHNYA telah dipancarkan kepada beliau.. ;) aiwah, tahniah kak Catriona!!
Talk show dihangatkan dengan beberapa
soalan dari penonton. Alhamdulillah, telah dikupas secukup rasa oleh kesemua
panel dan moderator bertindak sebagai pelengkap terjemahan Wanita Tanpa
Gincu??. Diskusi majlsi ilmu BmW berakhir jam 12.30. Persembahan kali kedua
oleh kumpulan nasyid Naem. Tetamu dijamu dengan Nasi Lemak special dari
BTHO-kedai isteri To’ki. Kuih muih dan air.
Sesi bergambar bersama semua panel
juga dilambil kesempatan oleh tetamu yang hadir dan AJK turut bergambar selepas
semua tetamu selesai bergambar sakan ;)
Semua penonton dan peserta yang hadir awal,
dihadiahkan beg berisi majalah solusi, buku sumbangan dan beberapa risalah.
Terima kasih kepada semua penyumbang barangan seperti air mineral daripada
Hijrah Mart, majalah dari kedai buku Al Hamra, penyumbang pasu bunga di atas
pentas, nursery Flora disebelah pentas utama di
Careffour dan semua yang terlibat dalam sumbangan wang, masa, tenaga,
idea, kalungan doa dan sebagainya. Syukran jazilan!!
Syabas dan tahniah kepada semua yang
menjayakan BmW I khususan pengarah Nur Azween yang telah bertungkus-lumus dari
awal hingga ke akhirnya. Tidak dilupa kepada semua AJK UKK dan MT, ME dan semua
volunteers BmW I. yang diraikan semua
tetamu sekitar BTHO, Bangi, Serdang, KL, Wangsa maju, Melaka yang paling jauh
;) Insyaalllah jumpa lagi di BmW II.
Alhamdulillah!!! Salam juang, salam ceria
dari kami geng UKK, Nisa’ Serdang.
Subscribe to:
Posts (Atom)